Padang Rengas: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan bertujuan memberi kekayaan kepada syarikat penyedia perkhidmatan sistem itu, sebaliknya alternatif untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pemilihan syarikat berkenaan juga bukan dipilih berdasarkan kroni tetapi mengikut peraturan iaitu tender secara terbuka.