SELANGOR
- KRISIS DEMOKRASI
Ketika
tulisan ini digarap perlantikan Menteri Besar Selangor masih belum
tuntas. Nama-nama yang dicadangkan kelihatan 'bertaburan'
disebut-sebutkan oleh media baru dan lama. Ada yang saheh dan ada
yang 'angin-angin'.
Dilaporkan
oleh media bahawa Presiden Pas Haji Hadi Awang telah menghantar tiga
nama ke Istana. Kesemua nama dari partinya. Nama siapa ini? Hanya
Hadi Awang sahaja yang tahu. Manakala DAP – telah menghantar hanya
satu nama : Wan Azizah Wan Ismail. Parti Keadilan Rakyat juga telah
menghantar satu nama: Wan Azizah Wan Ismail.
Satu
nama lagi yang disebut media ialah nama Azmin Ali. Nama ini TIDAK
disenaraikan oleh PKR. Tidak disenaraikan oleh DAP. Tidak ada parti
politik dalam Pakatan Rakyat yang mengajukan nama Azmin Ali kepada
Istana. Maka nama yang TIDAK disenaraikan ini sedang dan pasti akan
menimbulkan permasalahan besar.
Pekara besar inilah yang wajib difahami dan disedari oleh
rakyat Malaysia. Lebih besar dari nama Azmin Ali. Pekara-pekara ini
bukan hanya melibatkan ahli PKR atau penyokomg Pakatan Rakyat.
Pekara-pekara ini amat fudumental yang melibatkan kesedaran seluruh
rakyat Malaysia – tanpa mengira parti dan mazhab.
Pekara
ini ialah tentang demokrasi. Demokrasi di Malaysia ini berkait
rapat dengan Raja Berpelembagaan. Justeru tulisan ini akan cuba
memberi pencerahan tentang demokrasi dalam konteks raja
berpelembagaan.
Pertamanya
tulisan ini menolak kesah-kesah karut marut tentang asal usul raja
atau sultan. Sultan dan raja muncul dalam evolusi perkembangan
tamadun manusia. Raja muncul merata-rata diseluruh dunia.
Kemunculan mereka ini sama sahaja bentuk dan labonnya. Raja lahir
ketika masyarakat pertanian masih dalam tahap paling awal. Sosok ini
menjadi raja untuk memimpin kaum tani, kawasan pertanian dan
menjaga kepentingan kampong.
Justeru
– hari ini - tidak masuk akal kalau raja masih dianggap
mewakili tuhan. Atau dianggap jelmaan tuhan diatas muka bumi ini.
Ini hanya mistos yang muncul dalam zaman 'gelap'. Pencerahan telah
membuka minda ummat yang boleh mentakrifkan apa yang tahyul, apa yang
karut dan apa yang rasional masuk akal.
Di
Tanah Melayu , saperti di negara-negara lain dalam dunia ini – raja
dan sultan wujud. Zaman feudal ini bukan satu yang memalukan. Ini
sebahagian dari sejarah tamadun bangsa. Tidak ada tamadun
bangsa-bangsa dalam dunia ini yang dapat melarikan dari evolusi
kemunculan kaum feudal ini – kecuali bangsa-bangsa yang tahap
tamadunnya belum enap stabil dalam bentuk ekonomi pertanian dan
mereka dilaggar penjajah yang membawa moden.
Apabila
Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris datang ke Tanah Melayu - raja
memainkan peranan kepimpinan yang gemilang. Kuasa ekonomi Raja
Melayu kini dicerbohi oleh 'orang luar' i.e penjajah. Maka kita lihat
Dato Bahaman, Mat Kilau, Maharaja Lela, Dol Said, Tok Gajah –
bangun mengangkat senjata melawan penjajah. Mereka ini adalah ''kaum
kerabat orang Istana' sebahagian dari struktur feudal.
Penjajah
Belanda dan Portugis – kuasa penjajah awal telah 'melutu dan
menggasak' kaum feudal. Ini membawa penentangan hebat dari anak tanah
jajahan. Kuasa kolonial fascist Jepun ganas – justeru dapat
tentangan dari semua kelas dan gulungan.
Pengalaman
kuasa penjajah awal ini telah dikumpulkan oleh British. British
menggunakan taktik - pecah dan perentah. Dengan licik kuasa kolonial
British telah menggunakan sistem feudal ini untuk menampong dan
membantu kuasa penjajah merampok dan menjarah hasil kekayaan tanah
jajahan. Ada raja dinobatkan oleh British. Ada raja yang melawan British dihalau keluar negeri atau dihantar ke Lautan Hindi. Inilah yang
berlaku di Tanah Melayu.
