Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 13 Jun 2012

DAPAT LESEN NIKAH UNTUK TANGGA POLITIK





DEN DAPEK LESEN NIKAH-EKAO DAPEK APO?





SURAT AYAHANDA KEPADA ANAKANDA

Kehadapan anakanda suami isteri yang dikasehi,
Ayahanda harapkan anakanda sekeluarga dalam kandungan sehat walafiat bersambung zuriat dan dilimpah kurnia Allah seru sekian alam. Pelok cium ayahanda untuk cucuanda Nini yang amat amat ayahanda rindui. Amin ya rabbul alamin.

Anakandaku,

Ayahanda telah terdengar khabar berita bahawa anakanda telah menulis surat kepada yang mulia Tun. Ayahanda ada juga mendengar khabar berita bahawa anakanda telah bersusah payah cuba menerangkan duduk pekara kepada Tun. Ayahanda juga difahamkan yang anakanda menulis surat itu untuk mempertahankan nama baik keluarga kita. Amin.

Biarlah disini ayahanda terangkan bahawa semenjak ayahanda dipaksa meletakan jawatan, ayahanda telah mendiamkan diri. Ini bukan bermakna ayahnada tidak tahu apa yang sedang belaku. Kalau mengikut kata Tun Musa ini adalah ‘ elegance silence ‘ atau dalam bahasa Melayunya ‘ sepi nan indah ’. Ayahanda tidak sekali-kali ingin membuat heboh saperti yang dilakukan oleh Mahathir Muhamad.

Mahathir Muhamad ini telah ke hulu ke hilir menabur fitnah terhadap ayahanda. Kebelakangan ini apabila parti United Malays National Organisation ini semakin terpencil dan semakin hilang sokongan, kelihatan semakin garang serangan Mahahthir terhadap ayahanda. Kalau dahulu serangan Mahathir ini agak belapik kini kelihatan telah datang secara terbuka.

Biar ayahanda terangkan tentang duduk pekara. Ayahanda cukup yakin satu hari nanti sejarah akan menilai kembali tentang apa yang ayahanda telah berjaya lakukan dan apa yang telah ayahanda cuba lakukan. Tetapi sejarah sademikian ini bukanlah sejarah yang boleh ditulis oleh ahli sejarah kaki bodek saperti Khoo Kay Kim atau Ramlah Adam.



Anakandaku,

Satelah Anwar Ibrahim ditangkap dan ditendang dari parti kita Mahathir Muhamad telah mengambil masa untuk mengumumkan siapa yang akan menjadi timbalan. Bagitu banyak tukang lobi datang melobi untuk jawatan ini. Mahathir telah menalipon ayahanda sebanyak tiga kali. Ayahanda mengambil sikap ‘buat dek’ sahaja kerana ayahanda tahu sangat sikap si Kutty ini.

Sikap ‘buat dek ‘ ini telah menjadikan Mahathir gelabah. Justeruy, si Mahathir ini telah menggunakan arwah Megat Juned untuk datang menemui ayahanda. Disini Mahathir tersilap besar kerana ayahanda melihat Megat Juned ini hanya bertaraf bell boy untuk Lim Goh Tong. Ayahanda tak ambil pot tentang apa yang dikatakan oleh Megat Juned.

Dari seorang ahli kabinet, ayahanda mendengar bahawa Tun Mahathir telah menyinga kerana ayahanda tidak memakan umpan pancingnya. Ayahanda tahu sangat sikap Mahathir ini - jika kita tunduk maka kita akan kena pijak. Tidak lama salepas lawatan Megat, Mahathir telah mengutus Aziz Shamsuddin seorang lagi budak suruhan Mahathir Muhamad. Aziz juga membawa pesanan yang sama – Mahathir ingin berbincang dengan ayahanda tentang hal timbalan.

Ayahanda amat sedar bahawa ketika itu imej Mahathir Muhamad amat hodoh sekali dikalangan orang Melayu. Sesudah sahaja Anwar dipecat Gerakan Reformasi telah meletus. Anak-anak muda ketika ini menuntut Mahathir Muhamad berambus dari muka bumi Malaysia. Gerakan Reformasi 1998 telah berjaya mengadakan demonstrasi hampir setiap minggu di Kuala Lumpur.

