Khamis, 19 Jun 2014

DARI MANA DATANGNYA MELAYU








KESEDARAN 
AKU  INI MELAYU

Sultan Husin seorang pemadat candu – atau dalam bahasa anak muda hari ini Mat Gian Candu telah menjualkan Singapura kepada tokan candu yang bernama Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Pada tahun 1924 Perjanjian Anglo-Dutch telah ditanda tangani. Maka terpecah Bumi Melayu – menjadi Tanah Melayu dan Indonesia.

Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor telah ditanda tangani – satu demi satu Bumi Melayu jatuh ke tangan Baginda Queen. Pada tahun 1909 Penjanjian Anglo-Thai ditanda tangani. Empat wilayah Melayu Utara Semenanjung dijadikan milik Siam.

Penjajah British dengan licik telah menempatkan Tuan Residen sebagai penasehat kepada Sultan. Sesiapa yang hendak menjadi Sultan walau pun namanya Atan jika sedia bersekongkol dengan British pasti akan dinobatkan sebagai Sultan.

Pada tahun 1905 Malay College Kuala Kangsar (MCKK) didirikan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College (SITC) telah didirikan. Pada tahun 1917 Revolusi Bolshevik berjaya membasmi kuasa kaum feudal di Rusia. Semenjak berlakunya Revolusi Oktober 1917 ini – dunia terus berubah. Revolusi di Rusia bukan hanya merobah lanskap politik Eropah tetapi ianya juga merobah lanskap politik tanah jajahan yang dijajah oleh kuasa Eropah.

Ketika Revolusi Rusia berlaku Tanah Melayu di bawah tangan British, Jawa dan Sumatra di bawah tangan Belanda. Kerajaan Melayu Melaka, Mataram , Majapahit, Acheh, Patani – semuanya tunduk dibawah kuasa British dan Belanda yang datang dengan teknoloji senjata yang terbaru.

Kuasa penjajah datang dengan kapal wap, senapang dan meriam. Tombak, lembing , panah dan jampi serapah tidak dapat menandingi ledakan meriam dan letupan senapang.

Penjajah British dengan bijak telah mendirikan Malay College untuk mendidik anak dan cucu cicit kaum bangsawan Melayu agar mereka menjadi budak suruhan yang setia kepada Baginda Queen. Mereka dididik untuk menjadi Buah Kelapa – gelap diluar puteh didalam. Lepasan dari MCKK menjadi tulang belakang pentabiran British dari zaman penjajah hingga ke zaman pasca 1957.

Dalam masa yang sama – British juga memerlukan warga yang tahu membaca dan menulis. Maka anak-anak petani dan nelayan perlu juga diajar membaca dan menulis. Mereka yang 'cerah otak' TIDAK diterima masuk ke MCKK kerana tidak ada darah bangsawan lalu mereka dikampongkan ke Tanjung Malim.


Lulusan MCKK dan SITC ini menggambarkan dua jalur pembelajaran yang melahirkan dua pandangan Bani Melayu hingga ke hari ini. Dua garis ini adalah kesinambungan dari Garis Tamdun Bangsa Melayu.

Apa dia Garis Tamadun Bangsa Melayu?

Garis ini telah wujud dalam Canon Corpus Melayu – Hikayat Hang Tuah. Dua garis ini ialah garis Hang Tuah dan Garis Hang Jebat. Hang Tuah mewakili garis kesetiaan tanpa belah bagi. Manakala Jebat adalah garis perlawan untuk menegak keadilan. Dua garis ini masih bermain dalam kancah politik dunia Melayu hingga ke hari ini.

Kita lihat bagimana MCKK melahirkan pegawai British yang cekap, baik, jujur berhemah tetapi gagal untuk memahami bahawa tanah tumpah darah dan bangsanya sedang dijajah. Anak dan cucu cicit bangsawan gagal untuk merasakan apa itu penjajahan kerana mereka sendiri dipilihara oleh penjajah British. Mereka hidup dipinggir kuasa British. Kerana itu sering kali mereka cuba berlagak lebih tuan dari tuan. Lebih kuali dari belanga. Lebih British dari British. Sama saperti watak Ridhuan Tee dalam kontek hari ini – lebih Melayu dari Melayu.

Ini tidak berlaku dengan lepasan SITC. Dari Tanjung Malim munculnya fikrah melawan. Pencerahan dari pembacaan telah membuka kesedaran bahawa Tanah Melayu sedang dijajah. Perasaan dan kesedaran ini telah digembelingkan dalam satu oragnisati politik. Pada tahun 1938 secara resmi Ibrahim Yacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda dengan cita dan niat untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Di Seberang Selat Melaka lebih awal lagi telah wujud kesedaran untuk merdeka. Organisasi ISDV – Indies Social Democratic Association – telah melancarkan serangan bersenjata terhadap Belanda pada akhir tahun 1917. Walau pun gagal tetapi jelas bahawa pengaruh Revolusi Rusia telah sampai ke alam Melayu. Kegagalan Pemberontakan di Surabaya ini telah melahirkan Serekat Islam pada tahun 1917. Pada tahun 1927 telah tertubuh Parti Nasionalis Indonesia.

