Sabtu, 29 September 2012

CONTOH KOLEJ SWASTA TIPU PELAJAR




SATU CONTOH PENIPUAN 

JUAL TEMBERANG


KOLEJ SWASTA DIARAH BAYAR RM18,500 - berita haira

Johor Bahru: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam memerintahkan sebuah kolej swasta membayar balik RM18,500 kos pengajian yang ditanggung seorang bekas pelajarnya dalam tempoh 14 hari.

Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Juhana Jemaat @ Jamil, 25, yang membuat tuntutan itu.

Sukar peroleh kerja

Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh” Juhana Jemaat @ Jamil, Bekas pelajar
Juhana membuat tuntutan itu selepas mendapati Diploma Penyiaran diterimanya daripada Malaysia Institute of Intergrative Media (MIIM) kendalian Cosmo Focus Sdn Bhd, tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya yang mengadili kes ini amat bersimpati dengan nasib kamu, kerana terpaksa merugikan masa muda selama tempoh pengajian selain melaburkan wang untuk memperoleh diploma berkenaan,” katanya.

Terdahulu, dalam keterangannya, Juhana berkata selain sukar memperoleh pekerjaan, beliau juga terpaksa menanggung hutang apabila perlu membayar balik pinjaman pembiayaan pelajaran yang dibuat dengan MARA.

“Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menabung dalam masa dua tahun sebelum memohon memasuki pengajian di MIIM mulai 2006 yang sepatutnya selesai dalam tempoh kira-kira dua tahun,” katanya.

Juhana berkata selepas menamatkan pengajian selama empat tahun, beliau mendapati diploma yang diterima tanpa sebarang majlis konvokesyen itu tidak diiktiraf oleh MQA hingga sukar memperoleh pekerjaan.

Mampu kerja di pasar

“Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh. Saya membuat tuntutan kerugian yang saya alami selepas membiayai kos pengajian sebanyak RM18,500 di kolej terbabit,” katanya.

Ketika prosiding semalam, Cosmo Focus tidak menghantar wakil mereka untuk mengemukakan pembelaan atau penentangan terhadap tuntutan yang difailkan Juhana.



TURUN 13 OKTOBER STADIUM KELANA JAYA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Ketika prosiding semalam, Cosmo Focus tidak menghantar wakil mereka untuk mengemukakan pembelaan atau penentangan terhadap tuntutan yang difailkan Juhana."

Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Nganga jelah.

yb berkata...

Yang tak swasta pun auta. Ada member kena henti lepas 8 tahun kerja. Masa mohon belajar kata ijazah diiktiraf, lepas kerja tak taktiraf. Kecewa tak payah cakap. Sekarang kerja sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Mslh mlysia byk sgt kolej swasta..pelik la xkwln dr kmenterian pngajian tinggi..mmbazir ms je,arap ada lain pun turun mmbuat tuntutan klu rs tetipu,saman jgn x saman ni kroni punya kolej

Tanpa Nama berkata...

Pak Isham,

Setahu saya, Malaysia Institute of integrative Media (MIIM) ialah kenderaan atau salah satu cara Cosmos Focus Sdn. Bhd. iaitu Akademi TV3 suku membuat duit.

Yang kena dari mereka ialah anak melayu kita belaka. Mana ada cukong atau mamak yang hantar anak mereka study kat sana.

average joe berkata...

syabas juhana atas anugerah kemenangan peribadi anda!
syabas juhana yg peka pada hak sendiri dan berani mengheret pihak terbabit ke tengah untuk mendapat keadilan!
syabas juhana kerana keberanian anda sekarang telah ada satu precedent utk rakan2 sepengajian anda juga mampu menuntut balik hak mereka!
syabas juhana kerana anda dianugerah dayafikir dan dayajati yg tinggi dan anda tidak mensia2kannya!
syabas juhana 1000kali syabas ganda sejuta!
semoga anda juga menjadi 1lagi ikon anakmuda yg bijak dan bertenaga, bukan lembik melayu dan mudah diperbangang dikelentong. syabas!

-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

Tanpa Nama berkata...

akademi TV3 yg dah ditukar nama..TV3 ni kalo tak tipu melayu mmg tak sah!