Khamis, 2 Januari 2014

DARI JELEBU KE MANCHESTER








KE JELOBAK KE JOLOBU
TUAI PADI TIGO TANGKAI
MEMANG HEBAT POMPUAN JOLOBO
IDEALOJI TAK AKAN DI SALAI

DARI JELEBU KE MANCHESTER

Pagi Khamis 28 November 2013 kota London sedang dibalut musim sejuk. Dari tingkap hotel aku ternampak ibu, ayah dan kakak sedang menghantar anak-anak ke sekolah. Mereka semua berbalut gebu. Semua berjalan dengan cepat. Semua dalam kesejukan. Selesai sarapan aku ingin ke internet.

Cik Gu Kamar telah menunggu aku di ruang tamu. Dia terus bertanya apakah ada jawapan dari Tuan Pegawai Polis tentang suratnya. Aku mati akal kerana  si Wartawan Martin Evans telah memberi tahu bahawa dari petang kelmarin hingga ke sebelah malam  tidak ada jawapan dari pihak polis.

“ Kalau tak dapat jumpa... saya akan tunggu... di London...” Kata-kata ini terhambur dari seorang Kakak yang sedang mencari Adiknya. Bila aku dengar ayat ini dari mulut Cik Gu Kamar aku menjadi kecut. Dengan segera aku memegang bahu Cik Gu Kamar dan merayu agar dia bersabar. Sebenarnya aku tak sanggup lagi duduk dalam kota London yang amat sejuk. Dalam kepala aku ialah  Brickfield bukan Victoria Station.

Aku memujuk Cik Gu Kamar untuk berehat dibilik. Dan aku berjanji jika ada berita aku akan mengetok pintu bilik. Dia bersetuju. Suasana ini memberikan aku  masa untuk  melayari internet. Aku menyewa internet hotel kerana aku kurang arif tentang cara untuk menggunakan internet dibilik. Sewanya 3 pound atau 15 ringgit untuk satu jam.

Sedang aku berinternet  Martin muncul. “ I have good news...”  Inilah bunyi ayat yang aku tunggu-tunggu. Aku mengetuk pintu bilik Cik Gu Kamar dan memberitahu bahawa Adiknya Siti Aishah telah bersetuju untuk berjumpa. Cik Gu Kamar  macam tak percaya apa yang aku suarakan. Aku terangkan bahawa berita ini datang dari Pegawai Polis yang telah menalipon Martin. Aku melihat wajah Cik Gu Kamar masih dalam kesangsian kini bertukar  menjadi  ceria dan gumbira.  Akhirnya dapat juga Sang Kakak bertemu  dengan Sang Adik yang telah berpuluh puluh tahun menghilangkan diri.

Tetiba aku dapat panggilan talipon dari   Pegawai Diplomat  Kedutaan Malaysia. Mereka meminta Cik Gu Kamar bersedia  dalam masa 20 minit.  Aku paling gumbira kerana aku rasa apa  yang ‘tertangguh’  semenjak  tahun 1991 kini telah selesai. Hutang panggilan talipon dari Abang Siti Aishah ketika aku menjadi warga Brixton pada tahun  1991 kini langsai. Aku ke internet dan terus memecah berita di TukarTiub.

Cik Gu Kamar sudah bersedia. Ditangan Cik Gu Kamar  terjenjeng sebuah beg kecil  yang dibawa khas dari Jelebu. Aku tahu apa isi dalam beg itu. Beg ini untuk Siti Aishah. Kereta DC dari Keduataan menjalar di tepi hotel. Dua Diplomat yang aku kenali  semenjak kelmarin keluar. Kami berjabat tangan. Aku memimpin Cik Gu Kamar ke pintu kereta.

‘ Cik Hishamuddin tak perlu bersama.... tunggu kami di Pejabat Duta...’ Ayat akhir dari  Nik Aziz Nik Razak Pegawai Kounselor Kedutaan sebelum mereka beredar membawa Cik Gu Kamar pergi entah ke mana.

Martin menalipon dari pejabat Daily Telegraph meminta aku datang  ke Pejabat  Duta sesudah makan tengan hari. Bila aku sampai ke Pejabat Duta – Martin telah sedia menunggu.  Sebagai wartawan Martin ingin menjadi pemberita pertama bersoal jawab dengan Cik Gu Kamar.  Diplomat  Murid Tua dari MCKK melayan kami dengan Nasi Lemak dan Teh Tarik. Si Diplomat ini membawa kami  melihat-lihat ruang pejabat. Semua untuk membunuh masa. Martin dan aku menunggu dengan harapan Cik Gu Kamar akan sampai kembali ke Pejabat Duta sesudah bertemu dengan Adiknya.

