JAM 4:00 PETANG
PASTILAH
TV BANGSAR UTAMA
INI LAGU RESMI
UNITED MALAYS
NATIONAL ORGANISATION
TIPU TERUS MENIPU – KITA TIPU MELAYU
Pada satu ketika dahulu
penganalisa politik dari dalam dan luar negara selalu merumuskan
kemenangan United Malays National Organisation kerana 3M. Setiap kali parti Ketuaan Melayu ini menang
dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil maka analisa 3M akan muncul. 3M
ini memberi makna Machinery, Media dan
Money – jentera, media dan duit.
United Malays National Organisation cukup anggkuh dan berbangga apabila dikatakan 3M yang
membuatkan parti mereka terus berkuasa. Sebenarnya pandangan 3M ini
pandangan kangkong. 3M ini adalah pandangan dari Profesor Kangkong
dan penganalisa politik lulusan Universiti Donut.
United Malays National Organisation berkuasa bukan kerana 3M
tetapi kerana 3T. Apa dia 3T ini? Tiga T
ialah Tipu, Tipu dan Tipu. Dari semanjak zaman berzaman 3T inilah yang
memberikan kuasa kepada parti Ketuanan Melayu ini. Penipuan dalam pilihan raya ini dirancang
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan
Pendaftaran Negara, Polis , KEMAS, Ketua Kampong, Tuan Pegawai Daerah dan dan
dan. Semua jentera kerajaan membantu menipu untuk memastikan parti Ketuanan
Melayu menang.
Apabila menang maka Profesor Kang Kong pun memberi analisa bahawa
3M yang membolehkan United Malays National Organisation berkuasa. Ini untuk
menutup penipuan. Hampeh. 3M ini adalah cerita
karut dan analisa politik bangang.
Penipuan dan kerja jahat dari United Malays National
Organisation dan SPR ini tidak akan berhenti.
Mereka hanya berhenti satelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Mereka semua dimasukkan ke dalam
penjara. Tidak ada ampon dan tidak ada
maaf. Ketua-ketua besar dalam SPR
ini adalah orang-orang jahat yang memporak peranda negara kita
ini. Walau pun mereka dilihat sebagai
perkakas tetapi mereka adalah pekakas dan barua yang amat-amat diyakini oleh
United Malays National Organisation. Kesetiaan mereka kepada parti Ketuanan
Melayulah yang membolehkan mereka dilantik untuk mengepalai SPR. Mustahil Tian
Chua atau Saifuddin Nasution akan
dilantik untuk menjadi Pengerusi SPR.
Minggu ini satu lagi penipuan telah dilakukan dengan satu
perancangan licik. Sesudah penamaan
calon kelihatan terlalu banyak calon bebas bertanding. Malah ajen-ejen Kerajaan Perpaduan dalam Pas yang masih setia dengan garis Hasan
Ali juga mendaftarkan nama penyokong mereka.
Setelah ditapis terdapat 7 kerusi bertindih antara Pas dengan PKR.
Melalui perundingan, isu kawasan bertindeh ini selesai. Kalau selesai apa masaalahnya? Masaalah ini
tahun ini dengan licik SPR telah membuat tambahan undang-undang. Nama calon
yang menarik diri akan terus tertera dalam kertas pengundian. Ini akan
menimbulkan kacau untuk para pengundi. Ini rancangan licik SPR. Undang-undang ini
sengaja diperkenalkan tahun ini dengan tujuan untuk buat kacau.
Kenapa tidak boleh
nama bakal calon yang menarik diri dikeluarkan dari kertas undi? Mustahil tidak
boleh dilakukan? Manusia telah naik dan pulang ke bulan. Manusia telah
menghantar roket kaji selidik ke bintang Marekh. Mustahil di Malaysia ini tidak
wujud teknoloji untuk memadamkan nama calon yang telah tarik diri. Jelas semua
ini adakah perancangan SPR untuk menipu.
Minggu ini juga kita
telah terperanjat apabila maklumat dalaman bocor. Umum diberitahu oleh
media baru – internet - bahawa polis dan
mata-mata telah mengundi terlalu awal. Polis dikatakan telah menjalankan undi
pos. Biasanya undi pos akan dijalankan 3
hari sebelum hari buang undi. Kenapa kali ini terlalu awal – lebih dari satu
minggu?.
