Isnin, 17 September 2012
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
PERANAN ANAK MUDA WAJIB
KOMENTAR TUKAR TIUB
syabas!
tahniah!
anak muda pelajar memmbawa
tradisi jalana raya
di mana mana pun dalam dunia ini
pelajar mahasiswa anak muda
adalah pengerak utama politik jalan raya
SEJARAH POLITIK JALAN RAYA PELAJAR:
1968 di mexico
1968 di paris
1968 di czech
1969 di german
1969 di karachi
1970 di tokyo
1970 di carlifornia
1974 di jakarta
1974 di kuala lumpur
1989 di berlin
1989 di praque
1998 di jakarta
1998 di london
2008 di wisconsin
2011 di tunisia
2011 di mesir
800 SISWA BERARAK TUNTUT PILIHANRYA KAMPUS BEBAS - mkini
Seramai kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.
Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut.
Sebelum berarak, kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.
Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".
Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".
Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'.
Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.
NOTA:
untuk menumbangkan kerajaan
tanpa sokongan aank muda
tanpa politik jalan raya
huklumnya:
mustahil!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Anak muda dari kalangan yang terpelajar sudah memiliki kesedaran politik tidak sebelumnya hanya moyok dan mesti belajar kerana nak penuhi hasrah ibubapa yang cukup penuh lelah mengumpul duit untuk ke universiti.
Mereka luahkan rasa tak puas hatidi jalanraya(Madey/Najib/Menteri Pendidikan/Polis) tidak berkenan langsung dan memecah tradisi yang mereka harus mengadap Timbalan NC Hal-ehwal Pelajar di bilik berhawa dingin untuk menyalurkan masalah mereka tetapi akan dikenakan tindakan ugut dan disiplin kemudian.
Ya apabila minda sudah melepasi rasa takut tiada suatu kuasa boleh menghalang. Syabas anak muda universiti yang turun ke padang.
Menteri Pendidikan Tinggi ghaplah beruk dibuatnya.
Catat Ulasan