Khamis, 9 Mei 2013

TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA



TIPU PILIHAN RAYA
TURUN
JALAN RAYA
LEBIH 51% UNDI POPULAR: PAKATAN RAKYAT PILIHAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan kerajaan baru yang dibentuk semalam bukanlah pilihan majoriti rakyat Malaysia. 

Barisan Nasional hanya memperolehi 46% sokongan dalam sebuah pilihanraya yang penuh penipuan, berapa peratuskah yang sebenarnya sokong Bn jika pilihanraya umum ke-13 berlangsung tanpa penipuan?

Malah, 46% 'markah rakyat' yang diperoleh Barisan Nasional berlaku dalam keadaan dibantu SPR, dibantu RTM, dibantu KTM, dibantu KEMAS, dan hampir semua agensi kerajaan. Angka pencapaian 46% juga dibantu oleh pengundi warga asing, dibantu calitan dakwat kekal yang tidak kekal. 

Turut membantu perolehan 46% sokongan Bn termasuk perbelanjaan berbilion dalam bentuk iklan-iklan berbayar di media sosial dan iklan di youtube, dan merata-rata iklan berbayar (yang besar) di internet. Walaupun penyalahgunaan logo 1Malaysia juga turut berlaku, hanya 46% sahaja sokongan diperolehi.

SAMM yakin dan percaya, jika tiada penipuan pilihanraya, pastinya jumlah undi popular yang diperolehi Bn tidak mampu mencecah 30%. 

SAMM gesa supaya barisan Najib akui kekalahan ini, seterusnya mengiktiraf Pakatan Rakyat yang memperolehi lebih 51% undi popular sebagai sebuah gagasan pilihan MAJORITI rakyat Malaysia.


CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia




---------

2 ulasan:

profit berkata...

Mengapa tidak pertikaiSelangor,Penang dan kelantan?Adakah penipuan juga?

air gunung berkata...

Be end la pegi pertikai,pr ley wat,nape korang x wat kalo ader penipuan or pape jer.
Pr ley wat,naper umngok x wat.takut ea.keh keh keh