KOMENTAR TUKAR TIUB
ini satu tindakkan yang baik
buat kerja politik ini amat senang
apa perkara yang gerombolan
united malays national organisation tak suka
itulah kerja politik yang betul
gerombolan minta rakyat hantar memo
ini kerja bodoh
gerombolan suka ajak bincang
ini kerja bodoh
gerombolan suka minta cadangan
ini kerja bodoh
kita buat laporan polis
ini kerja bodoh
semua kerja bodoh ini TIDAK mendatangkan hasil
memo dibakul sampah
mesyuarat berjela jela hampeh
cadangan langsung tidak dipedulikan
laporan polis satu kerja bangang
kerana polis jentera gerombolan
hanya satu
united malays national organisation paling suka
demo
tunjuk perasaan
maka demo dan tunjukan perasaan
ialah kerja politik yang tepat
NOTA:
warga anak sepatutnya
berkhemah di hadapan pejabat felda
tunggu sampai 12 januari
ini sama saperti anak pelajar
berkhemah di dataran
sebelum demo bersih 28 april lalu
TAK GANJAK SELAGI ISA SAMAD
TAK TERIMA MEMO - harakh daily
KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) memberi amaran tidak akan
berganjak daripada Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak pada 28 Disember ini jika
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sendiri tidak menerima memorandum yang akan
diserahkan mereka.
Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata,
memorandum yang akan diserahkan kepada Isa mengandungi empat tuntutan peneroka.
GSF menuntut Isa dipecat sebagai Pengerusi Felda dengan serta merta
kerana didakwa banyak menghuru-harakan Felda sejak dilantik.
GSF juga menuntut Felda menghentikan penjualan minyak sawit kepada
syarikat Israel.
Selain itu, GSF juga menuntut kerajaan menghentikan campur tangan politik
dalam Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) serta mengembalikan tanah Felda
Felda Plantation kepada peneroka.
"Kita minta Isa Samad sendiri yang terima dan jawab tuntutan yang
kita kemukakan.
"Kalau Isa Samad tidak boleh beri komitmen kita akan berhimpun di
depan pejabat hingga perhimpunan 12 Januari," kata beliau dalam sidang
media di Pejabat agung PAs, jalan Raja Laut hari ini.
Perhimpunan akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.
Mengulas mengenai Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan,
Mazlan berkata pihaknya akan mengerahkan paling kurang 20,000 anggota ke
perhimpunan tersebut dengan berpakaian oren.
"Himpunan 28 Disember ini merupakan pra perhimpunan 12 Januari. Kita
sudah isytihar perang dengan Felda selepas segala bantahan kita tidak diterima
selama ini," katanya.
3 ulasan:
ANAK juga kena tambah satu lagi...kalau gatal nak jual minyak sawit kat israel..ISA SAMAD kita hantar ke ISRAEL JADI DUTA......DUTA MAHA BESAR MALAYSIA KE ISRAELIIIII...TAN SRI ISA SAMADIIIIYAHUUUUU....hehehhee..nak sangat,...!
woiiii bangsat bile nk perang.....sapu bersih pencacai zionis laknat...oi!oi!oi!...bangsattttt...
Chek cham mnam mo duo cino kek umah sakit bikfil smpai org kg lalu dopan pun xprasan hahaha 112 trun sudah satu kewajipan org2 jolobu yg totok anak yatim benamo rais tu soda2 la weiiii moh pakat trun kasih gogar klumpo jgn kato sjuta kok bleh beblas juta kito kasi horuk klumpo tu bia tebeliak mato org2 umnGoK..kasi NajibMah domam paneh hahahaha
Catat Ulasan