Orang Melayu amat yakin dan marah dengan Mahathir. Orang Melayu tahu bahawa Anwar Ibrahim telah di fitnah oleh Mahathir. Tuduhan liwat itu sebenarnya dirancang hanya untuk menjadi alasan. Tuduhan liwat ini juga bertujuan mengolah persetujuan orang ramai untuk menghina Anwar. Mahathir telah menggunakan mata-mata upahan dan menggunakan tuan hakim di mahkamah. Macai, kaki bodek dan barua-barua Mahathir telah ke hulu ke hilir membuat cerita dongeng.

Biar ayahanda kesahkan disini. Ketika arwah Megat Juned datang menemui ayahanda si Megat ini secara jujur telah berkata bahawa dia sendiri tidak percaya tentang kes liwat Anwar. Tetapi si arwah ini tidak ada pilihanan kerana Mahathir ada menyimpan fail kes bunuh perempuan tuan empunya kedai video yang dikatakan si Megat ini terlibat.

Kalau anakanda hendak tahu siapa sebenarnya si Mahathir Muhamad sila bertanya dengan Tun Musa ketika dia masih sehat lagi. Ayananda tahu, Tun Musa sendiri pernah diugut oleh Mahathir agar meletak jawatan jika tidak Tun Musa akan didakwa merogol gadis dibawah umur. Anakanda jangan terkejut menerima berita ini. Rakyat Malaysia mungkin tidak tahu sangat kesah ini walhal pekara ini telah ditulis dalam thesis Phd seorang pelajar dari Korea Selatan tahun lalu.

Cerita Tun Musa akan dituduh merogol ini juga diketahui oleh ramai murid-murid bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar. Surah ‘rogol’ ini telah mereka dengar dari mulut Presiden MCOBA sendiri.

Dalam masa yang sama di zaman Reformasi memang ramai ahli-ahli parti kita termasuk Zahid Hamidi sendiri yang mahu Mahathir Muhamad ini berambus. Mungkin ketika itu anakanda sering ‘ berdengung’ di Turf Tavern Oxford atau sibuk ‘cross dressing’ untuk Kinky Gelinky di Heaven maka anakanda tidak mengikuti perkembangan politik tanah air. Dizaman anakanada masih seronok ‘beryamseng’ di Oxford ketika inilah anak-anak muda Melayu bertempur dengan mata-matah upahan Mahathir di Batu Road. Anak-anak muda ini sedang melaungkan ‘ undur Mahathir undur’.


Anakanda ku yang dikasehi,

Biar ayahanda berkata jujur disini bukan ayahanda tak sedar Mahathir Muhamad melantik ayahanda sebagai timbalan dengan niat busuk lagi hina. Mahathir mahukan satu imej Islam dalam pentabiran negara. Mahathir mahukan sosok ayahanda untuk meredakan kebencian orang Melayu terhadap dirinya.

Ayahanda dilihat bersopan santun, memiliki dididkan agama, dari keluarga alim ulama dan penuh dengan budi bahasa. Kehadiran Ayahanda sebagai timbalan akan memberikan imej Melayu Islam kepada kabinet half past six Mahathir. Dengan terlantiknya ayahanda maka orang ramai akan melihat kerajaan ini memiliki sifat keMelayuan berbanding dengan Mahathir yang tidak diketahui asal usulnya.

Sebelum menerima lantikan ini ayahanda anak beranak bersama arwah isteri kesayangan ayahanda telah berbincang. Noni yang sekarang menjadi isteri anakanda dan ibunya agak keberatan untuk menerima lantikan ini kerana mereka tahu niat busuk si Kitul ini.

Orang perempuan milihat bukan dengan mata tetapi dengan hati. Sekoleh air todi telah diketahui pokok yang mana asal usulnya. Sekali Mahathir membuka mulut akan diketahui tongkang S.S. Rajula atau tongkang S.S Sidambaram yang membawa datuknya ke Pulau Pinang.

