Isnin, 10 Jun 2013

AL- FATIHA







AU REVOIR
 

HANYA INGATAN YANG BERKEKALAN
sesiapa yang dibesarkan oleh cathay keris
 pasti akan jatuh cinta dengan
pelakon wanita paling elegan 

kalau paris memiliki catherine deneuve
kalau berlin memilki  marlene dietrich
kalau stockholms memilki greta garbo
kuala klawang memilki latifah omar

Latifah Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR 9 Jun - Pelakon veteran Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser pada kira-kira pukul 6 petang ini.



Menurut pelakon veteran,  Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.


“Allahyarham menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang tadi saya dimaklumkan beliau sudahpun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Online di sini hari ini.



----------

6 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Itulah dia.....setiap kali aku melihat gadis bertahi lalat dibibir....pasti namanya yang terpacul.....hebat dia dan kita kehilangnya....AL-FATIHA.

Tanpa Nama berkata...

susah nak cari aktres yg sejelitanya sekarang. Al fatihah

sri hartamas

Watikah Sinar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

inna lillahi wainna ilaihir-roji'un.
macamana jelita macamana cun pun paraswajah kalau dah sampai ajal tetap mati tak kiralah sebab komplikasi ketika dibedah ke atau sebab isi2 dan tulang bertabur ketika dic4.
macamana dekat macamana jauh pun tempattinggal kalau dah Tuhan tarik nyawa tetap mati tak kiralah dari jelebu atau dari mongolia.

al-fatihah untuk arwah latifah omar, dan untuk arwah S.Shamsuddin, semoga Allah memberi mereka keampunan dan meredhakan mereka sebagai muslim dan mukmin yg beroleh kejayaan di akhirat.
takziah untuk ahli keluarga mereka.

-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah..klasik betul wajahnya..
Pernah tengok filem lama baru baru ni..kalau tak silap sofia ibrahim kot..cantik..tinggi dan langsing..serius..

Watikah Sinar berkata...

Saya padam komen sebelum ini kerana ada perkataan yg perlu ditarik balik. Namun wajah Latifah Omar adalah klasik. Al-fatihah...