JUMAAT PETANG
ANAK MUDA PELAJAR
TURUN BERDEMO
Himpunan Hitam Tolak Penipuan SPR
Perjalanan dan Keputusan PIlihanraya Umum 13 baru-baru ini memberi gambaran kematian demokrasi di Malaysia. Pelbagai penyelewengan, penipuan dan konspirasi untuk memenangkan sesetengah pihak adalah tidak perbuatan yang amat memalukan nama baik negara di mata dunia. Konspirasi pendaftaran kewarganegaraan sementara, dakwat kekal yang tidak berkualiti, 'blackout' dan pelbagai lagi penyelewengan menjadi penanda aras bahawa PRU 13 adalah paling tidak bersih.
Namun sehingga kini tiada lagi kenyataan yang bertanggungjawab dari pihak SPR. Justeru mahasiswa akan mengadakan satu himpunan serta serahah memorandum sebagai tanda bantahan terhadap sikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab pihak SPR dalam mengendali pilihanraya.
Selain memberi kerakyatan sementara kepada warga asing untuk mengundi, perjalanan pilihanraya yang tidak bersih ini mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Ini sangat memalukan imej serta mencalar kedaulatan negara.
Ini bukan persoalan tidak terima Pakatan Rakyat kalah sekadar sentimen tidak suka kepada BN. Tapi ini adalah bantahan terhadap penyelewengan SPR. Sekiranya PR menang dengan cara yang tidak demokratik, kita akan bantah juga.
Kami menyeru seluruh aktivis dan rakyat yang cintakan keadilan untuk bersama dalam himpunan di Pejabat SPR, Putrajaya pada 10 Mei ini. Himpunan akan bermula kira-kira jam 2 petang. Datang dengan pakaian hitam sebagai tanda berkabung di atas kematian demokrasi di Malaysia.
Safwan Anang
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
---------
7 ulasan:
1.puak-puak akai dikepala lutut!!
2.menyalakla sepuas hati!!
3.hamba-hamba komunis belaka!!
you got a
bigger picture of the last green image?
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dari ngo IKRAM nie ular eee keluar dari lubang mana?Dekat2 nk0 pilihan Raya baru nampak muka.
Sibuk nak parpu cerita pilih jalan keamanan.Selama nie apa kesatuan rakyat tak buat aman ka?Tak payah kelentong la... macam2cara nak pertahankan gerombolan...
Isunya mahu bersihkan Daftar Pemilih ke atau tidak? Itulah kata kuncinya pertamanya.Tak payah bergulung lidah la cam kang kung...
Raja Katak pakai baju Bunga Raya yang ditanam di Pasir Mas mana? Ada sapa2 nampak kotak yang dalamnya ada sebijik tempurung kelapa?
Dalam kotak ada tempurung,dibawah tempurung ada Raja Katak sedang sembunyi
Rahim TC mana mau pergi haaaaaaa?
Memberi pengajaran kepada kita....moral di sebalik gesaan.....BAWALAH TORCHLIGHT KEMANA SAJA........???!!!!!!!......hehehhhehhe.....
demokrasi mati? baru je lepas pilihan raya dude! get your facts right la. kalau ada irregularities abt election go to the court.
Catat Ulasan