Khamis, 6 September 2012

SIAPA UANG JAHIL DAN SIAPA DANGKAL - KANG KONG ATAU PUNK ROCKERS?






INI SEJARAH NEGARA BANGSA MENENTANG PENJAJAH




















KOMENTAR TUKAR TIUB

anak anak muda
yang mengkibarkan sang saka malay
pada malam 30 ogos 2012 dahulu
bukan dangkal sejarah

anak muda ini bukan buta sejarah
anak muda ini bukan jahil sejarah

mereka membuat sejarah!






KUMPULAN KIBAR SANG SAKA MALAYA DANGKAL JAHIL SEJARAH
- meloya

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Tokoh-tokoh sejarah menyifatkan dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih Khamis lalu kononnya ia bendera asal Tanah Melayu, sebagai dangkal dan jahil terhadap sejarah negara ini.

Ini kerana kata mereka, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera seiras Singapura itu sebagai bendera rasmi biarpun ketika dijajah oleh kuasa luar.

Sebaliknya, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan penyokong pembentukan Indonesia Raya, yang sentimennya dimulakan di Tanah Melayu pada 1938 oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob.

Bekas Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, matlamat KMM pada waktu itu adalah menggabungkan Tanah Melayu dengan republik Indonesia bagi membentuk Melayu Raya untuk mencapai kemerdekaan.





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



4 ulasan:

Asri berkata...

"...warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan penyokong pembentukan Indonesia Raya, yang sentimennya dimulakan di Tanah Melayu pada 1938 oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob."

Kalau camtu jalur temberang ni plak digunakan oleh para penyokong 'common wealth' aka 'common law' atau dlm bahasa kampungnya 'barua british'

Tanpa Nama berkata...

aku amat heran dengan bendera Malaysia ni.. Berbelit2 puak2 ni nak menerangkan kebenaran.. Cakap jer gini.. 'Iya mmg bendera jalur gemilang tu di tiru drp bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris'.. Habis cerita.. Tak payah nak terbelit2..
Fakta yg paling kelakar yg diberikan adalah tema jalurnya sebanyak 14 jalur.. Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.. 12 negeri di semenanjung dan 2 sabah dan sarawak..
Peliknya bendera ni dikatakan dicipta oleh seorang arkitek dari Johor pada tahun 1950.. Masa tu sabah dan sarawak belum masuk Malaysia.. Kalau dicampur dgn singapore pun baru 13.. Macamana boleh jadi 14.. Jgn la bodo kan rakyat.. Dah puas kena bodo 58 tahun..

parit sulong @geng berkata...

Aku dari sekolah rendah lagi...kalau pandang bendera Malaysia...selamba dan tak ada perasaan langsung. Macam pandang daun pisang je!!!TETAPI KALAU AKU PANDANG KAIN SANG SAKA...NAIK SEMANGAT SEMACAM...ADA GROH (kalau tak faham groh...tanya hishamudin rais)

Tanpa Nama berkata...

Aku pon mcm tu... Semangat aku akan menjadi semacam klu terlihat kain sang gadis tersingkap menampakkan peha...kah..kah...kah...!