Sabtu, 1 September 2012

KIBAR DAN SEMARAKAN SANG SAKA MALAYA













KENYATAAN MEDIA
31 OGOS 2012

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 55


Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Keharmonian dan kesepakatan yang wujud dikalangan rakyat harus kita martabatkan. Inilah kesedian kita untuk menjayakan merdeka dengan arus yang sama iaitu, Sebangsa Senegara Sejiwa.

Untuk sambutan Merdeka tahun ini, saya mengharapkan semua rakyat Malaysia akan dapat bersama-sama memaknai sejarah ini dan juga dapat melihat kembali apa yang kita telah kecapi selepas 55 tahun menjadi sebuah negara yang merdeka.

Rakyat Malaysia khususnya wanita dari generasi dahulu dan sekarang telah banyak memainkan peranan penting dalam membina bangsa dan negara. Kita tidak harus melupakan sumbangan besar mereka yang telah menjadi nadi dan tulang belakang pembentukan masyarakat Malaysia. Wanita di Malaysia yang ternyata berterusan memberi sumbangan untuk membangunkan pelbagai sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sukan dan keselamatan. Tidak lupa juga akan tugas-tugas mereka yang tidak berkesudahan sebagai seorang ibu di rumah.

KEADILAN melihat bahawa, kita perlu mempunyai satu komuniti yang lebih selamat, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor keselamatan dan ketenteraman awam terutamanya Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Rukun Tetangga dan pelbagai NGO yang telah banyak membantu dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat di negera kita.

Dalam kita menikmati keamanan dan keharmonian yang kita ada di sini, dengan semangat dan jiwa yang merdeka, janganlah kita lupa akan rakyat Syria yang menderita dalam mencari erti kebebasan yang dizalimi manakala di Rohingya pula disembelih dan didera kehidupan mereka. Sebagai rakyat Malaysia, janganlah kita lupa bahawa dalam masa kita menyambut hari Merdeka, terdapat orang lain sedang melalui kesusahan yang teruk dan menderita.

Hakikatnya kemerdekaan itu adalah satu maruah yang mesti dipertahankan kerana maruah itu adalah seseuatu yang amat bernilai.

Justeru, saya mahukan semua rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka ini terus diberkati dan kekal bersatu sebagai sebuah negara untuk masa depan yang lebih selamat dan aman.

Selamat menyambut Hari Merdeka - Sebangsa Senegara Sejiwa

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat




1 ulasan:

average joe berkata...

Semoga kita semua merdeka
dari runsing yg membeban
dari beban yg menyukar
dari sukar yang menewas
dari tewas yg mengecewa
dari kecewa yg merunsing

-average joe-
klakka-la.blogspot: SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN MERDEKA 55