FACE BOOK
Mahkamah Tinggi Jenayah 2 @ 29.05.2014
Tian Chua, Adam Adli , Hishamuddin Rais & Haris Ibrahim
constitutional challenge of the sedition act. — with
LAPORAN DARI MAHKAMAH
tian chua, adam adly dan hishamuddin rais
dengan bantuan lawyers for liberty
telah mengajukan
permintaan di mahkamah tinggi
untuk melupuskan dakwaan ke atas mereka
peguam pembela telah berhujah hampir 1 jam
mengatakan bahawa akta hasutan 1948 tidak
mengikut lunas perlembagaan malaysia
nama akta ini saje
telah jelas sebagai bukti
bahawa ini akta kolonial
akta ini datang
dari kerajaan baginda queen elizebeth
akta ini digunakan untuk melawan
rakyat tanah melayu
yang bangun angkat senjata
pada tahun 1948 apabila darurat diistihar
akta ini tidak pernah
lulus dari parlimen malaysia
ini fakta
permintaan telah ditolak
ketika ini ada 8 sosok
sedang di dakwa dibawah akta hasutan:
yb teresa
yb tian chua
safuan anang
adam adly
tamrin gaffar
haris ibrahim
hishamuddin rais
dan
arwah karpal singah
karpal telah didapati bersalah
dan didenda 5 ribu
tidak dipenjara
kerana memakai kerusi roda
justeru 7 sosok yang lain
akan didapati bersalah dan dipenjara
bayangkan -karpal hanya berkata :
' tidak ada sesiapa lebih tinggi dari perlembagaan'
apa yang karpal dilafaz oleh karpal
adalah kebenaran
tapi karpal didapati salah
yb teresa didkawa hanya kerana
membuat klip video
yang dianggap menghasut
kerana ada watak perempuan gemok
yang mukanya sama saperti muka rosmah
sosok yang lain
didakwa kerana mereka berucap
pada malam 13 mei 2013
di dewan china
isi ucapan mereka ialah
menjemput orang ramai
turun ke jalan raya berhimpun
didataran merbok untuk menentang penipuan
ucapan mereka menyatakan
bahawa pru13 adalah penipuan
kerana berani bercakap benar
kesemua mereka akan dipenjarakan
FAKTA
kes safuan anang telah berjalan
safuan akan dipanggil untuk bela diri
kes adam adli berjalan minggu lepas
akan dianggil bela diri
kes hishamuddin rais
akan bermula selasa depan
kes tian dan tamrin bulan ogos
kes haris ibrahim belum bermula
masih di mahkamah tinggi
kes teresa sedang berjalan
NOTA
sesiapa yang nak belanja
mereka yang dituduh ini
sila lakukan segera
mungkin sebelum maulud rasul nabi isa
mereka adak pergi bercuti ke sungai buluh
sesiapa ada utang pada mereka
sila langsaikan segera
jangan jadi macam zul nordin
kah kah kah
hidup yang tidak membuat sejarah
adalah hidup yang siasia.... tukar tiub
---------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan