HINGGA KINI KESAHNYA BAGINI
ramai kawan bertanya
dimana aku
ramai yang bertanya
ke mana aku
kalau aku katakan aku
di biara
ramai tak puas hati
aku detox
aku memerlukan detoxfikasi
dunia moden ini telah menjadikan aku pemadat
pemadat teknoloji
saban pagi – saperti pagi ini – aku menyembah komputer
aku menjadi pemadat
kemodenan moden
aku diikat dengan talipon bimbit
aku diikat oleh blog dan face book
aku diikat dengan online
lalu aku ingin meninggalkan semua itu
di biara menghadap gunung
aku mahu menjadi aku sekali lagi
aku mahu menemui dari aku
pernah kau fikir apa kau sebelum internet
pernah kau fikir apa diri kau sebelum talipon bimbit
pernah kau fikir rupa gimana diri kau sebelum online
pernah kau fikir diri kau sebelum i pad
pernah kau fikir diri kau sebelum face book
kita kini semua menjadi pemadat
sultan hussein di singapura menjadi pemadat candu
hasilnya singapura terjual
aku menjadi pemadat modeniti
maka terjual diri aku sendiri
apa yang aku lakukan di biara
aku membaca
aku membaca
iqrak.... iqrak... iqrak...
nah aku hampir terlupa nikmat membaca kitab
yang aku baca hanyalah ribuan tulisan diinternet
yang aku lihat ribuan bayang bergerak di you tube
kali ini aku beriqrak
lalu aku berkenal dengan reza azlan
anak iran amerika dengan kitabnya:
no god but god, the origin, evolution and future of islam
lalu aku melihat kembali the history of god kitab karen
armstrong
lalu aku semak kembali : bacaan
aku mengulang kembali
merchant of venice
aku mengulang kembali macbeth
aku mengulang kembali the winter tale
dan dan dan
ketika mengulangi maka aku semakin mengenali hamlet
lalu aku berkenalan kembali dengan jalaludin muhamad rumi
lalu aku ingin mengetahui siapa kah dia shamsuddin dari tabrizi
lalu aku memasang niat
jikalah jika
aku disampaikan ke makam rumi
maka aku aku tulis sebuah shaer cinta
cinta yang yang masih
belum aku temui
cinta aku kepada diriku
ketika aku bersuluk
aku bertemu kembali dengan awang sulung merah muda
aduh!
saperti rumi yang jatuh cinta dengan shamsuddin tabrizi
aku juga jatuh cinta dengan awang sulung merah muda
betapa indahnya bahasa melayu
betapa sufinya
gurindam pepatah petitih pantun melayu
inilah bahasa sebelum bahasa
inilah bunyi sebelum
bunyi
inilah rasa sebelum
rasa
inilah melayu sebelum melayu
indah ghairah
suci memberahi
untuk kau yang tidak mengenal awang sulung merah muda
ertinya kau tak mengenal
dom peringon dari epernay
ertinya kau tak mengenal hashih dari mazari sharif
ertinya kau tak mengenal ganja dari dataran korat
ertinya kau tak tahu pelokan rasa panas badan kekasih
ertinya kau tak merasa cinta anjing sepanjang hayat
ertunya kau tak tahu setia kura kura kepada tuanya
ertinya kau tak tahu keroh kucing di subuh pagi
cari kembali kitab ini
tinggalkan ipad
tinggalkan ipod
lupakan face book
lupakan blog
nikmatilah keindahan rentak irama
gurindam seloka patun bidalan
kias berkias indahnya
bahasa
aku temui juga kesah kesah dari kraton
aku temui kesah jawa kuno
aku kagum dengan keintelektuan sang indon
kapada teman
kepada kawan
yang bertanya dimana aku
biar aku katakan aku
telah di bawa oleh haruki murakami
masuk ke dalam dunia baru yang belum aku teroka
the elephant vanishes kitab jepun ini membawa aku
untuk melihat dunia awang sulung telah menjadi absurd
kepada yang bertanya dimana aku merantau
maka biar aku berkata benar
aku telah dibawa ke dalam dunia hantu dan jembalang
aku telah masuk ke dalam dunia mistik sang yahudi
lalu aku menyelinap ke new york dan ke warsaw
bersama isaac bashevis singer
aku telah berkenal dengan orang tua ini
tok selampit tukang
cerita sang yahudi
yang telah aku
kenali dikota london
sesudah orang tua ini
mendapat anugerah nobel
kepada teman dan kawan
yang bertanya dimana aku
aku bersama issac melihat kembali
dunia ini sebelum kita online
kawan kawan
aku kembali menulis
kerana aku berjanji
aku juga mahu berkesah
saperti murakami
aku juga mahu berkesah
saperti issac
lalu aku akhiri :
hai encek baru lepas kawin
andam terpampang dikepala
dahi bagi sehari bulan
kening bagai bentuk taji
pipi bagai pauh dilayang
hidung kuntum bunga serayu
telinga telepok layu
leher jinjang buyong Petani
lengan saperti baur panah
jari halus tumbuk serai
pinggang sacekak jari manis
betis bagai bunting padi
tumit bagai telor burung
ibu kaki bongkal setahil
aduh!
jika sesiapa berjumpa minah ini
tolong katakan bahawa tukar tiub masih bujang
kah kah kah
----------
23 ulasan:
Bro, Dunia ini hanya fantasi semata-mata kita mengangapnya benar dan taksub sebab kita belum mati.. seperti kita bermimpi ketika kita tidur.. kita hanya akan sedar bahawa duni ini hanya pentas kehidupan sesudah kita mati bahawa dan nyata dunia bukan la apa-apa melainkan tempat untuk kita mengingat mati.. dan bersedialah kita untuk mati kerana mati itu nyata buat setiap manusia..
The one n only TT. Dimana kami nak cari ganti.
Maya jadi sepi tanpa TT.
TT jangan bersedih.Yakin pada ketentuan.Jika tak jumpa pasangan didunia, ada yang ditetapkan untukmu disana.
Janji TT tidak lupa mendoakan pada ibu bapa yang memandangmu dari jauh. Tidak pernah meninggalkan kita bahkan semakin lama mereka pergi semakin dekat rasa dihati.
Kadang-kadang kita lupa siapa yang menjadikan kita seperti hari ini.
Kekuatan kasih sayang menemukan kita pada Cinta paling tulus. Cinta Ilahi.
Salam..
Tuan,
Saya minta jgn berhenti menulis..
Saya minta jgn berhenti berkarya...
Saya minta jgn berhenti...
Selagi ada nafas..
Selagi ada harapan..
Tolong jgn biarkan hari2ku tanpa coretanmu..
Kerna ini bisa membuatku rindu..
Akan setiap bait2 tulisanmu..
Aku berubah kerna membaca naskahmu..
Aku berubah kerna mendengar kata2mu..
Aku berfikir disetiap perkataan patah nukilanmu..
Maka jangan berhenti...
Jangan menyendiri dengan ilmumu..
Yg baik aku jadikan panduan..
Yg buruk aku jadikan sempadan..
Hanya satu aku pinta...
Jangan buatkan hari2ku bosan...
Tanpa dapat membaca nukilanmu...
Sekurang2nya sila update TT..
Walaupun untuk seminggu sekali..
Agar ku tahu..
Hidup atau Mati...
Penulis, Pemikir, Pemula
Yg aku Sanjungi..
waduh, lain kali lu mau beristerehat, kabarin dulu dong sama kami. tinggalkan pesan. kok lu kabur tanpa berita, maka nya kami jadi kangen sama kamu, iho!!
bacaannya asyik ya, mbak Isham?? rumi, murakami, awang sulung.... biara mengadap gunung? aku juga kepingin mau ke sana....
mbak isham, cewek yang seganteng itu memang ada, tapi sudah jadi kepunyaan gue!! kahkahkah
Welcome home, sanitarium....
banyak2 gerai kt black 505 amcorp mall aritu....satu pun takde jual baju tt...memang betul2 rare...salute....
salam dari kejauhan...
...banyaknya yang ditulis
..banyaknya yang dibaca....
...tetapi saya pembaca setia sentiasa menunggu matlumat terkini, info berita dari saudara....terima kasih kerana kembali dan 'saudara tukar tiub - mengenal diri serta merenung kedalam diri sungguh mengasyikkan dan indah...carilah ruang ketenangan' - kerana perjalanan ini akan ada akhirnya.
Betul 'baca/beriqraq' itu baik, tapi jangan lupa bersenam adan banyak makan buah ori yang manis.
Yang persolan tentang wujudiah/ertinya existence akan menghantu sesiapa yang mindanya terus ingin tahu, malang jawapan kepad pertanyaan itu tetap tiadanya 'yes' atau 'wrong'. Sama-sama kuat hujah bagi yang percaya adanya tujuan/maksud hidup. Itulah misteri sebuah kehidupan lalu Quran/Injil/Budhisme/Karma atau falsafah materialis cuba sedaya upaya mengupasnya apa tujuan wujudiah. Tapi ingat ramai yang kata dia telah temuinya seperti menikmati seks indah walaupun dia pura-pura sebenarnya.
Selamat berhijrah sahabat....kalau benar dikau disana.....selusuri gelumang suci yang masih ditutup sang saji buta....disini gelumang najis diagih agih....payau dan jijik...keterpaksaan ini dituntut kerana aku hanya sang nomad yang mencari buah epal dipadang pasir....arios amigo...semoga bertemu lagi.
Dah ada Kah kah kah
Ye yahoo...
Dasat sajak lu ni bro..gua tabik...
banyakkan lagi sajak2 cam ni...
welkam beg bro...riundu siol dgna lu punya karya...hri demi hari aku chekc lu punya blog..tapi hampa..sekrng baru ketemui ada updte terbaru dari blog lu....
dan jangan membuatkan hidupku bosan dan kerinduan ini memunjak tampa karya lu...
kah kah kah kah kahh
Saudara Tukar Tiub aka Hishamuddin Rais,
Yang engkau perlukan bukanlah melarikan diri daripada Internet & modernity tetapi SEKS. Semua manusia perlukan seks. Kalau engkau betul-betul nak hilangkan stress, janganlah lari ke biara. Tetapi pergi melawat harem yang penuh dengan bidadari idaman semua orang bujang macam engkau dan aku. Guna wang yang engkau menang saman baru-baru ini untuk order Russian Bride melalui Internet. Di Russia, ramai gadis dara komunis cun macam Maria Sharapova yang memerlukan lelaki sosialis macam engkau untuk dijadikan suami.
Fuh.. lega TT update jugak blog ni... lain kali lu jangan lagi caripasal sama gua... kalo x dgr kata..seluruh persatuan penyamun sudah ready boikot lu punyer blog.. kahkahkah..
sejak bila dah jadi mat tarikat pulak ni sham? dah pandai bersuluk dan berusrah pulak dah...
abid...
Ada pon...haha
Reza Aslan? Ini iran amerika hampeh....
Betul betul betul! Hari ku tdk lengkap tanpa menjenguk TT. Sehingga risau jika TT ditahan reman spti bro Adam Adli. Welcome back TT yg ku kagumi....tulsan anda mencabar minda, & ada kalanya menghiris jiwa! Teruskan perjuangan & cuba dekatkan diri pd yg Esa.
Wassalam ....me: .G
Pandai pulak TT mengeja... kan sedappp mata mmbaca..
Alhamdulillah.. Awat tk cakp visit Konya??
Anak kita ader study Bahasa Turki (TOMER) d saner,d Necmettin Erbakan / Seljuk Universitesi, few steps away from Mevlana's thomb.
Apa pon, we all missed u, including my teenage son mentioned..
Welcome back!!
ok tt memandangkan ngko dh stat mencari tuhan, aku cadangkan ngko baca Futuhat Makkiyyah karangan Ibnu Arabi. Klu ngko terer ko carilah original versi. sb takut ada ciplak. kitab tu x tebal mane..17,000 mukasurat. Aku harap ngko jmpe tuhan ko dlm tu...tp ringkasnye aku crite ngan tt dia nk crite kite ni infinite shj. tp klu ko ikut ilmu fizik..kan pergerakan itu lama2 akan balik ke titik yg dimana dia stat. x gitu? tp PERCAYALAH sebuah kitab yg syokkkk...syokkk habih...klu x syok, ko kerat kuku ko sdri bila dia panjang...aku sbnrnye sayang kt org2 macm ko..
Tidak ada yg wujud melainkan allah...
Alhamdulillah ko selamt...dlm dunia politik pasca pru13 yg penuh dgn kebimbangan...kehilangn TT sesungguhnya mnambhkan lagi gundah gulana gelisah nestapa dbenak sanubari krn tiada lagi tempat yg tiada sempadan bagi mnyatakn rasa isi hati yg terbuku ...n kehilngn tt yg x makan saman ibarat kekalhn kedua pru...lega ko kembali menulis dan kembali dr alm mistik mu..
Gua ingat lu dah MATI di makan sa-ekor badak bernama BIK MAMA. KAH! KAH! KAH!
Di manakah kau kawanku
Kau sedang berlari atau masih mencari?
Ketenangan atau cabaran yang disahut?
Kebebasan yang kau cari, kebebasan akan kau temui
Yang pasti terpahat di hati
Kawanku
Kau mengingatkan aku akan semua kehidupan
Bunyi burung-burung berkicauan di luar sana
Seperti menyampaikan kepadaku yang kau sedang bahagia
Meskipun di sebalik itu, ada satu cahaya yang kau inginkan
Cahaya kebenaran dan kejujuran
Catat Ulasan