26 FEBRUARI 2013
Manifesto Rakyat Tepat
Pada Sasaran Reformasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik Manifesto Rakyat yang telah dilancar oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semalam. Manifesto tersebut tepat pada sasaran reformasi sistem khasnya dalam mengemukakan dasar penyelesaian atas pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia.
Sekiranya Manifesto tersebut diberi mandate oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang, maka kesan reformasi sistem tersebut akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Manifesto Rakyat merupakan hasil perkembangan demokrasi serta sistem dua-parti yang sihat. Usaha Pakatan Rakyat untuk menwujudkan politik baru yang menggalakkan persaingan sihat di kalangan parti-parti politik dan menolak politik lama yang kotor, fitnah serta maki-hamun.
Pergabungan tiga parti di dalam Pakatan Rakyat semakin mantap dan kuat dengan mendokong dasar bersama yang dikeluarkan dalam enam bahasa. Walaupun Perdana Menteri Najib Razak masih tidak berani membubarkan parlimen, tetapi Pakatan Rakyat telah bersedia dari segi software dan hardware.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, maka pelbagai agenda reformasi termasuk perubahan sistem akan dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.
AMK menyokong sepenuhnya keempat-empat tonggok utama Manifesto Rakyat iaitu Rakyat Ekonomi, Rakyat Bersaudara, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Kesemua tonggok tersebut merupakan isu yang penting dan dirasai oleh rakyat. Ia merupakan reformasi politik yang dinanti-nantikan oleh rakyat.
Setelah lebih setengah abab UMNO/BN memerintah negara kita tetapi tiada iltizam politik untuk mengadakan reformasi sistem. Pakatan Rakyat komited untuk melaksanakan agenda reformasi sekiranya diberi mandate oleh rakyat.
Oleh itu, AMK berpendapat bahawa Manifesto Rakyat merupakan dokumen bersama serta alat senjata yang paling kuat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13. Dalam pilihanraya yang akan datang, ketiga-tiga parti mesti bekerjasama dan bersatu untuk menumbangkan UMNO/BN supaya mencapai Kemerdekaan Rakyat yang sebenar.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
------
2 ulasan:
ingt masa mngundi nti muka2 mat bngla ,indon,mynmar...kite serang abis2an jgn bg can mereka masuk pusat ngundi..ni punca kkalahn PR,bkn najib bkn madey tp hntu2 sial kena awasi..INGAT SUME KKAWAN YE!!!!....
KALU PEKETEN MENENG .....SETU JE AKU MENTA.....SIKAP....JANGAN ADER SIKAP KARBALA UMNO DALAM PEMIMIPN MELEYU....JANGAN ADA SIKAP BULUH BULUH DALAM KALANGAN PEKETEN REKYET....JANGAN ADA SIKEP RUGI DULU UNTUNG KEMUDIAN DALAM KEPELA BUTUH ATASAN DAN BAWAHAN PENGIKUT....KERENE SIKAP INILAH YANG MENJETUHKEN BERISEN NESIONEL.....SIKAP / ATITUDE......KALU ADER KAMI KESEN....JAGA LOH....KITA TABRAKIN SAMPAI LUNYAI.....LEWEN TETEP LEWEN........
Catat Ulasan