Tunggu punya tunggu – Si Diplomat menasehatkan  agar kami menunggu di hotel.  Kami bersetuju. Martin pulang ke pejabat dan aku terus mengambil keretapi bawah tanah ke Oxford Street.  Jalan ini adalah tempat membeli belah paling ulung di London. Memang sibuk. Memang berasak-asak. Tetapi aku bukan datang ‘bershopping’. Aku ingin the Riding House Street  - tempat aku bersekolah - yang tidak jauh dari Oxford Street. Aku ingin melihat kembali  fakulti filem tempat aku belajar dahulu.  

Ketika Cik Gu Kamar dalam kereta  dibawa entah dimana aku menapak jejak jejak  lama aku. Tempat aku  belajar. Tempat aku berkerja sebagai  pelayan di Soho. Panggung-panggung yang selalu aku lawati. Aku juga  ke Piccadilly untuk merasakan aroma sambutan Hari Kelahiran Nabi Isa. Akhirnya  aku  ke   China Town untuk mencari Nasi Itik.

Kota London masih kota London tetapi kini penuh dengan  warga dari Eropah Timur. Aku yakin jelas  tentang ini kerana hampir kesemua pekerja di hotel aku menumpang  berasal dari Bulgaria,  Rumania atau Poland. Dua puluh tahun dahulu mereka ini ‘rare’ – kalau dapat kekasih dari Poland – untuk anak muda pada zaman itu adalah tanda kejayaan. Tetapi bukan ini naratif  yang ingin aku kesahkan

Pulang dari Oxford Street aku merasa amat letih. Tetiba aku mendapat pesan ringkas dari Nik Aziz.  Si Nik ini  ada bersama mengiringi  Gu Kamar untuk  pergi ke tempat yang masih rahsia.  SMS dari Nik: Saudara tak perlu tunggu kami. Kami berjalan jauh. Mungkin  pulang jam 2:00 pagi.

 Wow!  Kemana agaknya Cik Gu Kamar telah di bawa.  Mereka meninggalkan  hotel sebelum tengah hari.  Kini belum jam 9 malam.  Tempat rahsia dimana pertemuan ini berjalan. Diwilayah mana agaknya Sang Kakak sedang bertemu dengan Si Adik. Aku cuba berfikir tetapi aku merasa letih dan terus tidor awal.

Esoknya aku bersendirian di sarapan pagi. Sedang aku  menikmati English Breakfast tetiba Cik Gu Kamar muncul. Aku gumbira kerana inilah masa yang aku aku tunggu-tunggu. Aku mahu mendengar apa yang telah berlaku kelmarin. Bagaimana Siti Aishah? Dimana mereka bertemu? Akulah yang menjadi perawai saheh orang pertama mendengar kesah ini. Lebih awal dari Dean dan Martin.

 
‘ I regret...maybe I made a mistake..’ Inillah kata-kata yang pertama keluar dari mulut Cik Gu Kamar pada pagi itu. Aku membesarkan mata. Tidak faham hujung pangkal.

Sambil menghirup teh Cik Gu Kamar bersurah tentang apa yang telah berlaku. Dia telah bertemu dengan adiknya Siti Aishah di satu tempat rahsia. Disatu bangunan  memerlukan naik bertangga. Di luar kota London. Pertemuan disaksikan oleh 10 orang pegawai polis - 8 polis lelaki dan 2 polis perempuan.

Aku terus bertanya dimana? Cik Gu Kamar - orang Jelebu ini amat cekap. Walau pun tidak diberitahu tetapi dari tingkap kereta dia ternampak tulisan MANCHESTER di diarah jalan. Apakah pertemuan berjalan di wilayah Manchester. Aku sendiri tidak pasti.Tempat pertemuan hingga hari ini masih rahsia. Hah hah.. Dari Jelebu ke Manchester.

Aku bertanya apakah ada gambar yang diambil dalamn pertemuan itu? Jawabnya hanya satu sahaja dari talipon bimbit polis perempuan. Itu pun gambar yang membelakangi  Si Aishah. Ini gambar bersejarah. Aku rasa Daily Telegraph dan media kota London hingga  ke hari masih lagi tercari-cari akan gambar ini.