Sistem
feudal – raja dan sultan – tidak diganggu gugat. Berperang
dengan Bahaman dan Maharaja Lela membawa belanja yang amat besar.
East India Company datang ke Tanah Melayu untuk mencari laba bukan
datang berziarah untuk mengembangkan silatul rahim beramal jariah.
Apabila
mengundur kuasa kolonial British telah meninggalkan satu
Perlembagaan yang menyerupai sistem pentabiran Parlimen Raja
Berpelembagaan – saperti yang wujud di England. Baginda Queen telah
digantikan dengan Yang DiPertuan Agong. Adat istiadat Melayu dan
agama Islam telah diwakafkan kepada raja dan sultan. Ahli Parlimen –
dewan rakyat dan dewan negeri - membuat hukum dan undang-undang. Para
YB ini dipilih melalui pilihanraya.
Jika
kita baca semuanya nampak cun dan bergetah. Tetapi dalam
realpolitik hakikatnya ialah apa yang sedang kita perhatiklan
berlaku di Selangor. Ini realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.
Apa
yang sedang berlaku adalah contoh terbaik dimana sistem raja
berpelembagaan telah terpesong dan menjadi lucah. Untuk memahami ini
kita kembali melihat apa yang telah berlaku di Perak 2009. Kes Perak
ini telah dijadikan rujukan atau 'precedent' dalam bahasa
undang-undang. Nizar Jamaluddin - Menteri Besar dari Pakatan Rakyat
telah digantikan dengan Zambry Kadir dari Barisan Nasional.
Ini
berlaku diatas hujah bahawa Zambry memiliki sokongan terbanyak dalam
Dun Perak. Sokongan terbanyak ini diyakini oleh sultan maka Zambry
Kadir dilantik sebagai MB Perak. Kes tutup. Perlembagaan ditaati.
Di
Selangor kita lihat pekara yang sama berulang. Khalid Ibrahim hilang
kepercayaan dari partinya. Khalid gugur sebagai MB Selangor. Dr. Wan
Azizah mendapat sokongan 30 Adun Selangor. Jumlah Adun Selangor ialah
56 orang – justeru 30 Adun adalah angka majoriti. Maknanya Wan
Azizah pemilik suara majoriti.
Seharusnya
jika mengikut raja berpelembagaan dan mengikut rujukan Kes Perak –
Wan Azizah adalah MB Selangor yang baru. Ini TIDAK berlaku. Kong
kalikong terjadi. Putar alam belit membelit berlaku. Dari kedegilan
Khalid Ibrahim hingga ke dulak dalik Hadi terserlah. Maka masuk pula
sosok yang bernama Azmin Ali.
YB
Azmin Ali – di ulangi sekali lagi - namanya TIDAK ada dalam
senarai. PKR – partinya sendiri TIDAK mencalonkan dirinya. Malah si
Azmin ini adalah salah seorang dari 30 Adun yang menyokong Dr Wan
Azizah. Malah Azmin telah menanda tangani surat Akuan Bersumpah
untuk menyokong Wan Azizah.
Jika
Azmin Ali dipilih oleh Istana maka ini adalah pilihan Istana. Maka
jelas dilihat, jelas dibaca bahawa Azmin bukan pilihan PKR. Bukan
pilihan Pakatan Rakyat. Azmin TIDAK mewakili kepentingan PKR atau
Pakatan Rakyat - jauh sekali rakyat. Azmin akan dilihat dan dibaca
sebagai mewakili sultan. Timbul persoalan untuk kurun ini : dari
bucu mana Istana mengutip nama Azmin. Inilah yang menjadi persoalan
hakiki.
Hakikatnya
- jika Istana boleh mengutip nama – maka TIDAK perlu Selangor malah
Malaysia juga TIDAK perlu mengadakan pilihan raya. Mungkin saban
tahun , atau lima tahun sekali atau bila-bila masa sahaja si sultan
boleh memilih sesiapa sahaja – malaon mana pun - untuk menjadi
Menteri Besar atau Menteri Kabinet waiama Perdana Menteri sekali pun.
Justeru,
pada hemat saya - apa yang sedang kita lalui ini bukan hanya tentang
Selangor, tentang PKR atau tentang Azmin atau Wan Azizah. Diakui –
mereka semua ini adalah pemain utama tetapi dibelakang nama-nama ini
ada yang lebih penting.
