Selasa, 23 September 2014

KENYATAAN RESMI





RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1.      MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2.      MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3.      Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4.      Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat. 

5.      Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.  

6.      Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan. 

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
22 September 2014






-----------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak tak maksud barua... demi kuasa... Dr Wan asal nya... tukar azmin pun jadi lah....

umngok celaka berkata...

Rela dalam keterpaksaan..akibat payung yg diharap..telah terkoyak..semakin telanjang ..tinggal besi yang berbisa..
Marhaen hanya memandang sayu..
Namun jiwa besar diri yg berhak amat mengkagumkan..melintang pukang lah puak2 jahanam yg meroyan saban waktu..
Panjang lagi perjuangan ini..
Yang di hadapan belum tentu..yang sedang berkecamuk..harus disatu..
Hak rakyat harus dibantu..kerna matlamat tetap satu..nyahkan umngok dari persada kuasa..

adios TSS berkata...

Bagus PKR kerana menerima Azmin kerana kehendak sultan dan boleh bertolak ansur dalam kes ini. Bagi aku, Azmin lulus dalam ujian kesetiaannya dalam PKR...setia bersama PKR walaupun dipancing oleh PAS untuk bersama kerajaan UG. Satu permintaan aku kepada Azmin...berpakatlah dalam menguruskan negeri Selangor ini dan utamakanlah kebajikan rakyat N.Selangor supaya kamu berpuas hati dipenghujung hayat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa pinda Fasal 53(2)(a) dan 53(6) untuk plug mana2 loophole dlm perlantikan MB dan perletakan jawatan MB yg hilang sokongan majority.

tunjuk pada itu Sultan siapa yg lebeh power.

Ada 2/3 majority, tak guna, rugi lahhh Bro.

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat TT,semua orang kasi rosak TT punya plan. Sultan dah pilih kawan baik TT, terima sajalah.

Lebih baik TT tumpukan serangan pada mat monggol sekarang.Sebab dia dalam keadaan nazak, dia perlu oksigen.

Jangan kasi isteri rosmah ambil masa untuk berambus,kerana dia sudah buat banyak suwey.kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

setuju ini musim terbaekkk untuk kaji perlembagaan negeri dan pinda mana2 undang2 yg ada loophole yg boleh dimainkan oleh pihak yg tiada sedikit pun terdetik rasa tanggungjawab dan amanah demi kuasa harta dan kroninya.
rakyat menunggu.
jadilah bijaksana.
jadilah juara.