Isnin, 17 September 2012
SAHEH - SELAMA INI INI PROJEK MALAYSIA GAGAL
KOMENTAR TUKAR TIUB
tim tukar tiub
dan kaum kerabat tukar tiub menyokong deklarai ini
dengan satu tambahaan:
Hak menentukan nasib sendiri:
Warga Sabah dan Sarawak
berhak menentukan nasib dan arah negara mereka sendiri
tanpa hegemoni dari Semenanjung
DEKLARASI KUCING
dikemaskini Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.
Peristiharan berkenaan ditandatangani ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang ini.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13
Berikut adalah isi kandungan perisytiharan tersebut:
Kerjasama bersekutu
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Perwakilan yang adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.
Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.
Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
TER NOW ! PESANAN UNTUK SANG SAKA
pesanan masih diterima
sila hubungi radio bangsar
sila hantar email
sahelai sang saka beharga 25rm
termasuk sewa pos
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Bukanlah dahulu PAS yang membangkang kemasukan Sabah ke MALAYSIA kerana bimbang dengan bertambahnya penganut agama lain di Malaysia....?Sekarang meraih simpati dan undi dari rakyat Sabah dan berjanji bermacam-macam,sedangkan kat Kedah dan KELANTAN pun masih banyak janji tak tertunai.PAS memang parti hipokrit.Sekarang musim katak melompat di Sabah ha...ha..ha berapa juta agaknya harga seekor katak?
Terbaek la bro.
PKR yang pi sabah serawak.. PAS pulak kena kutuk?
Patut la.. Taib mahmud rembat harta pribumi serawak tak nampak..
Rabun2 rupenya patut la berpuluh tahun kena kelentong.. pon tak nampak..
Bukan rabun... Tu tahap buta dah tu....
Pairin palikat.....the best......the best in giving stupid comment...just shut the fuck up u maggots.tatau cakap tatau..kalau tau kata saja apa yang ko tau saja..balance dia bisik kat dinding tandas.
Catat Ulasan