Pada
hemat saya yang paling penting ialah pemahaman kita semua tentang apa
itu demokrasi. Apa itu suara ramai. Apa maknanya suara majoriti. Apa
maknanya parlimen. Sebagai anak semua bangsa – apakah yang kita
fahami tentang raja berpelembagaan.
Untuk
saya ini lebih penting kerana ianya membawa implikasi yang maha jauh.
Sesudah Azmin atau Wan Azizah atau Hishamuddin Rais mati – negara
yang bernama Malaysia ini akan terus wujud. Ahli politik pergi dan
datang. Kemenangan jangka pendek hanya kemenagan pendek.
Apa
yang berlaku di Selangor ini adalah penglucahan proses demokrasi.
Kesongsangan akidah dalam pemahaman apa itu suara majoriti. Para
politikus mendahulu kepentingan diri. Ini dibantu pula oleh kegagalan
kita semua sebagai warga untuk bersuara dan menyatakan apa yang
benar dan apa yang salah. Nilai salah benar kita menjadi lucah.
Paling sedih adalah kegagalan lembaga feudal yang dinobatkan oleh
Perlembagan dalam bentuk Sultan.
Kegagalan
yang saya maksudkan ialah kegagalan lembaga feudal untuk melintasi
yang duniawi. Melihat dari mata hati Ratu Adil. Membawa
keadilan bukan sahaja ke Selangor malah ke atas muka bumi ini.
Kini
anak semua bangsa melihat lembaga feudal ini bertentangan dengan
konsep demokrasi. Kegagalan feudal untuk menghormati suara majoriti
akan membawa implikasi yang maha lama. Pada ketika ini kegagalan
lembaga ini semakin dilihat jelas. Buruknya sistem feudal ini
terserlah. Terbukti - krisis Selangor membuka ruang dimana raja atau
sultan boleh memilih sesiapa sahaja.
Saya
yakin dari keburukan ini pasti akan muncul satu sistem yang dapat
menghormati dan menobatkan rasa hati dan pilihan majoriti rakyat.
EPILOK
Ketika
tulisan ini tamat ditulis nama MB Selangor yang baru masih
dirahsiakan. Ini adalah tanda-tanda zaman.
Pada
satu ketika dahulu – dalam hikayat-hikayat Melayu lama - sebelum
Menteri dilantik canang dan tabuh telah dipalu. Rakyat saentero
negeri dijemput bertandang menyambut kedatangan Sang Menteri.
Yang
capek datang bertongkat
Yang
buta tertanya tanya
Yang
pekak membakar meriam
Yang
bisu bertunda-tunda
Nasi
mendidih menganak sungai
Kerak
nasi membusut jantan
Hampas
kelapa menutup pandang
Tujuh
hari tujuh malam
Sultan
kenduri gegak gempita
Menyambut
Menteri baru dikata
Sekarang
ini:
Yang
majoriti ditolak pergi
Yang
rasuah dipanggil mari
Yang
kelentong dijemput datang
Yang
dulak dalik imam sembahyang
Nama
MB masih rahsia lagi. (TT)
--------------
34 ulasan:
Hg tulih panjang berjela pun dapat kat azmin juga..KAH KAH KAH
TT nie kalu Anwar jd Sultan baru die diam..
Sekiranya benar surahan Tuan Tukar Tiub dan Azmin Ali juga yg dinobatkan...
tertanya pula hamba sahaya pacar yg hina - apakah Azmin Ali derhaka kpd partinya? Jika sekian lama Azmin Ali terpalit rasuah...mengapa beliau terlalu istimewa di mata Ketua Umum PKR? Knpa beliau tdk dikenakn tindakan sama spt tski...
mohon jawapan tuan..
Tuan TT,
Salut.
Memang sedap bait-bait akhir itu.
Terasa mcm nak keluar air lendir la.
Kah ka ah kah kah!!!
Mb azmin ali.. kah..kah..kah tokono kau tt
Nampak sgt cap mohor nak main wayang. Nama takde tetiba ada?
Tak pasal2x lebai hadi kena sumpah satu malaya.
Kau nampak dorg punya main?
Soalan kurun ini..........
Hang tau apasal kilang secangkir rimau dhn ayak cap mahkota raja ada kat selangor?
Kah..Kah...Kah...
Tembelang TT dh trbongkar....
