Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 7 September 2012

MEMIJAK MUKA ADALAH TANDA BENCI



MEMIJAK GAMBAR KERANA BENCI






KOMENTAR TUKAR TIUB

janji demokrasi ialah merayakan
ambang 31 ogos

janji demokrasi ialah orang ramai
datang ke dataran merdeka pada
malam 30 ogos

pada malam itu
ribuan datang
majoriti memakai baju kuning

ada juga yang tidak
memakai baju kuning

pak samad membaca puisi

bertajuk : JANJI DEMOKRASI

tidak ada ucapan
tidak ada politikus bercakap
hanya paka samad membaca sajak
hanya orang mengira detik jam

membawa sang saka malaya
bukan satu jenayah

memijak gambar ialah tanda kebencian
mimijak gambar ialah tanda tak suka
memijak gambar tidak sama dengan membunuh altantuya
memijak gambar tidak sama saperti ambil berjua duit komisen
memijak gambar tidak sama saperti guna duit kerajaan untuk kednduri anak kahwin
memijak gambar bukan satu jenayah


MEMIJAK MUKA OBAMA




POLIS SERAH LAPORAN SIASATAN PENUH HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI KEPADA PEGUAM NEGARA ESOK
- mStar

KUALA LUMPUR: Polis akan menghantar laporan siasatan penuh berhubung tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi pada sambutan Ambang Merdeka malam Khamis lepas kepada Pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya esok.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria berkata laporan itu merangkumi tindakan peserta perhimpunan yang membawa bendera 'Sang Saka Malaya', memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara.

"Laporan penuh itu dihantar untuk tindakan selanjutnya oleh Pejabat Peguam Negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau juga berkata tiga lagi penganjur bersama perhimpunan itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan selepas dua penganjur utama memberi keterangan Khamis.

Katanya, mereka ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua dan Hishamuddin Md Rais.

MEMIJAK MUKA ADNAN YACOB


"Polis telah menghantar notis kepada mereka mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah, dan mereka juga telah bersetuju untuk hadir memberi keterangan kerana didakwa menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, namun tarikh sebenar belum diputuskan," katanya.

Pada Khamis, polis merakam percakapan Maria Chin Abdullah dan Sasterawan Negara A. Samad Said di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Mengulas permohonan maaf secara terbuka oleh seorang penuntut kolej swasta di Cheras semalam, yang ditahan kerana menunjuk punggung di khalayak ramai dalam insiden itu, Aziz berkata polis tetap akan mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Tindakan mereka yang terlibat adalah perbuatan yang biadap, dan ia menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati masyarakat menyebabkan lebih 250 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung perilaku mereka," katanya. - TIEWNAMA




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tengok gambar rosmah utk pa chu cheng jenayah ke TT?

tanpa warna berkata...

Jangan beli surat khabar atau majalah ... nanti terpijak gambar pemimpin ... ambil tindakan keatas peniaga yang membungkus barang niaga dengan gambar pemimpin ... buat tempat pelupusan gambar2 pemimpin ... takut terpijak atau terkoyak ... gambar2 suci jangan dipermainkan ...

Tanpa Nama berkata...

pijak gambar najib tak sama dgn membureet ziana.....
kah...kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

double standard anjing2 polis kat Msia.....
selected prosecution...
apa aku perlu luahkan....
polis cibai, lancau..

Tanpa Nama berkata...

ko neh cakap macam betul sendiri,tak ada rasa takutpun,ko neh indon ka bangla,....ehhhh tapi aku suka ko punya statemnt or ulasan yang sikit memnberi pencerahan pasal kesadaran berpolilitik yang betoi kat negara "NGALENGKA DIRAJA YANG BANYAK DOSA INI"

Tanpa Nama berkata...

Wow 250 report polis!!
Hebat!