Aku bertanya bagaimana Aishah? Pertanyaan ini seolah-olah aku juga telah  mengenali sosok  Marxist yang bernama Siti Aishah ini. Kenapa Sang Kakak menyesal? Apa kesilapan Sang Kakak? Cik Gu Kamar memberitahu bahawa Adik  ‘tidak menayangkan emosi’.

‘I cried when I met her... she just hold on to me .. maybe just  to make me happy..’ Ini kata-kata Cik Gu Kamar yang tak berani aku terjemahkan kerana aku takut ianya akan membawa pengertian yang lain. Biarkan ayat-ayat ori ini dirakam untuk sejarah.

Esoknya Sabtu - pagi kami berangkat pulang. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Martin dan kota London. Di Heathrow wartawan Malaysia telah sedia menunggu. Nik Aziz dari kedutaan juga hadir sama. Dia membantu kami.  Kami juga disambut oleh Pegawai MAS dan kami dijemput diruang tamu untuk sarapan  pagi sekali lagi.

‘  Dia.. agak aggresive..’ ini kata-kata dari Nik Aziz ketika kami sedang sarapan. Sebenarnya menurut Nik Aziz perjalanan hampir 6 jam ke tempat yang dituju. Mereka bertukar kereta dua kali untuk tidak diekori wartawan. Bapak Duta datang sama tapi setengah jalan pusing kembali ke London.  Tempat dituju terlalu jauh. Pak Duta ada  temu janji jam 8:malam.

‘  Cik Gu Kamar agak agresif terhadap Aishah... saya ada memerhatikan sama dari tempat tersorok...mereka bertemu bukan 40 minit tapi hampir dua jam...’ Nik membetulkan fakta. Ertinya ada dua orang Diplomat Malaysia ini telah sama melihat Siti Aishah yang telah tidak menghubungi kaum keluarga semenjak tahun 1970. Aku mendengar surah dari Nik. Aku juga mendengar surah dari Cik Gu Kamar. Banyak pekara berligar-ligar dalam kepala aku.

Akhirnya aku berterima kaseh kepada Nik Aziz dan Pegawai MAS dan terus masuk ke pesawat. Dalam kepala aku tidak ada apa lagi  yang aku fikirkan. Aku hanya ingin sampai ke Brickfield sekali lagi.

Hari ini masih ramai yang bertanya: Apakah Siti Aishah ini akan pulang ke Malaysia? Apakah Aishah ini masih Melayu? Aku tidak dapat memberi jawapan. Aku hanya mengeluarkan kembali apa yang Cik Gu Kamar katakan kepada aku.  Bukan tugas aku untuk menjawab. Buatlah rumusan sendiri satelah membaca perenggan  akhir ini.

Bila Cik Gu Kamar bertanya  tentang Islam Aishah menjawab ‘ I have lots of Muslim friends in London. There are also mosques in London...’ Bila ditanya ‘ Do you love me and the family..’. Aishah menjawab: ‘ Why do you love me... there are many people  in the world that you could also love..” (TT)


KE JELOBAK KE JOLOBU
TUAI PADI TIGO TANGKAI
MEMANG HEBAT POMPUAN JOLOBO
IDEALOJI TAK AKAN DI SALAI
 
 NOTA
tulisan ini telag disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45.




-----------

7 ulasan:

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

Syabas, ana puas dengan 'drama' ini. Khalas...

Tanpa Nama berkata...

ni pompuan sudah masuk 'angin' bala ni....kah..kah..kah.

Sudin berkata...

Berpatah arang,berkerat rotan....?

Tanpa Nama berkata...

Napelah aisyah ni.. bruntunglah ada org yg kasih pada nya.. tak kiralah berideoloji komunis atau berideoloji kurafat mcm hisham rais ni, jgn la dihancurkan kaseh orang..

DIDI KOTA BELUD berkata...

Dia ni aisyah gani versi haluan kiri......unsong heroin....sham sorang je tau melodi dia......

Tanpa Nama berkata...

Penamat yang amat rare... Berbahagialah dikau wahai Aishah...

Tanpa Nama berkata...

straight to hell...the hell is coming...and its yours anal lieser...hahahahaha kahakahakahakakikikiki die mufkrs...die....