Selasa, 14 Mei 2013

BUKU YANG WAJIB DIJADIKAN RUJUKAN





SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

ANTARA ILUSI DAN HARAPAN

Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkatan yang cukup  tepat untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif – memanjat pokok kelapa – untuk membuat modal  berniaga. Ilusi tidak memiliki asas.  Justeru, lebih tepat  kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.

Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah saperti kesah Pak Lebai yang heboh berlabon  hendak  ke Mekah tapi bukan sahaja  paspot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.

Apa yang menarik ialah ilusi dan harapan ini boleh berlaku atau dilakukan tanpa pelaburan atau kerja keras. Ilusi boleh dipasang luas tanpa modal. Mengharap tanpa bergerak. Pada hemat saya pada tanggal  5 Mei 2013  yang lalu kita melihat ilusi dan harapan terbarai.

Saya tidak mahu menulis ‘... kan aku dah cakap...’ atau  ‘ orang cakap hang tak dengar...’ Tetapi apa yang saheh PRU13 ini telah memecahkan ilusi dan harapan  anak semua bangsa yang ramai. PRU13 yang baru berlalu telah membuktikan bahawa apa yang telah tulis  selama ini bukan tohmah, bukan fitnah bukan kesah dongeng tetapi telah menjadi fakta.

Babak-babak yang berlaku pada Ahad 5 Mei 2013 semuanya telah saya tulis. Malah hampir dua tahun – berpuluh-puluh kali saya telah  menulis  dan menerangkan   secara jujur bahawa pilihan raya yang dijalankan  oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia ini adalah satu penipuan.   Saya juga secara hitam puteh telah menulis tanpa segan  tanpa silu    untuk membuktikan kepada anak semua bangsa bahawa SPR ini adalah barua  setia United Malays National Organisation.

Saya juga telah menulis berpuluh kali menerangkan bahawa TUGAS asas SPR ialah untuk memastikan United Malays National Organisation  menang atau sentiasa menang.  Tugas ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara,  dengan kerjasama Mahkamah, dengan kerjasama  Peguam Negara, dengan  kerjasama PDRM dan dan dan berpuluh belas jabatan kerajaan. 

 Ketua Jabatan dan Pegawai tinggi dalam lembaga-lembaga ini dipilih bukan kerana mereka berilmu, bukan kerana mereka sosok yang jujur tetapi kerana mereka akan taat setia dengan Ketuanan Melayu. Mereka memiliki kepentingan ekonomi untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu menang. Jika gerombolan ini tewas maka bengolan-bengolan yang hidup mewah ini akan kekeringan mata pencarian. Malah ramai diantara mereka akan didakwa dan besar kemungkinan banyak yang akan dipenjara.

Justeru, kita melihat tugas menipu ini telah dilakukan dengan jayanya oleh SPR dalam PRU13 yang baru selesai 5 hari dahulu.  Justeru, saya merasa bangga kerana saya telah mengumpulkan semua tulisan tentang penipuan SPR ini  ke dalam sebuah buku – Tipu Pilihan Raya – Turun Jalan Raya. Dalam buku ini saya telah menulis  secara teperinci tentang cara dan teknik penipuan yang telah dirancang.

Wong Tuck ketua Himpunan  Hijau di Bentong  telah ditipu dengan  teknik kotak undi masuk bertambah. Calon PKR di Tanah Merah, Nik Mahmud  telah ditipu kerana Borang 14 dan Pacaba dibeli. Bangla  telah datang mengundi. Mat Indon datang mengundi. Peti undi bertukar. Peti undi masuk lambat. Peti undi jatuh dari helikopter. Borang 14 tidak sampai. Borang 14 tidak ditanda tangan. Undi rosak lebih banyak dari undi menang.  Pengkiraan cara tipu. Semua pekara  dan teknik penipuan ini telah  saya tulis. Semuanya telah saya huraikan. Malah buku saya itu akan menjadi rujukan bagaimana warga Malaysia anak semua bangsa telah ditipu berkali-kali dalam pilihan raya.

