Khamis, 1 Ogos 2013

TUTUP BERITA TIPU PILIHAN RAYA




KOMENTAR TUKAR TIUB
semua berita sedang diputar
semua bertujuan untuk memagar orang melayu
agar terus menyokong
united malays national organisation

hakikat jelas
gerombolan telah kalah
pakatan rakyar mendapat 52% undi popular
inilah latar berita berita ini

semua berita ini
bertujuan untuk menutup
berita united malays national kalah dalam pru13
menang hanya jalan tipu

berita ini cuba memadamkan
kemarahan orang ramai
agar tidak ke jalan raya
kerana ditipu dalam pilihan raya

tak percaya sila tunggu

nanti akan muncul
berita bayi kena buang
lepas satu satu

nanti akan muncul 
berita melayu murtad
berhari hari berita akan diputar

nanti akan muncul berita anak luar nikah
nanti akan keluar berita melayu minum arak

semua ini dirancang
semua ini di olah
untuk menakutkan mak cik felda
untuk menakutkan orang kampong
agar terus takut
terus tak berani melawan
terus jadi hamba kepada
united malays national organisation

SIAPA PENYIMPAN MOHOR BOTOL BESAR INI?

NOTA
tapi mengapa berita
pemegang mohor botol besar
tidak di laporkan?
kah kah kah



Isu Syiah untuk alih perhatian kes jenayah


KUALA LUMPUR:Menggembar-gemburkan isu Syiah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu yang menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah dan kenaikan harga barang tidak akan berjaya.



PROGRAM 
PETANG ESOK
DEMO ANTI AMERIKA
DEMO ANTI ZIONIS




-------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terimalah hakikat - daripada 52% undi popular tu, majoritinya adalah dari pengundi cina. pengundi cina yg banyak mengundi Pakatan. majoriti pengundi melayu sudah pun berbalik kepada UMNO. ini hakikat. tak payah nak pagar la tt. orang melayu dah pun lari ke UMNO pru-13 yg lalu.

pelik tak peliknya pru-13 ni ialah bila Pakatan menang byk kerusi, kerusi PAS dan PKR mengurang tapi DAP pulak yg dapat kerusi paling besar. dan BN pulak kalah banyak kerusi tapi jumlah kerusi yg dimenangi oleh UMNO adalah yg terbesar dlm sejarahnya.

apa maknanya ini? maknanya undi Melayu majoritinya sudah masuk kembali ke UMNO. majoriti orang Melayu tak yakin dengan Pakatan sebab partner dalam Pakatan yang paling dominan ialah cha ya nun alif DAP.

bila orang undi parti-parti komponen dlm BN, mereka memang undi BN dengan UMNO sebagai nakhoda kapal. tapi bila orang undi Pakatan, mereka bukan undi Pakatan, mereka undi parti komponen Pakatan yg bertanding. cuba letak DAP bertanding di perlis, kedah, kelantan atau terengganu, kau ingat orang Melayu nak pangkah DAP?

cuba la buat survey tanya orang Melayu - dia orang ni nak ke kalau cha ya nun alif DAP yg jadi dominan dalam Pakatan?

negara ni negara Melayu-Islam TT. orang Melayu takkan lepaskan lagi negara ni ke tangan Pakatan yg didominasi oleh cha ya nun alif DAP. cukuplah sekali dulu singapura terlepas kepada PAP, parti asal-usul DAP.

memang kerja umno nak takutkan orang Melayu. tapi apa yang Pakatan buat untuk redakan ketakutan orang Melayu ni. itu kunci dia TT oi. apa yang Pakatan buat untuk redakan ketakutan orang Melayu ni?

Tanpa Nama berkata...

Dei TT, memanglah isu syiah ini isu gerombolan. Dah entot bukan saja nak ceraikan bini tapi bom dengan C4.Ini agenda mat monggol yang dia sendiri tak sedar dia tu pun memang syiah.

Isu menyeleweng ni banyak dibuat oleh orang-orang syiah!jadi perangai gerombolan memang perangai Syiah.Seleweng berita sana-sini.Tapi harus ingat orang bodoh saja percaya pada mat monggol dan kabinetnya yang otak mereng...kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

orang dlm ketakutan akan buat jahat.....
akan buat setan....
akan buat iblis.....

Tanpa Nama berkata...

Brtanding x sampai 50 kerusi pon bley dominan gak ker?mcm lar parti lain tuh bodo tahap anak ayam bacaan politiknya.