Isnin, 13 Oktober 2014

BILIK KABINET 27 OKTOBER INI






BILIK KABINET

PR sokong Gerakan Hapus Akta Hasutan, seru meriahkan majlis makan malam 27 Oktober

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan komitmen penuh dan akan membantu Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH) untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Jamuan Makan Malam Mengumpul Dana GHAH tersebut akan diadakan pada 27 Oktober 2014 bertempat di Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), bermula jam 8.30 malam.
Majlis Makan Malam itu nanti akan diserikan dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan.
Selain bacaan puisi oleh beberapa nama yang akan diberitahu kelak, persembahan teater arahan Hishamuddin Rais bertajuk Bilik Kabinet juga akan dipentaskan.
Bilik Kabinet merupakan kesinambungan kepada teater Bilik Sulit yang telah dipentaskan di hampir seluruh negara, termasuk di United Kingdom beberapa  bulan lalu.
Tiket Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan berharga RM100 (biasa), RM500 dan RM1,000 (utama) dan mereka yang berminat untuk mendapatkannya boleh menghubungi Sekretariat GHAH di talian 019-446996 (Azhar) 011-23434563 (Mokhtar) dan emel ke alamat abuazwan@gmail.com atau menghubungi Ibu Pejabat PAS. – Roketkini.com

KAH KAH KAH
sebuah lagi
teater melawam
untuk habuan
sesiapa prminat bik mama

KAH KAH KAH


---------

Tiada ulasan: