Khamis, 16 Oktober 2014

INI ACUAN MALAYSIA






KOMENTAR

kita tunngu dan lihat
biasanya di malaysia
kes yang melibatkan samseng
kes yang melibatkan tokan dadah
kes yang melibatkan kongsi gelap
kes yang melibatkan penyuludup
kes yang melibatkan gengster
kes yang melibatkan towkay lendir
akan hilang bagitu sahaja
fail hilang
saksi hilang
tak ada siapa yang didakwa
atau ditangkap
ini kerana kongsi gelap
samseng memiliki jaringan yang amat kuat
dengan pihak yang memiliki kuasa

ini berbeza dengan tindakan polis
terhadap aktivis ngo
terhadap pemimpin pelajar
terhadap pemimpin parti pembangkang
terhadap agamawan  bukan kaki bodek  
polis akan menangkap dengan serta merta
polis akan masukan mereka ke rumah pasong
cekap dan pantas

dengan cekap mereka akan didakwa
dengan pelbagai jenis tuduhan

tak caya?
najib yang terlibat kes bunuh altantuya
sampai hari ini tidak didakwa

Letupan bom: Ah Hai tampil beri keterangan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Polis menemukan petunjuk baharu apabila individu yang dicari bagi membantu siasatan kes letupan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang di sini, Khamis lalu, tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ah Hai atau nama sebenarnya Lim Beng Hian, 53, yang dipercayai saksi penting bagi kes itu hadir memberi keterangan selama hampir tiga jam pada pukul 9 malam, iaitu selepas beberapa hari usaha mengesannya dilakukan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajudin Md. Isa berkata, berikutan perkembangan baharu tersebut, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengenal pasti suspek terlibat.

"Lelaki itu juga didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Kita percaya melalui keterangan dia, polis dapat petunjuk baharu dalam siasatan kes ini.

"Kita telah melihat beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sudah mengambil keterangan 17 saksi lain bagi membantu polis mengesan suspek yang bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.25 pagi, akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap, seorang maut sementara 12 lagi termasuk empat pelancong asing cedera akibat terkena letupan salah satu daripada dua butir bom tangan yang dilemparkan di hadapan kelab malam tersebut.

Kedua-dua bom tersebut dipercayai dibaling dari tingkat dua bangunan hotel berkenaan yang merupakan tempat letak kenderaan namun bom pertama yang dibaling tidak meletup dan bergolek di bawah sebuah kereta Toyota Camry, kemudian bom kedua yang dibaling meletup dan menyebabkan seorang maut dan 12 lagi cedera.

Dalam perkembangan lain, jelas Tajudin, terdapat dua lagi mangsa yang masih menerima rawatan manakala mangsa lain sudah keluar daripada hospital.

"Kita juga mengharapkan kerjasama daripada mana-mana klinik atau hospital swasta yang ada menerima dan memberikan rawatan kepada mana-mana pesakit yang cedera akibat terkena serpihan bom untuk tampil membuat laporan atau memberikan maklumat kepada mana-mana balai berhampiran bagi memudahkan pihak polis menjalankan penyiasatan berhubung kejadian ini.

"Malah, kita minta individu yang cedera atau mengalami kerosakan harta benda semasa kejadian tersebut, jangan takut dan tampil membuat laporan berhubung kecederaan dan kerosakan harta benda di mana-mana balai berhampiran," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141015/dn_08/Letupan-bom-Ah-Hai-tampil-beri-keterangan#ixzz3GBE2emAt
© Utusan Melayu (M) Bhd 




----------

1 ulasan:

C++ berkata...

Bhai TT...

Lu bayangkan la.... Otai Kongsi Gelap boleh selamba jer pi balai bagi keterangan... lepas tue boleh keluar senang-senang jer tak kena tahan....

Maknanyer.. Ali Abdul Jalil lagi gengster dari Ah Hai nih... pasai dier tak sempat keluar dah kena gari balik....

Hahahaha