Jumaat, 27 Julai 2012

31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA



INI BENDERA MALAYSIA BARU















BENDERA PAS MOTIF SAMA











KENYATAAN AKHBAR MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN RAKYAT 27 JULAI 2012

PAKATAN RAKYAT MENGAJAK RAKYAT BERSAMA MENCIPTA TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 55


Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa. Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka. Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.

Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.

Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com

Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.


Y.Bhg Dato Mustafa Ali - Setiausaha Agung PAS
YB Nurul Izzah Anwar - Naib Presiden PKR
YB Teresa Kok - Setiausaha Pengelola DAP



31 OGOS HARI MALAPETAKA






13 ulasan:

Militia Buruh berkata...

Tgk, PAS pun pakai bendera motif yg sama. Merah putih adalah bendera kita. Takyah dak gaduh2 lagi. Buat apa nak pakai bendera yg macam bendera Amerika tu?

Tanpa Nama berkata...

Hari Kebangsaan tak tukar ke? Kata hari malapetaka, logiknya takkan kita nak raikan hari malapetaka, cadangan jadikan 9 September sebagai hari peringatan, sebab berada di tengah antara 31 Ogos dan 16 September

Tanpa Nama berkata...

korang kan tak iktiraf hari merdeka 31 Ogos, kenapa nak bising ngan tema hari yang korang tak iktiraf..nakba la malapetaka la..

mat lendir berkata...

31 ogos???

sapa sebenarnya yang beri kebenaran mpkj utk luluskan bangunan pengurusan/ pembakaran mayat pada 2008 yg akan dibina di sg chua @ Bandar baru bangi???

BN ker???
PR ker???

rakyat kajang/ sg chua/ bangi semua nak tau!!!

safie mana pegi?????

Unknown berkata...

Siapa kata slogan tidak penting? Slogan adalah penting bagi mencerminkan apa yang diperjuangkan. Berbalik semula kepada slogan kemerdekaan ke-55 berbunyi "Janji Ditepati", ini bermakna tiada apa lagi yang ingin diperjuangkan oleh kerajaan kerana semua janji yang ditaburkan oleh mereka telah dipenuhi.

Sekali lagi ditekankan slogan bukan hanya sepatah dua perkataan yang tidak membawa apa-apa maksud. Slogan mempunyai makna yang begitu besar. Slogan PKMM adalah "Merdeka", bermakna perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan tanah air dengan apa-apa cara sekali pun termasuk menumpahkan darah. Slogan "Hidup Melayu" UMNO pula adalah untuk mengumpukan umat-umat Melayu pada ketika itu untuk bangun menentang Malayan Union.

http://malaysiacrisis.blogspot.be/2012/07/merdeka-vs-hidup-melayu.html

Tanpa Nama berkata...

Macamana kalau kita tukar tema tahun ni dengan tema ni "Pukimak punya BN" aku rasa sesuai la..

Tanpa Nama berkata...

Tema tahun ni "Pukimak Punya BN "

Tanpa Nama berkata...

atau "Merdeka Kepala Bana UMNO" pun elok juga

Tanpa Nama berkata...

Kerana bendera sekarang lah ,seorang wartawan kita telah dibunuh kerana bendera kita di sangka bendera Amerika Syarikat. -tukar bendera kita,-

Tanpa Nama berkata...

Sya rasa tema berikut bagus:


Pemimpin Bersih, Negara Maju!


Tapi pemimpin UMNO, MCA dan MIC sudah tentu rasa tak sedap terhadap tema ini.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan tema hari malapetaka:

"Bersatu Menolak BN"

Tanpa Nama berkata...

http://www.mediafire.com/?mc37namfy55hrl3

link utk tema kemerdekaan rakyat
copy paste ke browser dan download gambar 2.0.jpg logo RAKYAT BANGKIT!

Tanpa Nama berkata...

Tema sesuai ialah"1umno 1lancau"