Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 28 September 2012

8 TUNTUTAN BERSIH MASI*H DI TUNTUT LAGI



 

KONSERT BERSIH 8T – UNTUK MENGINGATI TUNTUTAN 
PILIHANRAYA BERSIH

Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama  Duduk Bantah pada 28 April 2012. Warga Malaysia  telah menggunakan  hak   berhimpun untuk menuntut kerajaan membersihkan dan menambah baik sistem pilihanraya.

Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. Justeru BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober  di Stadium Kelana Jaya. Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhan Jaya Pilihanraya tentang 8 TUNTUTAN BERSIH  yang masih belum ditunaikan

 Berbulan-bulan sesudah  perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung, kerajaan telah membuat sasaran serangan terhadap Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.  Tuntutan pilihanraya bersih dan adil tidak dipedulikan. Pihak kerajaan bersama Dewan Bandarraya  telah mengambil tindakan undang undang untuk menyaman ahli Jawatankuasa BERSIH2.0.

Walau apa pun berlaku, BERSIH 2.0 akan terus bertekad   untuk menaikkan kesedaran  tentang penipuan dalam senarai pengundi. Ini dapat   dijalankan kerana BERSIH terus menerima sokongan dan  sumbangan derma ikhlas  dari warga Malaysia.
 
Antara kumpulan/band yang akan bersama  mengambil bahagian dalam KONSERT 8 TUNTUTAN ialah  Ito, Julian Mokhtar dan The Geng, Republic of Brickfeild, band punk Dum Dum Tak, Canto Pop Rock Band Hui Se De Dai dan Ray Cheong. Pada hari konsert ini aktiviti  BERSIH 2.-0 akan juga dijalankan untuk merayakan  semua lapisan umur.

Ahli Jawatankuas Pemandu BERSIH 2.0 akan juga mendendangkan  satu lagu. Sasterwan Negara  A. Samad  Said atau Pak Samad  yang juga Pengerusi Bersama  BERSIH 2.0  akan membaca sebuah sajak  khusus untuk KONSERT 8 TUNTUTAN.

Konsert ini adalah untuk bersantai , bergumbira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggung jawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihanraya.

Warga  Malaysia tidak  akan menerima  satu siatem pilihanraya yang masih tidak dibersihkan.  Warga Malaysia  tidak akan  teragak-agak untuk berhimpun sekali lagi jika suara mereka masih tidak diambil peduli.

Terima Kasih.

Salam BERSIH!


PASTI AKAN BERMAIN PADA 13 OKTOBER 2012:
  1. Redemption
  2. Soul Saviour
  3. Libang Libu
  4. Hui Se Di Dai
  5. Dum Dum Tak
  6. The Garrisson
  7. Nik Jidan
  8. Ray Chong
  9. Atama
  10. Republic of Brickfields
  11. Ito, Julian Mokhtar & The Gang
NOTA:
akan ada lagi beberapa 
nama yang masih lagi
dalam perundingan


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

https://ifilesjs.wordpress.com/

Pak Chu berkata...

T.T ada live dari corong radio Bangsar Utama x??

Tanpa Nama berkata...

ini sebelah siag atau malam..sila nyatakan..waktu