Khamis, 14 Ogos 2014

INI BUKTI SECARA RESMI





SOKONGAN MAJORITI 

30 AHLI DEWAN 

 NEGERI SELANGOR

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan pentadbiran Kerajaan Selangor dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 13.

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa 30 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (termasuk saya) seperti tersenarai di dalam lampiran telah menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar. Mereka juga telah menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambilalih tugas sebagai Dato’ Menteri Selangor yang baru.

Pendirian mereka ini dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADN selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan itu.

Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari UMNO dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus satu surat kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 1130 pagi ini untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan ke bawah DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.

Saya menasihati YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti. Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai Menteri Besar.

Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri.

YB  DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ahli Dewan Negeri Kajang


AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR YANG MENYOKONG PENCALONAN YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR
1. Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kawasan: ADN N4 Kawasan Sekinchan
2. Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kawasan : ADN N6 Kuala Kubu Baharu
3. Y.B. Tuan Idris Bin Ahmad
Kawasan : ADN N11 Ijok
4. Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kawasan : ADN N14 Rawang
5. Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kawasan : ADN N16 Batu Caves
6. Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kawasan : ADN N18 Hulu Klang
7. Y.B. Tuan Mohamad Azmin Bin Ali
Kawasan : ADN N19 Bukit Antarabangsa
8. Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kawasan : ADN N22 Teratai
9. Y.B. Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Kawasan : ADN N25 Kajang
10. Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kawasan : ADN N27 Balakong
11. Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kawasan : ADN N28 Seri Kembangan
12. Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kawasan : ADN N30 Kinrara
13. Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kawasan : ADN N31 Subang Jaya
14. Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kawasan : ADN N32 Seri Setia
15. Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kawasan : ADN N33 Taman Medan
16. Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran
Kawasan : ADN N34 Bukit Gasing
17. Y.B. Tuan Lau Weng San
Kawasan : ADN N35 Kampung Tunku
18. Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kawasan : ADN N36 Damansara Utama
19. Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kawasan : ADN N37 Bukit Lanjan
20. Y.B. Tuan Haji Yaakob Bin Sapari
Kawasan : ADN N40 Kota Anggerik
21. Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kawasan : ADN N41 Batu Tiga
22. Y.B. Dr. Puan Daroyah Binti Alwi
Kawasan : ADN N43 Sementa
23. Y.B. Dato` Teng Chang Khim
Kawasan : ADN N44 Sungai Pinang
24. Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kawasan : ADN N47 Pandamaran
25. Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Kawasan : ADN N48 Kota Alam Shah
26. Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Kawasan : ADN N49 Seri Andalas
27. Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei
Kawasan : ADN N50 Sri Muda
28. Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kawasan : ADN N52 Teluk Datok
29. Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kawasan : ADN N53 Morib
30. Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kawasan : ADN N56 Sungai Pelek




---------------

8 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdullillah............

Awanama berkata...

Kalau lah bukti macam ini sudah lama ambik putrajaya. Tak.payah hulu ke hilir panjat tangga mahkamah. Itu pun susah nak faham kah ? Geng geng nie tak faham daulah hitam dan daulah duit nie berkuasa di msia. Setakat demo bising dlm dewan tak ada masalah beb... kah kah kah
Jangan buang masa..
Org penting 2 dah pi melancong
Tepat pada masa nya
Utk lanjutkan tempoh rundingan
Tak faham faham lagi
Pasal tu serban kat kepala tu bagi longgar sikit
Serban kuat oxigen tak masuk otak
Kah kah kah
Bhai bhai
Jgn gaduh perang yg tak.boleh menang
Kah kah kah

Awanama berkata...

Berdasarkan keperibadiannya, aku yakin Wan Azizah boleh jadi MB yg lebih baik drp Khalid dan Khir Toyo.
Yang penting Azizah akan bantu rakyat Selangor dan laksanakan sepenuhnya manifesto yg dijanjikan yg mana sebelum ni masih tertangguh oleh Khalid Ibrahim.

Awanama berkata...

Woit bang khalid tu ada back up tu
Kalau tidak tak berani
Kah kah kah
Awat bangang sangat engkau ni ah
Dah lah dia tahu
Cuma keluar 2 B tu bahagi bahagi sikit
Ramai dok lapar nie
Tak kira serban berjanggut berkopiah
Kah kah kah

Awanama berkata...

adakah sultan akan mengeluar perkenan memecat Khalid dlm masa 2 jam selepas permohonan?

Awanama berkata...

Ha...ha...ha...hebat...hebat...hebat PKR.

Woi...perilah jumpa sultan
woi...bawak 30 orang tu naik bas pergi istana
kah...kah...kah...

Awanama berkata...

Sahak gagap dah hampir nak kena sembelih.17 hb terus kena pancung macam ayam.kah..kah..kah..

Awanama berkata...

Jam omega siapa simpan....