Saya juga telah menulis  dan menerangkan bahawa dalam Dunia Ketiga – pilihanraya belum pernah dapat mengubah kerajaan.  Dalam Dunia Ketiga jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa telah lama pilihan raya diharamkan. Dalam Dunia Ketiga kerajaan berubah  kerana rampasan kuasa tentera. Berubah kerana pemberontakan bersenjata oleh orang ramai. Para ditaktor yang zalim dan ganas diburu lari oleh gerakan massa oleh anak muda dan belajar.

Untuk penjelasan -  Dunia Pertama ini maknanya ialah Amerika Syarikat. Dunia Kedua ialah Eropah Barat . Dunia Ketiga ialah negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Maka Malaysia termasuk dalam katogeri Dunia Ketiga. Justeru di mana-mana pun dalam Dunia Ketiga ini watak pilihan raya tidak pernah berubah.

Suharto dari Jakarta , Marcos dari Manila, Pak Chung Hee dari Korea Selatan, Mubarak dari Mesir, Zia Ul Haq  dari Pakistan, Zainal Abidin dari Tunisia  – adalah contoh-contoh terbaik bagaimana kerajaan pimpinan mereka  hanya  dapat diubah melalui gerakan massa. Apabila rakyat turun ke jalan raya maka barulah para ditaktor ini dihumbankan. Pilihan raya tidak pernah berjaya mengalah para ditaktor ini.

Kenapa tidak dapat dikalahkan? Jawabnya senang sahaja. SPR Mubarak, SPR Marcos, SPR  Suharto – telah bekerja siang dan malam untuk memastikan ‘ boss’ mereka terus memegang  kuasa. SPR di Kenya ke, di Colombia ke , di Mexico ke –  semua sama. Menjalankan pilihanraya dengan menipu.

Sejarah membuktikan bagaimana gerakan massa – anak muda, pelajar dan warga kota  -   turun ke jalan raya dan menghalau Marcos, mengahalau Suharto, menghalau Zainalk Abdin. Sesudah Marcos dihalau, sesudah Suharto di halau, sesudah Pak Chung Hee di halau – barulah satu pilihan raya baru dijalankan. Sebuah lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas diwujudkan. SPR baru ini dinobatkan untuk mengendalikan satu pemilihan yang baru. Ini berlaku  di Mesir sekarang.  Ini telah berlaku di Pilipina. Di Indonesia pilihan raya mereka Jurdil – jujur, bebas dan adil.

Hakikatnya , untuk  kita  di Malaysia ini ,  selagi SPR yang dipilih oleh United Malays National Organisation  wujud selagi itu penipuan berlaku. Selagi SPR ini wujud  - sampai kiamat pun – Pakatan Rakyat atau apa apa sahaja parti politik tidak akan dapat  mengalahkan United Malays National Organsiation.

Saya telah menulis dan menerangkan  bahawa yang dilawan oleh penyokong Pakatan Rakyat  bukan parti United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.  Parti Ketuanan Melayu ini telah lama ‘kaput’. Yang dilawan  dan  ditentang oleh Pakatan Rakyat adalah jentera daulah. SPR hanya  satu-satunya yang jelas dilihat. Di berlakang SPR  -ada JPN, ada PDRM, ada MKN, SKMM, SPRM  dan dan dan. Semua lembaga ini bersekongkol untuk mewujudkan satu sistem penipuan.

Ada sistem penipuan  yang diwujudkan secara  berselindung dengan Undang-Undang Kecil Pilihanraya, dengan undang-undang yang dilulus oleh Parlimen. Ada penipuan yang dirancang tanpa berselindung. Yang berselindung dengan undang-undang ini contohnya saperti Pengundi Awal.  Menggunakan dakwat kekal.  Menggunakan Borang 14.   Yang tidak berselindung ialah membawa Mat Bangla datang mengundi.  Atau Pedatang Haram daru  Burma  yang menambah undi Najib di Pekan. Atau Pegwai Atasan memastikan para soldadu mengundi United Malays National Organisation.

