Isnin, 29 September 2014

SURAT UNTUK HAJI HADI







PENYERAHAN SURAT

PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN

Kepada 

PRESIDEN PAS

YB DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG

Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).  Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang  yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.

Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:


Serahan Surat 
‘PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN’ Kepada YB Presiden PAS

Tarikh:
30 September 2014 (Selasa)

Masa:
10.00 Pagi

Tempat:
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
(Di Hadapan Pintu Utama)



Sekian. Terima kasih.

Syukri Razab

Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)

----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah ingat hadi awing ada masa nak baca ke... dia sedang sibuk cari fatwa pil kuda

Tanpa Nama berkata...

Saya salah seorang yang menyokong PR semasa PRU13 yang lepas berasa berbesar hati jika TGHH berhenti terus dari memimpin PAS jika mahukan PR bergerak kehadapan ,tidak perlu saya jelaskan parti mana yang saya sokong memadai dengan menyatakan harapan saya untuk melihat PR berjaya mewaskan UMNO dalam PRU14 nanti oleh itu biarlah apa yang telah berlaku itu berlalu dan pimpinan PAS mesti ditukar jika mahu anak muda dan bukan melayu menyokong PR.

Tanpa Nama berkata...

Setahu gue kotebengkok yg meyumbang krisis berpanjangan.

Tanpa Nama berkata...

Hadi tak akan pegang pun memo tu apalagi nak baca kalau anak muda yang menghantarnya. Lain lah kalau Muhyideen atau Najib yang mengutus memo, tak pakai kain pun Hadi akan meluru keluar untuk menerimanya dan siap cium tangan lagi. Terlupa kah, zaman sekarang pun ulama terpaksa jual fatwa dan amanat untuk cari sesuap nasi?

Tanpa Nama berkata...

PAS ni parti biol dan sengal dari dulu lagi. Aku harap PASMA ditubuhkan ni memberi nafas baru untuk aku join. Berkali2 dah mengundi PAS, mmg habis duit dan habuk pun x dapat.

Bukan tujuan aku nak dapat habuan drpd PAS. Tahu dah pun mmg x dpt apa2. Tak mungkin PAS mampu bagi dekat seluruh keluarga aku walaupun sepuluh sen sebulan. Bukan juga kerana aku suka ulamak PAS. Atau aku pun nak jadi ulamak. Bukan..bukan dan bukan.

Tapi kerana hal nak jatuhkan BN. Ini tujuan utama aku.

Tapi kalo Haji Hadi ni terus memimpin PAS, selagi Nik Abduh dok buat kacau daun, selagi Timbalan MB Kelantan ada dok tercokoh buat aku jadi rasa nak bagi penampar jer..dan juga..dan juga..Lebai Hantu masih dgn cita2 nak PAS menang di Perlis..serta..serta.. majlis ulamak2 kampung dan kiyai2 pondok yg saban hari membuta tuli menyokong tuang presideng... mmg mengecewakan..

Hanya TGNA dan Ustaz Fadhil yg berterusan cool. 2 ikon ini mmg membuatkan PAS hebat. Tapi apakan daya, PAS sudah tiba zaman malapnya.

PAS akan terus survive walaupun mcm sial dan biol. Rata2 professional join PAS kerana 2 faktor tadi. Bukan kerana Allah mahupun mana2 tokpekkong.