Sebenarnya undi pos
awal ini juga adalah rancanganh licik untuk menipu. Orang ramai tahu dan sedar
bahawa terlalu ramai polis dan
mata-mata yang memiliki dua kad
pengenalan. Satu kad pengenalan sebagai anggota PDRM. Dan satu lagi kad pengenalan
biasa. Satelah mengundi pos – mata-mata
dan polis ini boleh mengundi
sekali lagi. Ini bukan fitnah ini sedang beroperasi.
Ketika saya menulis tulisan ini satu berita ‘gempar’ telah
tersebar. Anwar Ibrahim telah mengadakan
satu sidang akhbar. Secara terbuka Anwar
telah memaparkan bukti-bukti dan gambar-gambar
rakaman penipuan SPR kepada media.
Mengikut Ketua
Pembangkang ini pada 8 April yang lalu
sebuah kereta resmi SPR yang membawa 2
peti undi telah ngelencong dalam perjalanan ke Putrajaya. Kereta ini telah ngelencong masuk ke Kawasan Industri
Sungai Chua Kajang. Mengikut Anwar peti undi ini adalah peti undi PRU13. Peti
ini ada tanda dan memakai logo SPR. Malah kereta yang membawa peti undi
dibuktikan saheh sebagai kereta resmi SPR.
Ketua Pembangkang mahu
SPR menerangkan apa tujuan 2 peti undi ini disinggahkan ke kawasan
perindustrian ini? Apakah peti undi ditinggalkan
untuk memungut undi-undi hantu –
undi-undi pendatang haram - yang akan mengundi secara gelap. Untuk memungut kertas-kertas
undi ini akan dibawa lambat ke bilik
pengiraan? Saperti telah berlaku di Lembah Pantai dan di Pekan pada PRU11.
Hingga tulisan ini selesai ditulis Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi SPR telah diam membatu. Mereka pasti terperanjat besar. Kerja sulit mereka sudah terbonggeng. Pasti mereka akan tertanya-tanya - bagaimana gambar
kereta dan gambar peti undi ini dapat dirakamkan. Bagaimana Anwar boleh
mendapat maklumat yang dikawal rapi ini. Siapa membocorkan maklumat ini? Siapa
merakamkan gambar-ganbar ini?.
Dalam sidang akhbar yang sama Anwar juga mahu mendapat
jawapan bagaimana 28,953 - semua ini adalah pengundi Pilipina,
Bangla, Pakistani dan Indon -
dapat menjadi pengundi. Seramai 15,907
akan mengundi di Sabah, selebihnya akan mengundi di Selangor. Soalan ini juga gagal mendapat
jawapan. Pada hemat saya Anwar Ibrahim membuang masa bertanya kepada SPR.
Pengundi-pengundi ini sebenarnya pengundi hantu – pendatang
haram - yang telah susun dan diatur untuk memastikan Selangor dapat dirampas dan
Sabah terus dalam tangan United Malays National Organisation. Apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita
minggu ini – satu minggu sebelum 5 Mei ini membuktikan saheh thesis 3T saya ini.
Thesis 3T saya bukan hanya sampai ke tahap ini. Penipuan akan terus dijalankan hingga ke hari
mengundi. Pada hari pengundian bukan sahaja Pengundi Hantu akan datang
mengundi. Peti undi juga boleh bertukar.
Peti undi baru akan dibawa masuk.
Justeru, mungkinkah ini tujuan 2 peti undi yang negelencong hilang ke Kawasan
Perindustrian Sungai Chua Kajang?
Peti undi bertukar sering terjadi. Di Semenanjung orang ramai
selalu mendengar pertukaran ini berlaku. Di Sabah dan Sarawak ini lumrah. Peti undi bertukar dalam helikopter. Peti undi bertukar dalam
van. Peti undi bertukar dalam perahu. Hakikatnya pekerja SPR yang
membawa peti undi ini tidak boleh
dipercayai.