Apa yang ingin dijelaskan disini ialah perkataan saperti Parti Politik, Siasah, Penjajah, Ekonomi, Imperialisma, Nasionalsima – kini telah menjadi bahasa ucapan harian dan bahasa tulisan oleh pemikir bangsa di Tanah Melayu dan juga di Indonesia. Perkataan-perkataan ini sarat dan bunting dengan ajenda merdeka. Bunting dengan ajenda melawan penjajah. Bunting dengan garis Hang Jebat.

Dalam suasana dan ketika ini sayugia diingatkan bahawa Britiah telah membawa masuk ratusan ribu Pendatang Asing dari China dan India. Mereka ini selain dari menjadi buruh adalah juga penggerak sistem ekonomi kapitalis yang ditaja oleh penjajah British.

Kaum buruh dari China dan India ini hakikatnya kesetiaan mereka BUKAN kepada Tanah Melayu. Budaya, bahasa dan cara hidup mereka tidak lahir dari Sungai Pahang, tidak berteduh dibawah Gunung Tahan, tidak dipukul ombak Pantai Cinta Berahi. Tidak ditaburi belacan dan budu. Tidak dihiasi oleh petai dan jering.

Untuk Pedatang Asing ini Tanah Melayu ini hanya tempat mereka 'cari makan'. Tetapi mereka juga sedar sebagai kuli mereka hanya memiliki kemungkinan untuk memperbaiki ekonomi kehidupan mereka di Tanah Melayu. Di negara asal mereka mustahil mereka mendapat mencari sesuap nasi. Hakiktnya - hidup mereka lebih lumayan dari apa yang mereka kecapai di China atau India.

Pekara ini bukan susah untuk difahami. Lihat sahaja hari ini bagaimana warga Bangla, Myamar, Indon – berduyun-duyun menerbus masuk ke Malaysia untuk memperbaiki ekonomi kehiduapn mereka. Mereka sanggup bergolok bergadai – sanggup menyabung nyawa untuk sampai ke Kuala Lumpur. Ini sebenarnya adalah 'ulang tayang' sejarah kesampaian Orang Asing ke Tanah Melayu. Ulang tayang ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran sejarah kepada Orang Melayu bahawa baginilah asalnya Orang China dan Orang India datang ke Tanah Melayu di bawa oleh British dahulu.

Kuli India dan China ini - sebagai Pedatang Asing - mereka juga TIDAK terlepas dari penindasan penjajah. Mereka membanting tulang di ladang getah dan lombong bijeh untuk mengkayakan Mem dan Tuan yang tinggal di Hamstead atau di Notinghill. Mereka memburuh untuk membesarkan dompet Baginda Queen.

Oganisasi yang paling sesuai dan bertanggung jawab menyusun mereka pastilah organisasi buruh. Maka pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan secara resmi di Kuala Pilah. Uncle Ho Chin Minh dari Hanoi telah datang ke Batu Kikir sebagai wakil Komunis International untuk merayakan penubuhan PKM.

Dua organisasi KMM dan PKM walau pun membawa ajenda MERDEKA tetapi lubuk mereka amat berbeza. KMM adalah anak tulin Tanah Melayu. Budaya, bahasa dan gaya hidup mereka lahir dan muncul dari Bumi Melayu. Manakala Orang India dan Orang China – budaya, bahasa, gaya hidup mereka lahir di India atau di Tanah Besar China. Perbezaan ini wajib diakui jika kita mahu memahami politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini.

Tahun-tahun sebelum pecahnya Perang Dunia Kedua ialah zaman dimana konsep Melayu sebagai satu bangsa dalam satu tanah air diolah dan diwujudkan. Ini bukan bermakna sebelum ini Manusia Melayu tidak wujud. Manusia Melayu telah wujud berjuta tahun di Tanah Melayu. Tetapi konsep – Kita Ini Melayu – hanya wujud apabila Manusia Melayu bertemu Orang Lain – The Other. Orang Lain ini ialah Orang China, Orang India dan Orang Puteh.

