Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 7 Jun 2012

LAGI GEROMBOLAN TIPU ORANG MELAYU








NOTA:
malam ini jam 9.00 dr. nasir sari psm
akan di temu bual di radio bangsar utama


KEADILAN DEDAH SENARAI TANAH REZAB MELAYU, TANAH LAPANG DI PERANCANGAN FELDA YANG DIPAJAKKAN

Pada 28 Mei 2012, KEADILAN telah mendedahkan bagaimana Barisan Nasional telah memajakkan Tanah-tanah Rezab Melayu (TRM) yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada Felda Global Ventures (FGV) yang disenaraikan.

Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan dikuasai oleh sebuah syarikat yang tidak dikuasai oleh Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hakmilik di tangan Melayu/Bumiputra.

Prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5% sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.

Sehingga kini, KEADILAN tidak mendapat apa-apa jawapan dari Najib Razak atau pun Isa Samad.

Hari ini, KEADILAN mendedahkan senarai setiap Tanah Rezab Melayu yang telah dipajakkan selama 99 tahun kepada FGV; bermakna hakmilik dan hasil ekonomi dari tanah-tanah ini dipindahkan kepada sebuah syarikat yang status Bumiputranya dipersoalkan.
.
Saya juga ingin menampilkan satu peruntukan penting di dalam perjanjian tersebut yang menjejaskan pegangan tanah di penempatan FELDA seluruh negara dan mempunyai kesan besar kepada kebajikan peneroka FELDA.

Bersama-sama ini saya lampirkan muka surat 8 dari perjanjian tersebut yang menyenaraikan kumpulan tanah-tanah yang telah dipajakkan ke pasaran saham, seperti berikut:

1. Tanah Sedia Ada (dirujuk sebagai Existing Lands) iaitu 343,484.46 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd yang dipajakkan, termasuklah Tanah-tanah Rezab Melayu seperti yang saya terangkan di atas;

2. Tanah Sedia Ada Tambahan (dirujuk sebagai Additional Existing Lands) iaitu semua tanah-tanah tidak bergeran yang kini dimiliki oleh FELDA. Ini merujuk kepada semua tanah lapang yang kini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan di penempatan FELDA seperti tapak kedai, padang, surau, jalan dan lain-lain; dan

3. Tanah Akan Datang (dirujuk sebagai Future Lands) iaitu semua tanah yang FELDA bakal perolehi di masa hadapan.

Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan KEADILAN selama ini bahawa semua tanah-tanah tidak bergeran di dalam penempatan FELDA di seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta, sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga FELDA.

Apakah jaminan Najib Razak dan Isa Samad bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak; atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga FELDA? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit kecil yang didirikan di atas tanah-tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV?
Pendedahan ini juga jelas membuktikan bahawa Najib Razak dan Isa Samad telah berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga FELDA tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
6 JUN 2012


malam ini dr.nasir dari psm akan di radio bansar utama:




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian pkcik makcik felda. sok ble tanah dh tergadai, bru sibok nk mintak tolong ngan PR..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Rafizi. Semoga maklumat dengan no lot dna maklumat penjualan dan gadaian lengkap disebarkan melalui pelbagai laman web dalam pelbagai Bahasa termasuk Bahasa Thai