Isnin, 21 Januari 2013

ANAK MUDA MINTA BERSEDIA - UNTUK TURUN KE JALAN RAYA





KOMENTAR TUKAR TIUB

tukar tiub mengajukan slogan baru
- tipu pilihan raya - keluar ke jalan raya -

amaran telah diberi
kenyataan telah dibuat
jika masih menipu dalam pilihan raya
maka rakyat akan keluar ke jalan raya

tidak ada jalan lain  jika amaran tidak di pedulikan
tidak ada jalan laia jika amaran tidak di indahkan
tidak ada jalan laian jika amaran diperlekeh

hanya satu jawapan
rakyat turun ke jalan raya
untuk menghumbankan
united malays national organisation

ini bukan satu amcaman
ini satu janji


"Kami ke jalan raya jika PRU tipu"


SELAYANG: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Mohamad Sabu berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun.

"Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadhirin.

Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri malam tadi.

Turut serta memberikan ceramah bersama beliau adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Arif Sabri (bekas Ketua Penerangan Umno Pekan) dan Faris Musa (Pengerusi Jingga 13.)

Lebih 1,000 menyertai ceramah anjuran PKR itu.

Sudah beberapa himpunan dibuat untuk mendesak agar pilihan raya umum diadakan dengan bersih.

Bersih, Bersih 2 dan Bersih 3 dibuat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilakukan.

Segala perkara yang dibangkitkan dalam himpunan itu kini terbukti melalui siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dibuat di Sabah.

Pelbagai pihak membuat pengakuan mengenainya termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya yakin, perkara yang berlaku di Sabah inilah yang dibuat di Terengganu menjelang pilihan raya 2004 lalu dan kini sedang dibuat di Selangor," kata Mohamad Sabu.

Dalam pilihan raya 2004, kerajaan PAS Terengganu ditumbangkan selepas hanya satu penggal mentadbir apabila berlaku kenaikan mendadak pengundi di Terengganu.

Di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, jumlah pengundi yang keluar mencecah hampir 90 peratus yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Dalam masa yang sama, pusat-pusat pengundian di Selangor telah dilanjutkan tempohnya melebihi jam 5 petang untuk membolehkan mereka yang pergi mengundi ke Terengganu sempat pula mengundi di Selangor.

Menjelang PRU 13 ini, peningkatan pengundi mendadak berlaku di Selangor iaitu sehingga hampir setengah juta.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, usaha telah dibuat untuk membawa balik pengundi yang didaftarkan di Terengganu itu ke Selangor.

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengeluarkan satu laporan penuh Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang mendapati 497,084 baru didaftar dalam Daftar Pemilih Induk di Selangor.

Sejumlah 28 peratus (134,675) dari pemilih itu tidak dapat dikenal pasti siapa mereka.

MB Selangor mendakwa peta pilihan raya tidak lengkap dalam kawasan dewan undangan negeri (Dun) adalah punca kerajaan negeri Selangor menghadapi situasi terkini itu.

Kajian-kajian yang dibuat pula mendapati pelbagai perkara berlaku termasuk sejumlah besar pengundi yang didaftar di bawah satu alamat.

Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi.

----

4 ulasan:

tungkaran hati berkata...

Mat Sabu cuma nak buktikan bahawa penganut PAS adalah pecacai tegar DAP-PKR sahaja....bukannya suara rakyat pun!

Tanpa Nama berkata...

kita turun kita demo kita balik X 10000 kali.....alahai...amacam kalau macam ni....kita turun kita bakor kita gigit.......hahahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tungkaran hati saja nak menunjukkan kebodohannya bahawa dia adalah penganut nasionalisme sempit Untuk Manusia No Otak @ UMNO dan pecacai Bini Najib @ BN

Tanpa Nama berkata...

79000 pengundi dalam 350 alamat. Satu alamat ada 225 pengundi, purata-nya. Mereka akan datang ke Selangor buang undi selepas buang undi di negeri hampiran. Ada kemungkinan juga pengundi hantu ini ada-lah pekerja-pekerja kontrak yang duduk di rumah kongsi di tapak pembinaan yang akan keluar mengundi. Rumah kongsi ada-lah rumah kayu sementara yang dibina untuk pekerja asing ( terutama pekerja Indonesia), tinggal.