Sebelum bertemu dengan Orang Lain – ada Melayu Kedah, Melayu Singapura, Melayu Johor dan dan dan – tidak wujud konsep Melayu saperti mana yang kita rasakan hari ini. Justeru kaum nasionalis kiri Melayu dan warga SITC telah berjaya melakukan konstruk budaya untuk menimbulkan kesedaran Aku Melayu dan Tanah Melayu ialah tanah tumpah darahku.

Lalu timbul persoalan – jika Tanah Melayu ini tempat tumpah darah Manusia Melayu- bagaimana pula dengan Orang China dan Orang India yang bukan sadikit jumlahnya.

Saya cukup yakin The Other- Orang Lain – China dan India yang ada di Tanah Melayu pada ketika KMM melaungkan MERDEKA – pasti telah dibincangkan. Untuk memahami Orang Lain dalam Tanah Melayu ini kita wajib kembali melihat gerakan nasionalisma sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua.

Membuka sejarah sebelum dan sesudah perang kita akan bertemu kembali dua garis Tamadun Bangsa Melayu. Garis Hang Tuan dan Garis Hanmg Jebat. (TT)

KAMARAZAMAN TEH
PEMIMPIN PKM

ANAK MUDA
MENYAMBUNG TRADISI

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


------------

10 ulasan:

kampong lad berkata...

hang jebat mengamok/menderhaka hanya kerana hang tuah dizalimi - nepotisme la. kita mau garis ke-3 iaitu hang nadim.

Tanpa Nama berkata...

Mende baris ke-3 kau mukan pejuang sosialis lha pidok!!! Agu mau baris ke-6 hang katak tau tak hang katak!!!

Tanpa Nama berkata...

woit masa aku belajar sejarah... buku sejarah nyatakan parameswara lari dari kerajaan majapahit... sebuah kerajaan hindu... terjumpa melaka... mitos kah... apa lah tt engkau sama macam depa juga... susun sejarah ikut melayu engkau juga kah kah kah... tapi aku puji juga cara engkau bidas ridhuan melayu tu seorang... cukup hebat pendekar melayunya kah kah kah.. dia sudah lupa dia tu halal atau haram ... apa pun matlamat menghalalkan cara malaysia boleh kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ATAN? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Perwatakan Hang Tuah dan Ridhuwan Tee adalah sama..lebih kuali dari belanga. Kekuatan mereka terletak pada huruf "ta". Cuba gantikan dengan huruf "fa"...

Tanpa Nama berkata...

Kau pun produk mckk hisham.kalau tidak kerana Anwar dibuang, tiadalah garis dan pembaris kau tu.

Tanpa Nama berkata...

mana ada hindu hindu... yang aku baca semua bermula dari Islam...

Tanpa Nama berkata...

Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Tanpa Nama berkata...

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer kah kah kah
sapa lupa sejarah

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Melayu pasa asalnya tidak wujud.Mereka merupakan orang asal/asli yang tidak bertamadun yang wujud di Tanah melayu.

Orang Asal yang tidak bertamadun dan tidak mempunyai apa apa agama sehingga Raja Raja India yang beragama Hindu/Budhda (Srivijaya/langkasuka/gangga/raja chola) menakluk kepulauan Melayu (Indonesia/Malaysia/Thailand/Kemboja).

Dari penaklulkan inilah lahirnya ketamadunan di kepulauan Melayu. Oarng Asal atau melayu diturunkan agama hindu/budhda oleh penakluk ini.

Orang Melayu di tanah Melayu masih beragama Hindu sehingga Parameswara memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Raja Iskandar Shah.

Bangsa Melayu tidak mempunyai budaya/bahasa/makanan/gaya hidup yang asal/original.Semuanya telah diambil/dipinjam daripada bangsa lain (india/cina/arab/inggeris/belanda/portugis).

Bahkan keris yang terdapat dalam bendera Umno tue pun asalnya daripada agama Hindu dimana keris merupakan lambang/simbol kepada Tuhan Panah/petir. Lihat bentuk keris itu secara teliti, mesti berbentuk seperti petir.

Malah ada juga teori mengatakan bahawa Hang tuah dan kekawanya bukan bangsa melayu tetapi bangsa cina. Mereka ini dikatakan mengikuti rombongan Hang Li Poh ke Melaka.. Hmmm... Dapat lihat persaman Nama Keluarga "Hang"?

Banyak lagi perkara yang dapat dirungkai sekiranya membuat sedikit kajian..

Jangan hanya mendabik dada dan sombong tentang bangsa sendiri.. Cuba pikir dan cari asal usul masing masing..Sejauh manakah ketulinan Melayu kita semua???
Tidakah rasa malu apabila dapat tahu bangsa melayu adalah bangsa pinjam? Betulker "TAKAN MELAYU HILANG DIBUMI"
Jangan jadi seperti meludah kat langit..

-Rebellious Monkey-