Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 14 Julai 2012

CUKONG TIPU GEROMBOLAN - GEROMBOLAN TIPU MELAYU





INI KES TIPU



KERAJAAN UMNO/BN PINDAHKAN TANAH KEPADA TALAM:
MCA PERLU AMBIL TANGGUNGJAWAB


Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.




Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.



Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1. RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2. RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank. Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.



Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan. Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.
Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.



Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 JULAI 2012











PENGUMUMAN UNTUK PENDENGAR RABU

hari sabtu ini
radio bangsar utama
akan membuat dua laporan terus menerus

satu laporan demo menyokong warga felda
satu lagi konsert pesta jalanan

untuk kaum kerabat reformasi
untuk penyokong rakyat tertindas
untuk mereka yang benci gerombolan
untuk mereka yang hendak tumbangkan kerajaan
sila layari radio bansar utama


www.radiobangsarutama.spot.com
www.radiobangsarutama.com



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TALAM ni memang macam perumpamaan Talam Dua Muka.. pastu berlubang2 pulak.. pukul rata..

Banyak komplen projek perumahan macam hampeh tapi masih gak dapat projek.. huh..

cuba cer tanya orang yang beli rumah ngan talam ni..

Tanpa Nama berkata...

Apalah kau TT,letak muka siharam jadah Ahsan Beras Jati.aku macam nak ludah muka dia.Nasib baik aku ni masih tak mental, jika tidak jahanam aku punya laptop!

Tanpa Nama berkata...

rafizi, lu punyer dokumen tu, ada signature ALLAH taala tak? kalo tak ada, itu dokumen tipu.. kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak warning dedahkan sebyk mana salah laku mereke supaya cepat mamposs sakit jantung

MCA babi berkata...

Saya menyeru Datuk Chua Tee Yong memberi perhatian kepada masalah di rumah sendiri dulu. Bapa suka main pompuan kat hotel. Kenapa benda tu terjadi?

Kerana Ayah tak suka tengok muka anak macam taik kat rumah. Anak yang suka korek buntut orang padahal buntut sendiri todak dicuci. Anak kulit tebal ni boleh pulak bagi press conference mengenai kerajaan pakatan padahal bapa sendiri kaki porno. Kalau keluarga bermaruah lain dah lama migrate pi australia.

Daripada membuang masa mengungkit Talam, tolong bersikan tilam ayah kat rumah,kalau bapa cari tilam kat hotel..