Kah... Kah... Kah...
Pghasut upahan...
Kah... Kah.... Kah...
Propa yg gagal...
Kah... Kah... Kah...
Embi yg direstu....
Kah... Kah... Kah...
Wa nk tengok....
Kah... Kah... Kah...
TT nk smbng mghasut tk?
Kah... Kah... Kah...
Atau kesah anak pk ali ni senyap?
Kah... Kah... Kah...
Bagus Hadi...hang hantaq nama Azmin akhirnya sultan pilih hang. Pasai apa..pasal PAS dah beri tahu pada sultan tolong lantik Azmin sebab MB PKR punya.
Nama yang lain saja-saja je taruk sebab nak bagi konpius PKM...parti kominis malaya.
Heppi...heppi...heppi...bini tak dapat jadi MB....heppi....heppi..
sebab Pak Syeikh akan berpindah ke Bamboo Rivaro.
Timbul persoalan untuk kurun ini : dari bucu mana Istana mengutip nama Azmin. Inilah yang menjadi persoalan hakiki.
ini serius cool......xramai yg akan terfikir tentang benda ni.
:)
SAH! Azmin jadi MB. Anwar dan WAWI dah restu Azmin jadi MB. WTF!
Din Ayam boleh terus nikmati elaun baca doa.
Hadi akan tersenyum puas.
Perjanjian Air?
Agak-agak kau mana Rafizi nak letak muka?
Aku tak kisah siapa yang jadi MB Selangor yang baru.
Yang aku kisah cuma 'Takkan Wan Azizah mahu dirinya dilantik jadi MB'?
Itu semua hanya DRAMA oleh Anwar Ibrahim yang masih bekerjasama rapat dengan UMNO untuk apa?
Untuk mengkucar kacir serta mahu pelingkopkan PAS.
BK
This cibai called ktemoc called you a cibai because whatever you do, Anwar do anything for Azmin. Apa macam? Raja Petra Kamaruddin win, apa macam? Should you commit harakiri or should whack RPK.........Cibai
Apalah kau TT, dah ketinggalan keretapi.Azmin dah jadi MB, kau masih tidur ke.Apa pula rancangan TT,Baik TT serang saja mat monggol.Ilmu simiotik TT telah aku gunakan dan terbukti benar,Azmin Ali juga yang jadi MB.Kah..kah..kah..
TT aku tak kisah sapa-sapa pun,aszlkan bukan parti hamPAs dan umnongok.ilmu simiotik aku kata yang mat monggol akan dibuang oleh Madey anak Iskandar kutty bulan Oktober ni.Dari kau serang azmin yang dah berjaya,mari kita serang mat monggol pula sampai dia pun jadi kupang tembaga.kah..kah..kah..
Next PRU, boikot ramai2 tak payah pegi ngundi la. Har ngundi tu buat hari berkebun sayur ke hape ke...
Woit pak T T..aku rasa hang patut umum 23/9/14 adalah hari nakba/malapetaka utk selangor dan PKR..
Ada bran??..i rest mi case mi lord
Msia semua boleh
Engkau saja lambat
Acuan boleh bertukar tukar
Ikut kesesuaian daulah berkuasa
Engkau boleh bising 2 saja
Buang masa
Kah kah kah
Apapun abang Min jadi MB
Dah lulus
Engkau boleh buat apa
Lama min dok tunggu
Kah kah kah
Kuasa dan.wang berkuasa mutlak
Projek makan kawan
Kawan jadi lawan
Kah kah kah
Hidup Malaysia
sesat di kuala lumpor
dosa dan pahla bercampor
tapi kita mesti hidop
kita mesti terus hidop (m.nasir)
************************
sesat di negri slangor
demokrasi dan raja bertempor
tapi undang2 mesti hidop
perlembagaan mesti terus hidop
************************
trimakasih tuan dan nyonya
doa slamat kami pohonkan
pada Tuhan Maha Esa
Tuhan yang Maha Esa (m.nasir)
************************
trimakasih anwar dan kak zizah
pengorbananmu membuah hasil tiada nilai
rakyat nampak kesumbangan tanah ini
pembelajaran tak ternilai 98 hingga 14
trimaksih
salam uncle TT,
aku memang tunggu time ni tanya uncle balik.
skrg wan azizah sendiri sokong Azmin Ali...so apa yg duk kecoh Kajang Move itu hari? apa yang duk kecoh dgn PAS la apa.
kau sendiri yang preach realpolitik.
