Rabu, 13 Jun 2012

UNTUK KAUM KERABAT FELDA - MAK CIK DAN PAK CIK FELDA




MEMBURUH MEMBINA NEGARA







IPO FGVH MENYEBABKAN PENDAPATAN FELDA JATUH 64% DAN PENEROKA KEHILANGAN RM100 JUTA BANTUAN KEBAJIKAN

KEADILAN meneruskan analisis kami tentang kesan sosial dan kewangan peneroka akibat IPO (Initial public offering/penyenaraian) FGVH. Analisis kami menunujukkan sebelum adanya FGVH, tiap-tiap tahun FELDA membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta setahun untuk kebajikan masyarakat peneroka. Perbelanjaan ini yang termasuk dana bagi infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans.

Pada tahun 2011, FELDA telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2012 FELDA bercadang untuk memotong belajawan untuk peneroka ke RM326 juta. Pengurangan belajawan ini amat besar, hampir RM100 juta potongan.

Butir-butir potongan adalah seperti berikut:

• Pembangunan Infrastruktur dikurangkan sebanyak 57%.
• Pembangunan Belia dan Generasi Dua dan Ketiga yang dikurangkan sebanyak 27%.
• Insentif Produktiviti untuk Peneroka dikurangkan sebanyak 22%.
• Hari Raya Bonus dikurangkan sebanyak 25%.
• Pelan Insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25%.

Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH. Apabila FELDA pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, FELDA telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan FELDA jatuh mendadak. Pada tahun 2011, pendapatan FELDA mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64%. Oleh kerana pendapatan FELDA jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta.

Semua butir-butir diatas adalah daripada Bajet rasmi FELDA 2012.

Pada permulaannya kami telah mendedahkan durian runtuh yang terlalu kecil kepada peneroka, selepas itu pendedahan mengenai peruntukan saham yang memihak kepada bumiputera kaya, kini peneroka sekali lagi ditindas dengan potongan kebajikan RM100 juta.

WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PELABURAN & PERDAGANGAN
12 JUNE 2012



layari sekarang:






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg dihormati pakcik dan makcik felda,
sebelum pakcik dan makcik meloncat2 kegirangan dengan berita durian telah runtuh, diharap pakcik dan makcik sedar dan faham tentang satu hukum asas dalam pengurusan kewangan, iaitu:
*for every action, there is an equal an opposite reaction*
eh, silap pulak... maap pakcik dan makcik... walaupun hukum di atas pun boleh digunapakai, tapi ianya lebih kepada bidang sains fizik (ya, pakcik dan makcik, walaupun saya tak pernah belajar guna ppsmi, tapi sains saya bolehtahan hebat jugak penguasaannya, malah mi ken spik de inglis so de veri gud one, de inglis sei ai spik inglen laik landen yu no! so no nid ppsmi okeyyy!)

hukum asas pengurusan kewangan yg saya maksudkan ialah:
*one man's gain is another man's loss*
oleh itu, pakcik dan makcik felda sekelian, berwaspadalah sebelum terkinja2 terlompat2 tersengeh2 berangan jadi orang kaya baru, janganlah hinggakan songkok pesok dek lonjak awak!

risau dgn pakcik dan makcik yg terlalu lurus, terlalu bersedia utk bersangka baik terhadap semua org yg mengeluarkan umpan2 manis sebaliknya terlalu mudah terguris dan bersyakwasangka terhadap sesiapa yg mengeluarkan peringatan2 pedas

-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Simpulan Bahasa (LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Malay Idioms)