Ini bukan fitnah. Ini bukan tohmah. Umum telah diberitahu
tentang pertukaran peti undi ini oleh
seorang Menteri dan ahli United Malays
National Organisation di Sabah. Datuk Seri Lajim Ukin dengan senyum telah menerangkan bahawa poster, kain rentang dan
ceramah ini hanya wayang. Semua ini
dilakukan untuk memberi gambaran bahawa
di Sabah demokrasi pilihan raya sedang berjalan
sehat. Ini semua sandiwara.
Hakikatnya amat-amat berlainan. Apa yang telah dilakukan
olah Datuk Seri Lajim ialah membeli
Pacaba. Pacaba – adalah pekerja parti yang akan memastikan parti yang
dianutinya tidak akan dpat ditipu. Disini ajen-ajen parti Ketuanan Melayu akan
datang untuk membeli para Pacaba. Membeli Pacaba ini lebih murah dari membeli
calon yang telah menang.
Tugas Pacaba ini ialah untuk memerhatikan kiraan kertas undi
berjalan dengan betul. Mengikut Datuk Seri Lajim yang kini menyokong Pakatan
Rakyat, para Pacaba ini dari awal lagi telah
dikenal pasti dimana tempat tugasan. Ketika pengiraan undi berjalan maka Pacaba
memainkan akan peranan yang amat penting.
Kertas undi ini akan
dikira 10 helai untuk diikat dalam satu kumpulan. Untuk Pakatan Rakyat 12 atau
15 helai kertas untuk akan dijadikan 10 helai. Manakala untuk parti Ketuanan
Melayu 7 atau 8 helai akan dijadikan 10
helai. Penipuan ini dirancang dengan
kerja sama SPR. Mustahil pegawai SPR
tidak tahu hal ini berlaku depan mata. Pacaba dan pegawai SPR ini semuanya telah
menerima habuan dari Datuk Seri Lajim Ukin.
Apa yang cuba saya katakan disini ialah penipuan ini bukan
hanya ada pada senarai pengundi, bukan hanya ada pada Kad Pengenalan segera.
Dalam setiap lubang, dalam setiap sudut
penipuan dirancang. Yang menjadi taruhan
dan rebutan ialah berbilion bilion
rinnggit harta kekayaan negara. Justeru, dalam PRU13 ini United Malays National Organisation akan terus
memperbaiki cara penipuan. Hasil 2008 dahulu memastikan penipuan PRU13 kali ini lebih licik dan lebih meluas.
Dalam masa 9 hari lagi kita akan tahu sama ada rancangan
penipuan United Malays National Organisation ini akan berjaya menghalang
kemaraan ombak rakyat yang mahukan perubahan. Penipuan akan beralaku malah
sedang berjalan. Soalannya samada penipuan ini
dapat menjadi tembok atau tidak.
Rakyat Malaysia anak semua bangsa telah lama menunggu masa untuk
menghumbankan parti Ketuanan Melayu ini ke dalam tong sampah sejarah. Justeru,
jika 3T berlaku secara besaran, rakyat Malaysia anak semua bangsa tidak ada
pilihan. Hanya jalan raya yang akan membenamkan 3T.(TT)
SIAPA DAPAT TANGKAP MALAON INI
AKAN DIBERI LANGGAN SETAHUN
SUARA KEADILAN PERCUMA
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
akhbar tanpa lesen ini
adalah akhbar paling TOP
sila langgan dan jadi cool
12 ulasan:
Bro, apa yang akan terjadi bila SPR tidak iktiraf Pakatan Rakyat? Kalau dilihat pada Lamam SPR...yang bertanding adalah BN, PAS,PKR,DAP dan lain2. Kalau PAS dapat menang 45 kerusi parlimen, PKR 50, DAP 40 pun tak dapat pegang Kerajaan. Sebab BN menang 87..majoriti. Sebab itu ROS tak nak iktiraf PR.....apa yang boleh kita lakukan...Turun jalanraya sudah PASTI!
2t kata 3t yg jadi strateji UMNgOk-BoNgok utk menang setiap pru adalah tipu tipu dan tipu.
tapi kalau kita sempat bertanya arwah shahnon, mungkin arwah akan kata 3t yg jadi strateji UMNgOk-BoNgok utk menang setiap pru adalah shit shit dan shit.
ejen Kera UMNgok-BoNgok yg paling besar paling kerap dan paling hebat mengeluar dan melambakkan strateji ini taklain takbukan media arusperdana kawalan depa seperti tv3suku beritahi hairan dan utusex meloya. 1contoh lambakan 3t terbaru ialah bila nst (news not straight most times) buat taik putar ulasan anwar berkaitan ayat mamaktahee.
-average joe-
klakka-la.blogspot
LAGI BANER PR DITURUNKAN OLEH SPR SENDIRI http://bloggerkb.blogspot.com/2013/04/bekas-pm-disambut-hantu-altantuya-di.html
1:19ptg dan yg sewaktu dgnnya,
sila fahamkan dgn mengambil contoh dewan undangan negeri selangor semasa pru 2008.
bn menang 20 kerusi.
pkr menang 14.
dap menang 13.
pas menang 8.
kalau ikut pemahaman kamu, bn lah yg patut bentuk kerajaan negeri selangor sebab dia "menang majoriti".
sekian terimaksih
kalau tipu kita bagi puki kat depa....puak cilaka...
kah...kah....kah....
berjaga2 agar robengah tak balik mengundi.....
nanti rise naik stim....
kah...kah....kah....
yang boleh perca ya TT je...hahahaha
PRU 13 ni pakatan mng 124 kerusi dan BN dpt 98 kerusi. Insyaallah kalau diizinkan. PAS teraju kepimpinan dgn sokongan aliran tariqat yg muktabar. Islam ditegakkan ,sluruh rakyat akan damai. Org bukan islam akan merasai nikmat dan aman dibwh undang2 hudud. Umno hanya tinggal dlm buku sejarah ja. Doakan sama2 agar jd kenyataan. Sluruh penyokong umno sudah menyokong pas dan sama2 daulatkan islam.
"Disini ajen-ajen parti Ketuanan Melayu akan datang untuk membeli para Pacaba. Membeli Pacaba ini lebih murah dari membeli calon yang telah menang."
utk mengurangkan kejadian calon yg dah menang dibeli sebagai seekor katak, pkr dah tetapkan akujanji 5juta.
bagaimana pula utk mengurang/menghapus kejadian pacaba menjual diri sebagai hanjing murahan?
Assalamualaikum bro tt dan semua sdara2 yg sama waktu... Perancangan sudah..Ikhtiar sudah..pencerahan sudah...ada lagi satu yg paling HAKIKAT... Iaitu ketentuan NYA. Jangan kita alpa yg itu. Jangan lupa takdir boleh berubah dengan DOA.
Jadi...bila nak buat solat hajat perdana. Seluruh malaysia. Serentak... TT tolong sangat2 jalankan hasutan.
ABCD @ ABU
Belilah aku atau tt....harga kami 80 bilion...kalau takdak 80 bilion malaysia...pi mamposs......sial pun6a spr...takdak maruah dan darjat....babi lagi mulialah dari dua ekor beruk tu....pukimak nia maa hai pundek balabak bantaton.....
Tanpa Nama berkata...
1:19ptg dan yg sewaktu dgnnya,
sila fahamkan dgn mengambil contoh dewan undangan negeri selangor semasa pru 2008.
bn menang 20 kerusi.
pkr menang 14.
dap menang 13.
pas menang 8.
kalau ikut pemahaman kamu, bn lah yg patut bentuk kerajaan negeri selangor sebab dia "menang majoriti".
sekian terimaksih
-->> jawapan utk atas ni
bn menang 20 kerusi.
pkr menang 14.
dap menang 13.
pas menang 8.
PKR, DAP n PAS kan pakatan rakyat... so sape sebenARnya mng majoriti...
rakyat selangor aman lah tanpa BN... ini serius....
kekayaan yg dimiliki BN sebelum 2008 telah dirampas dan diagihkan dan juga diuruskan dgn baik oleh pakatan rakyat..
rakyat selangor xkan pilih kerajaan yg xpandai menguruskan dgn baik..
ingat x khir toyo gi disneyland ??
kerajaan pakatan bru 4 thn n xmustahil akan disabotaj..
kami warga belia selangor menyokong penuh kerajaan pakatan rakyat untuk menghapuskan sifat kapitalisme yg telah 50 tahun Be End serapkan. Ini Kalilah TT... kita tukarlah abang2 kakak2..
belia bersama pakatan rakyat
Catat Ulasan