Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 25 Ogos 2012

JEMPUTAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA - KITA BERPESTA




KOMENTAR TUKAR TIUB



malam 30 ogos
ialah malam janji demokrasi
anak anak muda
pelajar dan warga
di seluruh negara di jemput
untuk memakai pakaian kuning

di kuala lumpur, melaka, ipoh
akan ada perhimpunan
pada malam janjin demokrasi

di kuala lumpur
akan berkumpul anak semua bangsa
di dataran merdeka jam 10:00 malam


pak samad akan membaca puisi

semua di jemput hadir
sila pakai apa saja yang kuning!





JANJI DEMOKRASI TAK PERLU PERMIT - keadilan daily

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Gabungan JANJI bertegas akan meraikan sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini tanpa memerlukan permit.

Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin berkata, himpunan Janji Demokrasi pada jam 10.00 malam di kawasan pancuran air itu tidak memerlukan permit daripada pihak berkuasa.

Katanya, ini kerana sambutan menjelang kemerdekaan menjadi kebiasaan setiap tahun dan ia disambut di empat lokasi berbeza, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, Dataran Maybank dan Bukit Bintang.

“Jadi, kita hanya datang dan bersama-sama merayakan sambutan itu,” katanya pada sidang media ‘Janji Demokrasi’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

Ia turut disokong Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan isu permit tidak timbul ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maklum berhubung sambutan tahunan itu.

“Bezanya peserta Janji Demokrasi disarankan untuk hadir dengan berpakaian kuning,” kata Maria lagi.

Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, SAMM, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu).

Sebelum ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengugut untuk bertindak agresif kepada peserta himpunan jika ia diteruskan.




Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata, Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara dan peserta turut dilarang membawa kain rentang dan sepanduk serta melaungkan slogan selain laungan Merdeka.

“Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan), cuma perbezaannya kita berpakaian kuning dan Pak Samad akan membaca sajak beliau pada malam itu,” tegasnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Koordinator Jingga 13, Fariz Musa; Setiausaha Agung Mipas, S Barathidasan; Warga Aman, Raja Retinam dan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Ismath.







NOTA:
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat terkini
radio bangsar ialah
radio resmi janji demokrasi!


Tiada ulasan: