SEDIA
MENUNGGU
Kenyataan Media
Suara Rakyat 505
27 Mei 2013
SEDIA KE JALANRAYA JIKA SPR MASIH TIDAK DIPECAT / LETAK JAWATAN
Sekalung tahniah sebagai ucapan penghargaan daripada Gabungan lebih 60 NGO Suara Rakyat 505 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang telah bersolidariti membanjiri Dataran Petaling Jaya pada Sabtu lalu. Semua hadir dengan matlamat yang cukup jelas iaitu membantah penipuan dan kecurangan yang berlaku sepanjang pilihanraya umum ke-13.
Himpunan #SuaraRakyat505 mencapai objektif yang telah disasarkan. Perhimpunan aman berjaya dihadiri hampir seratus ribu rakyat Malaysia walaupun telah diugut dengan pelbagai ancaman oleh pihak berkuasa yang diketuai oleh Zahid Hamidi. Beberapa aktivis ditangkap sebelumnya dengan lebih banyak senarai tangkapan bagi melemahkan gerakan.
Menteri KDN itu turut menyelar bahawa himpunan #SuaraRakyat505 kononnya satu “tindakan provokasi” dan akan mengambil sekeras tindakan kepada mereka yang hadir. Namun rakyat telah buktikan tahap disiplin dan komitmen yang tinggi bagi untuk memastikan himpunan berlangsung aman walaupun dengan amarah yang membara ekoran penafian demokrasi melampau.
Himpunan #SuaraRakyat505 bergema dengan tiga tuntutan utama iaitu SPR perlu letak jawatan, pilihanraya semula bagi kawasan yang terbukti berlaku penipuan dan penubuhan Tribunal Rakyat yang dikelola oleh BERSIH untuk siasat penipuan PRU.
Gabungan 'Suara Rakyat 505' juga turut berkongsi pendirian isu terbesar yang telah berjaya dibuktikan secara jelas berlaku penipuan dalam pilihanraya 5 Mei lalu adalah isu dakwat kekal yang tidak kekal. Rakyat telah melalui pengalaman penipuan tersebut secara langsung.
Hadirin #SuaraRakyat505 telah bersetuju membuat puluhan ribu laporan polis berhubung isu tersebut apabila Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri mengulangi pendirian bersama dalam isu pembohongan SPR dan menegaskan bahawa SPR perlu letak jawatan “Sekarang, sekarang dan sekarang”.
Sebelumnya, Ambiga Pengerusi BERSIH juga menyatakan, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.
Suara Rakyat 505 sehingga ke hari ini menganggap SPR masih tidak bersikap telus dan mahu menutup pekung di dada apabila mereka masih berdolak dalik dalam menjawab setiap bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi penipuan pilihanraya termasuk isu 'blackout' sewaktu pengiraan undi yang jelas mempunyai bukti bergambar. Bahkan rakyat telah di alih perhatian daripada isu penipuan pilihanraya dengan menahan beberapa aktivis termasuk Adam Adli, YB Tian Chua, Dato Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948, juga menabur sentimen perkauman melampau pada awalnya.
Isyarat penting juga telah dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin utama NGO dan Pakatan Rakyat dalam setiap ucapan bagi meneruskan agenda melawan penipuan pilihanraya termasuk menyeru rakyat untuk bersedia ke Dataran Merdeka bila-bila masa selepas ini sekiranya tuntutan rakyat masih tidak dipenuhi dalam masa terdekat.
Kemuncak ini adalah himpunan terakhir yang berbentuk statik adalah satu permulaan kepada gerakan #SuaraRakyat505. Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalanraya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.
Gabungan 'Suara Rakyat 505' tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung.
Akhir sekali, Gabungan memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, atau ke mana jua asalkan ia menepati saranan SPR meletak jawatan. Pendaftaran boleh dilakukan di pautan berikut: http://bit.ly/ SuaraRakyat505. Pendaftaran juga merupakan sebuah menifestasi orang ramai mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.
Disediakan oleh ;
Gabungan 'Suara Rakyat 505'
Gabungan 'Suara Rakyat 505'
------
4 ulasan:
cibai lu hisham,lancau cilaka hilang mcm nak mampus orang cari.ingat lu da reput dalam lombong ke,hilang dalam bukit gasing ke
suka2 hasut org langgar gerombolan.bila sudah naik semangat,sudah stim,pacak tak jatuh2..alih2 suka2 hilang pulak menatang ni layan blues.suka2 hasut bersih4 pulak pastu.
mmg menatang beruk
dan sudah junkies ini blog seminggu x kena dam.thanks brother,and welcome back.
1.kena gempaq sikitt!!ko dulu yang cabut lari!!ingatkan ko dah merempat lagi!!takut nak cari kubur pun susah nanti bhaii!!
2.setakat 10-11k jee yang sanggup berhimpun!!ko nak ubah sistem apa bhaii!!puak-puak kapiaq dah kecut dengan menteri dalam negeri yang baru!!tinggalla melayu-melayu macai macam ko ni yang dok melalak !!
3.ingatkan momentum 505 makin meningkat!!!rupanya makin menjunam!!!kah!kah!kah!dok celah gigi rosmah jee!!!
lu mana hilang dekat seminggu.....lu selupa cili....semua tak suka pasai pedas berapi...tapi lu tak dak selupa makan nasi tak stim.
lu jangan givup.......kita tumpang lu punya semangat!
on terus.
Setuju sama lu bro...kalu ini macam punya spr, sampai 2089 pun pr jgn mimpi nak tawan putrajaya...setakat ini lu punya teori TPTJ jauh mengatasi teori LONJAKAN SOKONGAN Anwar Ibrahim tu...teori lonjakan sokongan setakat ini hanya berjaya di kawasan bandar2 sahaja...
Catat Ulasan