Selasa, 29 Julai 2014

BACA DAN HAYATI



 




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan
yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air jeram gunung toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi


bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat akan pembelotan
lalu aku teringat akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang telah terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang arafat dan habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal

kepada  kau kawan aku
yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini
kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa
untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 





------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://m.malaysiakini.com/news/270109.html

Tanpa Nama berkata...

Apa kah satu DR dalam PAS sekadar kertas jamban saja , Tuan Haji TT ????

Dr tapi bahalol tahap Mongkey , memalu kan KELDAI saja...

KELDAI makan pil kuda ke ?

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PR selangor bakal runtuh? Sedihnya bila dengar ada kerajaan yg runtuh sebab ego, tamak kuasa, sayang menantu dan gila dunia. Dajal sungguh puak2 tu.

Tanpa Nama berkata...

Pembelotan kerana mereka ada habuan di kumpulan darul ehsan berhad. Tempat menantu cari makan tempat krony cari makan ribu ribu

Tanpa Nama berkata...

Eeee shahul buat onar
Eeee shahul buat kacau
Eeee shahul buat taik
Kah kah kah

Tapi eee akan jadi imam
Eee ni akan jadi pak munke
Sebab eee nie pandai
Bodek buang asap

Eee pandai guna bahasa arab
Pakai macam tok arab
Kalah pak arab dengan eee nie
Kah kah kah

Pembodohan diteruskan
Pelbagai cara dituntas
Difikir diroyak dilaksana
Menarik golongan agamawan
Agama kaum terus dicarik carik
Agar tidak bersatu hati
Menentang kebathilan
Menentang kejahatan
Kah kah kah

Macam lakonan drama
Depan kamera main.berlakon
Belakang kamera lain pula realiti
Membuat sandiwara mengolah agenda

Agenda tetap satu
Meroyak PR agar nampak buruk
Tidak pandai penuh krisis
PiIlihan terbaik masih BN
Kah kah kah

Nobat cereka rama terbaik
Kah kah kah