Kajang Move korang memang bangang dan buang masa penduduk Kajang macam aku. kecoh sial.
WEAK PAKATAN RAKYAT! SHAME on Pakatan!!
If you cant represent the Rakyat, what for we vote for you.
SHAME on Pakatan!!! Wasted our time and support.
Fight for Malaysia's Democracy?..HAHAHA, i'm a Fool.
SHAME ON PAKATAN! YOU a Liar!
Salah siapa?MB yg lurus kamu tak suka..pandai sangatlah dgn langkah kejang tu..Rakyat pun dah menyampah dgn PKR...tunggulah nasib PRU akan datang,mengata dulang paku serpih...mengata BN 2x5 je...
Berguling guing pun tak guna
Kah kah kah
Makan pasir kata orang
Yang makan dedak
Yang makan pasir
Yang makan balak
Yang makan free
Semua ber kaki lebar
Yang pandai yang cerdik
Yang menghasut
Yang membawa pencerahan
Melawan arus
Terusan menjadi daulah bodohan
Kah kah kah
Sampai kiamat
Sapa mau susah
Semua mau senang
Jadi biarkan biarkan
Biarkan.begitu saja
Kah kah kah
Nostalgia tuar tiub
Ada satu yang mesti kita faham, di Malaysia ini atau di tanah melayu khususnya, institusi istana atau lembaga feudal ini hanya berpusat kepada satu batang tubuh sahaja, bukan seperti suatu lembaga atau badan seperti yang difahami umum. Jadi ikut suka sahajalah....
Ada Tok Guru Bahalol mintak jawatan "Timbalan MB" di Selangor.
Orang Orang Munafik lagi Bahalol IQ Secoit layak jadi pemimpin rakyat pandai pandai ke ???
Bodoh ek !!!!
azmin mb ker, tki mb ker, azizah mb ker, guan eng mb ker.....korang dapat hapa? Dapat projek? Dapat 3 bilion?
Din ayam jugak yang huntong!!
Kahakkkk Ptuiii
Bro..jangan kutuk sultan lebih2 takut nanti ada orang bacakan doa kat ko..kah kah kah
kalu kat Pas bila pecah baiah kena 'barua'kan presiden. Kalu kat PKR bila pecah baiah buleh jadi MB.
Jadi aku nak bertanya, apa sebenarnya tujuan baiah2 kepala lutut nih?
Next move?
AA bagi laluan kat WAWI?
semua jadi bacul,tulis je lebih
lu semua bacul,tulis je lebih
Pertentangan bagus
Suara rakyat dibuang
Kehendak rakyat diketepi
Perasaan rakyat di luka kan
Golongan free loader berkuasa
Menidakkan.kuasa rakyat
Demo ka rasi
Kah kah kah
Tau maksud nya
Kah kah kah
Tak guna berleter pasal spesis makan dedak
Tak guna nasihat
Tak guna beri pendapat
Makan dedak fikir dedak
Hasil.nya dedak juga
Kah kah kah
Selamat bercuti.semua
Real politik sebenarnya
Janji air sudah dimeterai
Khalid hilang kuasa disambung hayat
Daulah membantu Khalid
Sampai masa orang baru di lantik
Sengaja percaturan diatur begitu
Sapa naik pun rakyat masih sama
Kalau tercalar naik senang ugut
Yang bersih naik sukar laksana projek
Kah kah kah
Nuar masih tak sedar
Nuar usia meningkat
Makan lah madu kurma
Usia masih meningkat
Digelar musuh utama
Daulah merancang jatuhkan
Kalau setakat rasuah
Kalau setakat salah guna kuasa
Melayu susah beli
Apa melayu suka beli ?
Kah kah kah
Rogol suka beli
Liwat suka beli
Skandal seks suka beli
Main bini orang suka beli
Main laki janggut suka.beli
Kah kah kah
Realitinya nuar perlu diparahkan
Secara terus menerus
Guna segala kuasa kuasa
Daulah membantu
Bangsawan terus.berkuasa
Biar ada status quo dikekalkan
Yang capik jangan jadi munke
Yg munke.tak boleh capik
Kah kah kah
Tetapi kenapa Allah turunkan
Segala kesukaran kepada orang baik ?
Kita akan tau juga nanti
Kah kah kah
azmin + umno + pas = new majoity
azmin untung
pas untung
daulat untung
BN untung
sale lagi untung....
Catat Ulasan