Rabu, 4 Julai 2012

JEMPUTAN JAMUAN MAKAN DAN MENGHULUR DERMA






SATU JEMPUTAN UNTUK MENDERMA







MAJLIS MALAM MALAM PARLIMEN NIBONG TEBAL

Untuk makluman semua kawasan Parlimen Nibong Tebal pada sebelum pilihanraya 2008 bukanlah satu kawasan parlimen tumpuan dan dilihat sukar untuk dimenangi oleh parti selain Barisan Nasional. Namun itu semua sebenarnya tidak pernah mematahkan kami anak - anak Nibong Tebal terus berusaha menyedarkan rakyat menggunakan perbagai pendekatan yang akhirnya pada tahun 2008 telah dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Malangnya seperti ramai sudah maklum titik perih kami anak muda yang bergerak atas nama KEADILAN atau punrakan sekutu PAS dan DAP dalam mengubah senario tapak sokongan di Nibong Tebal seolah tidak dihargai oleh ahli parlimenyang memenangi kerusi ini sendiri apabila ia melompat parti.

Namun itu semua tidak mematahkan semangat kami anak muda. Kami terus berusaha untuk memperkukuh tapak sokongan rakyat setempat. Kami mengambil cabaran bahawa kerusi ini harus dikekalkan dan seharusnya dalam kiraan kerusi yang menjadi penyumbang untuk PR ke Putrajaya.Kami juga bertegas dan yakin parti akan meletakkan seorang calon yang dikenali dan teruji di kawasan ini agar sejarah tidak berulang.

Sehubungan dengan itu kami AMK Nibong Tebal akan mengadakan satu program pengumpulan dana iaitu

MAJLIS MAKAN MALAM MERDEKA RAKYAT NIBONG TEBAL
17 Julai 2012, 8.00 malam
Dewan Orang Ramai, Sg Jawi, N.Tebal.


Majlis ini akan menampilkan tokoh dari perbagai latar belakang sebagai pemidato pada malam tersebut. Rayuan kepada semua pendokong dan penyokong PAKATAN RAKYAT agar dapat tampil membantu majlis ini dengan membeli tiket atau memberikan sumbangan terus. Sumbangan atau tempahan tiket boleh dibeli dengan menghubungi talian 0124775588 atau 0172472755 atau 012 4702074.

Segala dana yang terkumpul akan digunakan untuk perbagai aktiviti anak muda setempat, meneruskan program - program kebajikan mendekati masyarakat dan seterusnya untuk menempuhi piliharaya umum akan datang.

Bantu kami untuk terus membantu orang ramai khususnya di N.Tebal dan bantu kami mengekalkan kerusi N.Tebal.

Sekian dan terima kasih.

Mat Arof Yahya
Ketua AMK N.Tebal
may.pkrnt@yahoo.com




Tiada ulasan: