Sabtu, 25 Ogos 2012
KENYATAAN MEDIA PKR
DATARAN MERDEKA MALAM 30 OGOS
KENYATAAN MEDIA
24 OGOS 2012
PENURUNAN HARGA KERETA: PROTON MAMPU BERDIKARI DAN BERSAING
Semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang
dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
(MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara
berperingkat untuk menurunkan harga kereta.
Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan
pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara.
Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan
sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta,
dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton
dan industri automotif tempatan.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan
perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga
kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan
ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.
Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa
mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan
perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan
Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya
bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais
bermula tahun 2005.
Malah, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan
menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun
2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan
automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama
seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.
Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi
dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development
(R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih
baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167
dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D
berjumlah RM175 juta.
Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai
berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga
tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan
beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh
terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.
Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh
Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan
Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan
perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya
Melayu/Bumiputra. Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang
masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif
tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat
yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan
Nasional.
KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu
berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat.
Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan
kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara.,
bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong
Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan
beliau.
Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan
penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised
production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk
memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan
pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
baru.
YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
ADUN PANTAI JEREJAK
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
semua orang tahu gerombolan@syaitan dikenali mahu proton terus dijaga oleh puak puak mereka...proton sebenarnya sudah mampu berdikari lama...masyarakat perlu tahu bahawa proton bertanggungjawab sepenuhnya pada engineering design dan assembly of parts utk kereta2 mereka...manakala manufacturing of parts atau pembuatan komponen2 kereta adalah tanggungjawab vendor2... di sinilah masalah yg proton terpaksa hadapi dan tidak mampu membuat apa2... kebanyakan vendor2 adalah kepunyaan kroni2 gerombolan..mereka inilah yg membuat komponen2 yg tidak berkualiti dan menjual kepada proton dgn harga yg mahal..proton adalah lubuk duit utk gerombolan melalui parts manufacturing business..masyarakat perlu tahu kereta sebenarnya adalah satu produk yg murah...ia adalah produk yg terhasil dr assembly komponen2 yg murah...semua komponen kereta adalah hasil mass production manufacturing...kos utk membuat sebiji kereta mungkin tidak sampai RM10k sebiji..sebab itulah satu ketika apabila syarikat Volkswagen mahu membeli proton ianya dihalang oleh gerombolan kerana apabila VW sudah ada kuasa penuh..nescaya vendor2 sampah kroni gerombolan tidak diperlukan...PRU13 pastikan gerombolan dijatuhkan...percayalah..ramai pekerja proton dan dlam vendor adalah penyokong tegar pakatan rkyat...
Catat Ulasan