Tetapi anakanda Kamaluddin , abang si Noni melihat dari sudut yang berbeza. Si Kamaluddin ini mempunyai niat untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Dia telah dididik oleh kawan ayahanda bernama Patrick Lim dalam dunia perniagaan. Anak jantan ayahanda yang seorang ini berangan-angan untuk menjadi Soros Melayu. Dia ingin membuka perniagaan sehingga boleh mengekspot bom nuklear. Kamaluddin dan Patrick Lim melihat lantikan ayahanda ini sebagai peluang besar untuk meluaskan perniagaan.

Ayahanda juga tahu ketika ini anakanda sedang mengurat dan sedang memasang jerangkap samar untuk mencari pasangan yang boleh membantu tangga politik anakanda. Jangan anakanda tidak sedar bahawa ayahanda tahu yang anakanda pada mulanya telah cuba-cuba merapati Anwar Ibrahim. Anakanda ketika itu sedang merhatikan siapkah anak siapakan yang akan dijadikan tangga politik ‘rapid express’. Kroni kumpulan Ethos anakanda yang penuh idealisma pada ketika itu belum lagi menjadi ECM Libra yang rakus mengumpul harta.


Anakanda yang dikasehi,

Disini ayahanada ingin memberitahu bahawa Mahathir Muhamad ini adalah kaki pembohong dan pembongak. Cakap dan kata-katanya tidak boleh dipakai. Jika anakanda kurang yakin tentang apa yang ayahanda tulis ini sila bertanya hal ini dengan Ku li atau dengan Zahid Hamidi. Mereka akan membuka surah bagaimana Mahathir Muhamad ini akan berbohong dalam kabinet. Menafikan apa saja walau pun ada bukti saheh didepan mata.

Mahathir sengaja mengatakan orang Melayu mudah lupa. Ini pembohongan besar. Orang Melayu tidak pernah lupa akan tongkang S.S.Rajula yang membawa datuk Mahathir dari Pelabuhan Madras ke Pulau Pinang. Malah orang Melayu dalam kitab sejarah bangsanya - Salalatus Salatin - telah merakamkan watak-watak Kitul dan Keling Mendeliar yang kerjanya hanyalah menabur fitnah sehingga runtuhnya kerajaan Melayu Melaka.

Ayahanda merasa sedih bukan kerana ayahanda dituduh bertanggung jawab membawa keruntuhan kepada United Malays National Organisation. Ayahanda bersedih kerana masih ramai orang Melayu yang dapat dikelentong dan ditipu oleh Mahathir Muhamad.


Anakandaku yang dikasehi,

Ayahanda juga merasa sedih apabila melihat anakanda telah ditibai oleh Mahathir berkali-kali. Anakanda dikatakan masih berhingus. Apakah Mahathir tidak sedar bahawa berhingus bukan satu jenayah.

Ayahanda tidak hendak mengungkit cerita lama tentang bagaimana Mahathir telah memaksa Anwar yang ketika itu Menteri Keewangan untuk mengeluarkan dana negara untukk menyelamatkan perniagaan Mirzan. Apakah anakanda telah mendengar surah Lebai Desas bin Haji Desus tentang percubaban Mirzan hendak mencekik lehernya sendiri apabila syarikatnya bungkus.

But my dear son in low, this is not my style. What is the because Mahathir menyerang anakanda? Ini kerana Mahathir melihat kemunculan anakanda dipersada politik telah menggelapkan masa depan politik anaknya.

Kerana semua ini ayahanda meyokong seratus peratus idea gempaq anakanda. Hanya anakanda yang berkelulusan PPE dari Oxford sahaja yang dapat memikirkan penubuhan tribunal untuk Mahathir. Tribunal kesalahan Mahathir terhadap rakyat Malaysia ini wajib diadakan sacepat mungkin. Ayahanda berharap dengan wujudnya tribunal ini maka nama keluarga kita akan digilap bersinar kembali.

Ayahanda akhiri surat ini dengan harapan agar anakanda rapat-rapatlah kembali dengan Anwar Ibrahim. Si Anwar ini pasti akan mengingati peranan anakanda yang memungkin dia dibebaskan. Malah semua rakyat Malaysia tahu tanpa bantuan anakanda mustahil Anwar akan mendapat paspot untuk ke German berubat. Wassalam dan peluk cium untuk cucu tersayang.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45















MALAM INI JAM 9.00 MALAM
radio bangsar utama
akan menemui bual mat zahari
pengarah media selangor
tentang stratiji untuk
terus menang di selangor

MALAM ESOK

radio bangsar temu bual mat sabu
sila pastikan anda di hadapan komputer





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaeekkkkkk! najibayavev & rosemahnayev kan berhijrah ke kazakhsetan utk bersama menghantu tersayang daniyar..apartment mami ijat lembu dah beli kat sana.

Tanpa Nama berkata...

Anaknda, siapa lebih malaon? TKT atau ayahndazzzzz? TKT perintah 22 tahun balun RM100Bilion tapi ayahndazzzz selama 5 tahun sudah balon RM237Billion! he he he

kampong lad berkata...

pelakon2 dlm cerita ni semuanya belemueh.

Tanpa Nama berkata...

ekau dapek lesen nikah eden dapek hutang nikah kau kah!!!kah!!lawan eden totap lawan.

Tanpa Nama berkata...

anakanda...
walaupun lubang hidungmu besor laksana terombong kapal, namun kau tatap menjadi pooojaann hatiku

anakanda,,,
surat ini ayahanda karang semasa ayahanda sedang berzzzzzzz

Tanpa Nama berkata...

nak buek macam mano????

tak dapek den nak nolong....

bajet hospital rombau pon bolum dapek laei....

silap2 pilihanrayo kali ni pon ekau boleh melopeh jang oiiii...

pi lah kenen2 dongan nuar tu....

jaso ekau di konang jangggg oiiii...

ekau buek muko tak malu jooo....jumpo lah si nuar tu...

tu lahhh...den dah koba kan dulu....buek apo ekau nak kacau ngan kelantan tu dulu pado 2008...pade doh 18 tahun....ekau punyo berangan nak tawan kelantan...

last2...ekau jugak yg kono...padan muko ekau...hahahahah.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kalau ikan jerung besar di atas semuanya bangang, apatah lagi ikan bilis di bawah :

Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/200650

http://karatijau.blogspot.com/2012/06/inilah-poster-pencacai-umno-paling.html

Tanpa Nama berkata...

ala, drama melayu kapitalis aka cukong dan kutty kerala.

lu melayu semua kena tipu dek permainan politik pemimpin yg jiwa rakyat pun tak jiwa islam pun tak.

sejarah melayu akan ditulis: bangsa melayu nama je ada raja tapi jadi patung!! bila ditelek sapa pengganti tuah, mamak kutty. sapa pulak pengganti jebat: pun eee kah kah kah !!!

ps: pengganti tun perak: ketua askar tonnggeng pongong!

kabonye tun perak suruh cat ponggong askar dan tonggeng kat angkatan perang dari....India? membarisi sepanjang pantai. maka bila diteropong musuh TERRNAMPAKLAH berpuluh-puluh merian katak menghala kpd mereka. apalagi,cabut la!!
tak terbayang jika cowgate lady do likewise to pak samad or tt. sah gugur janggutttt!!!!

mek berkata...

saya suka surat ini wahai tuan tukar tiub :)

Tanpa Nama berkata...

Ekau ajak la org umno klua parti..kok yo kau nk baleh dondam kek madey..kok xberani..duk yo ontok ontok kek rmh mentuo kau jang..mati deh sok kau dapek yo makan sako..kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

bagus TT.. terus laga2kan dia orang.. ini memang kerja bagus.. cerita real untuk rakyat jelata..

Tanpa Nama berkata...

Mek geli dengan ayat ini...

Orang perempuan milihat bukan dengan mata tetapi dengan hati. Sekoleh air todi telah diketahui pokok yang mana asal usulnya