Isnin, 3 September 2012
KEGANASAN DI TERUSKAN LAGI
BERSEDIA MELAWAN UNDI TIPU
KOMENTAR TUKAR TIUB
sebenarnya apa yang berlaku amat baik
dari segi politik
dari segi propaganda
dari segi memberi kefahaman kepada orang ramai
tindakan samseng perkasa
tindakan samseng ngo melayu islam
tindakan bodoh tim ialan bakar
banyak membantu pakatan rakyat
dalam politik ada nahu
dalam politik ada bahasa
apa yang dilakukan di masjid
bukan memperlihatkan perkasa macho
bukan memperlihatkan perkasa bijak
tetapi orang ramai akan melihat
perkasa ini tim bumiputera bodoh
buat onar dalam masjid
lagi banyak serangan
lagi banyal pakatan dapat simpati!
ANWAR , MAHFUZ DI SERANG DALAM MASJID - harakah daily
ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.
Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
baru nak suruh TT komen pasal ni! hahahaha... ketinggalan gak gua, tapi tak la teruk bodo macam udin rais@papa gomos tu
kalaupun tak boleh hurmat anwar, hurmatlah mesjid, BONGOK!!
Pale ayah kau perkasa nih!!! X beradab... Mcm gampang!
Wakakakkakaka....compom umngok di ambang kekalahan...wakakkakkakak..terpaksa lepaskan anjing perkasa buat kerja bodoh..mcm sial je tngk...tah2 geng2 tu smbahyang maghrib pun tak..dok buat kacau je...klau zaman PRamlee puak2 ni di panggil kacang hantu kampung..ketua dia namanya Buang...mata2 kampetai....wakkakakakakkakkakakka
Dato Hj Yusof ni kontraktor klas A yang banyak projek dengan MINDEFsampai (guna syarikat proxy), penaung masjid Taman Wira Rakyat, minat nak ganti Dato' Bashah, kata nak jadi calon UMNO PRU13 ni..
Catat Ulasan