Dakwat kekal terbukti satu penipuan yang terang-terang. Tetapi, kali ini yang menjadi tulang belakang atau Induk Tipu  ialah sistem Pengundi Awal. Dari sistem inilah mencurah-curah masuk  kertas undi yang memenangkan United Malays National Organisation.

Rasa saya kita tidak guna terus memperkatakan hal penipuan ini. Penipuan  telah jelas. Saya rasa tidak ada lagi para pembaca yang akan memiliki ilusi bahawa ada kemungkinan untuk Pakatan Rakyat menang dalam PRU14. Pada 5 Mei 2013 semua ilusi ini pecah berderai.  Justeru kuliah 5 Mei  wajib dijadikan kuliah  politik untuk kita mendewsa.

Lalu timbul persoalan hakiki : Apa yang wajib dilakukan sekarang?  Pertama orang ramai wajib sedar bahawa kerajaan Najib Rosmah ini adalah kerajaan haram. Kerajaan ini tidak ada sokongan rakyat. Undi popular – undi terbanyak – 52% undi orang ramai telah di menangi oleh Pakatan Rakyat.  Justeru  orang ramai – anak semua bangsa – tidak perlu menerima kemenangan United Malays National Organisation. Orang ramai tidak perlu tunduk dan bertaat setia kepada Najib dan Rosmah. Dua ekor manusia ini  tidak memiliki apa-apa  kelayakan untuk memimpin.

Tidak cukup dengan ini sahaja. Lebih dari 150,000 anak semua bangsa telah turun ke jalan raya. Mereka berhimpun di Stadium Kelana Jaya. Jumlah yang sama di Pulau Pinang dan Ipoh. Gerakan massa saperti ini ini wajib diteruskan.   Difahamkan Johor dan Pahang akan mengadakan perhimpuan yang sama.  Setiap kota wajib mengadakan tunjuk perasaan yang sama. Penolakan orang ramai terhadap keputusan pilihan raya ini wajib dikekalkan.

Tidak menerima keputusan PRU13 adalah tepat. Penolakan ini wajib  terus diperhangatkan. Bara kemarahan ini wajib terus dikipas. Ini untuk memastikan kuliah politik pada 5 Mei 2013 akan  terus segar.  Cerita-cerita karut untuk membawa kes ini ke mahkamah juga wajib dijadikan kuliah.   SPR dan bengolan dari Ketuanan Melayu sedang meloncat-loncat mengarahkan Pakatan Rakyat atau  pengundi yang tak puasa hati untuk membawa  kes ‘penipuan’  ke mahkamah.

Apa maknanya ini?  Kenapa digalakkan bawa ke mahkamah?

 Jawapan cukup senang. Bila kes dibawa ke mahkamah maka akan padamlah  kemarahan rakyat.   Kes dibawa ke mahkamah akan sekali lagi menimbulkan ilusi bahawa mahkamah itu  boleh menentukan. Rubbish.  Hukum dan sifir politik amat senang. Apa yang disukai oleh musuh ertinya itu jalan salah. Apa yang dilarang oleh musuh itu jalan betul.

Mahkamah ini juga adalah sebahagian dari sistem yang bersekongkol dengan SPR untuk menipu.  Justeru, kes ke mahkamah wajib dijadikan   satu  lagi kuliah politik bahawa mahkamah adalah alat yang sama saperti SPR.

 Mahkamah ini hanya kilang membuat ilusi. Untuk memadamkan ilusi ini anak semua bangsa wajib meneruskan  gerakan jalan raya. Ilusi akan diganti dengan perbuatan bukan dengan harapan. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini akan mengagihkan Kuasa dan Kebebasan. Kuasa dan Kebebasan  hanya  dapat dirampas  dengan Perlawanan. Berlawanlah untuk  memadamkan semua ilusi.  Hanya dengan melawan baru tercapai kemenangan.(TT)


 TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sila langgani akhbar mingguan ini







---------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju agar 30 dan lebih kawasan parlimen yg dikatakan adanya penipuan itu dilakukan pengundian semula dgn syarat mesti melalui spr yg baru dan mendapat kepercayaan awam dan kedua-dua belah pihak...

Idea atau cadangan ini agak praktikal utk dilaksanakan memandangkan utk melakukan pengundian semula di seluruh negara, kos dan guna tenaganya amat besar dan tinggi sekali...

Harap bro tt dpt majukan cadangan ini kepada pimpinan PR dan bersih utk diperhalusi...

Tanpa Nama berkata...

Tuan Tukar Tiub dan para pengikut Tukar Tiub yang dihormati.

Saya ingin tanya pasal songkok yang dipakai oleh orang Melayu. Apakah kelebihan songkok tinggi yang sering dipakai oleh ahli politik Melayu, terutamanya dari UMNO?

Kawan sekolah saya bercita-cita untuk bertanding di PRU14 yang akan datang sama ada diperingkat DUN ataupun peringkat parlimen, dan tempuh hari ada orang promote gambar dia sebagai bakal wakil rakyat. Dalam gambar tersebut beliau memakai songkok tinggi, sama dengan apa yang dipakai oleh ahli perkasa.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

dalam terbahak-bahak aku ketawa (membaca buku ini)...aku menangis kerana hampir separuh hidup ini telah ditipu. lalu pakcik aku bersurah jangan menangis, awak baru separuh...aku hampir nak mati tapi...lawan tetap lawan

pak yeh berkata...

"Illusi" mengikut vocabulary Quran adalah "kufur" suatu perkara yang kaburkan/hapuskan/mrlawan kebenaram/truth..

Tanpa Nama berkata...

sudahlah mat ganja..

Tanpa Nama berkata...

klu dh tau ada penipuan kenapa terima dan angkat sumpah di penang,kelantan...coming soon selangor...cina mainland mgundi sekali x ckp tipu pula..senang cakap dua duanya tipu juga bn n pakatan rakyat...akhirnya Allah yg menentukan dn memilih bn ...alhamdullilah selamatlh malaysia dr peliwat dn pengkhianat bangsa dn negara..LAIN KALILAH..

Unknown berkata...

Tahniah saudara tt... berderau bulu roma aku...

Anak Jati Kelate berkata...

Broo..klu takat berkumpul dkt stadium pastu dgr ceramah 505 blackout pastu balik tdo peluk bini.ini bukan perjuangan menjatuhkan pemimpin zalim..gerombolan bantai gelak je PR buat perhimpunan 505..da brape kali Bersih rally kita buat since 2007..angka yg hadir wow cukup memberangsangkan..tapi apa results kita dapat..kena kencing kow2 dgn dakwat x kekal..itu baru satu contoh..aku da bagi suggestion sebelum ni..klu nak humbankan pemimpin korup umnongok ni..kita turun kejalan raya dan jgn balikk!!!jgn balik selagi 8 tuntutan x dtunaikan...ade paham!!!klu x phm gak aku suggest semua top leaders dlm PR dan Bersih hantuk je kepala korang kat dinding!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa kata lepas ni kita turun ke jalanraya dengan bawa senjata bro...kalau 120,000 orang bawak parang, lembing, belantan kt jalan raya...terberak-berak polis kt malaysia ni bro....lawan tetap lawan..!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

syok juga ajak atm skli..tk puas lg dorang kata kat lahat datu....brtabur isi perut macai pr ni...bodoh pnya org...lwn tetap lawan.....!!!! ada bran bro..