Sabtu, 1 September 2012

JANJI DEMOKRASI ADALAH OMBAK RAKYAT ADALAH OMBAK JALAN RAYA



TERUSKAN KAN OMABAK JALAN RAYA






KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca apa yang diucapkan
oleh perdana menteri yang mewakili
parti united malays national organisation

lihat dan baca
lihat dan fahami
apa makna kenyataan ini

dalam ucapan resmi
dalam ucapan sebagai perdana menteri

najib razak terpaksa menyebut JANJI DEMOKRASI

apa maknanya?

maknanya najib razak
sedang dihantui oleh
JANJI DEMOKRASI

mana buktinya?

buktinya dalam ucapan resmi
terpaksa menyebut
JANJI DEMOKRASI

inilah hakikat rejim yang nazak
inilah hakikat bahawa ombak rakyat sedang bergelora

jika JANJI DEMOKRASI tidak penting
jika JANJI DEMOKRASI tidak ada apa apa
maka apa perlunya di sebut dalam ucapan resmi

kalau JANJI DEMOKRASI tidak penting
pasal apa di sebut?

justeru inilah hakikat bahawa
gerakan ampoh sedang melanda
ini bukti bahawa ombak sedang melanda

NOTA:
sila ikuti radio bangsar utama
sila ikuti tukar tiub
untuk penguman program program melawan
untuk mengikuti program menghasut


ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH




HAMPUNAN GABUNGAN JANJI DEMOKRASI BUKAN MAJORITI ,KATA NAJIB
- malaysian insider

Najib Razak menegaskan bahawa perhimpunan Gabungan Janji yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi bukanlah himpunan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri itu menegaskan Himpunan 55 tahun Merdeka “Janji Ditepati” yang diadakan di Stadium Nasional di sini malam ini adalah himpunan majoriti rakyat yang cintakan tanah air.

“Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini malam golongan majoriti,” kata Najib ketika berucap sewaktu sambutan malam kemerdekaan merujuk kepada himpunan Gabungan Janji.

Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih telah menganjurkan Himpunan Gabungan Janji yang berlangsung semalam di Dataran Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 negara.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.

Sasterawan Negara A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.


AHAD ESOK KITA DI RAUB



NOTA:
jangan lupa
kita berhimpun
di pandang milo
di raub pahang

ini adalah ombak rakyat
ini adalah ombak jalan raya!



8 ulasan:

Watikah Sinar berkata...

Apaa nih TT?? Orang2 dlm PKR pun kecam ganti jalur gemilang dgn bendera lain... tak percaya sila lihat ini...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-kecam-kibar-bendera-ganti-jalur-gemilang/

Tanpa Nama berkata...

Hisham dah jadi liability kepada Anwar ,ramai rakyat dah marah dengan bender yang sama dengan Singapore

Tanpa Nama berkata...

Yg kecam tu adalah mamat2 skema dan mamat2 batik dlm PKR....kah3x

Tanpa Nama berkata...

Yg kecam tu adalah mamat2 skema dan mamat2 batik dlm PKR....kah3x

Tanpa Nama berkata...

Bendera orang2 gila dan mabuk kuasa. Semasa di London pernah ditaja kumpulan marxist balik ke malaya nak promosi komunis. Masok tv siap bawa tasbih tapi standard tetap malaun. Hidup bergantung dgn sabsidi dari dulu sampai sekarang. Nak jadi revolusioner kunun.

Tanpa Nama berkata...

96TT bercita2 nak jadi grandmaster of malaysian politics tapi habok pun tarak...

Unknown berkata...

Yg same dengan bendere us tu demer dok magroh pulok ye... Lg satu bendere rasmi umno pn seakan akan same jugok ngan singepor ngape demer tok ghioh...

Unknown berkata...

Aku stuju tukar bendera. ....kita pakai sang saka merah...