Khamis, 20 November 2014

BERI TAHU AMERIKA



KOMENTAR
beri laporan
pada jabatan kewangan amerika
rosmah dan najib
bawa lari duit masuk amerika
guna filem sebagai laundry



LAPORAN KEPADA KETUA AUDIT NEGARA DAN GABENOR BANK NEGARA UNTUK MULA SIASATAN TERHADAP 1MDB

Saya telah mengajukan 4 soalan rasmi bagi siding Dewan Rakyat kali ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pelaburan 1MDB dari Najib Razak. Hari ini, saya mendapat jawapan dari Najib Razak bagi soalan no. 38 yang saya ajukan.

Malangnya, Najib Razak tidak memberi sebarang jawapan malah menyalin bulat-bulat (“copy and paste”) perenggan yang sama dalam soalan-soalan lain berhubung 1MDB setakat ini. Jawapan Najib  Razak mengenai perkara ini adalah seperti di bawah yang diulang dalam soalan-soalan lain:

“1MDB memastikan fi dan perbelanjaan adalah dinyatakan dengan betul di dalam penyata kewangan yang telah diaudit. Apa-apa maklumat lain yang telah dinyatakan di dalam penyata kewangan adalah milik persendirian (proprietry) syarikat”

Keengganan  Najib  Razak memberi maklumat mengenai pelaburan 1MDB adalah satu penghinaan kepada Dewan Rakyat. Namun, perkara yang lebih membimbangkan saya ialah keengganan itu memberi gambaran ada sesuatu yang perlu disembunyikan.

Oleh kerana skandal 1MDB ini membawa risiko besar kepada kedudukan kewangan negara dan Najib Razak menyembunyikan maklumat dari rakyat, saya percaya masanya telah tiba supaya institusi-institusi utama negara mengambil tindakan untuk campur tangan dalam menentukan di mana dan ke mana dana rakyat yang diambil 1MDB ini.

Maka, pada hari ini saya akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara, i Ambrin Buang untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB bagi menentukan apakah risiko yang dibawa oleh 1MDB kepada tanggungan hutang Kerajaan Persekutuan setakat ini, mengambil kira prestasi kewangan 1MDB setakat ini.

Saya juga akan menulis secara rasmi pada hari ini kepada Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz supaya memulakan siasatan terhadap aliran dana dan pemindahan dana keluar masuk negara yang melibatkan 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act). Mengikut peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) yang diterima pakai secara bersama di seluruh negara, sebarang aliran dan pemindahan wang keluar masuk sesebuah negara perlu diisytiharkan dengan maklumat terperinci mengenai latar belakang pemindahan itu seperti dari mana wang itu datang, siapa yang menguruskan wang itu, syarikat mana terbabit, untuk apa wang itu digunakan dan lain-lain.

Saya yakin Zeti Akhtar Aziz akan membuat tindakan yang betul dengan menyiasat dan mengumumkan butiran dana 1MDB yang sebelum ini sering kali dipindahkan ke seluruh dunia.

Jika saya tidak mendapat sebarang maklumat dari Bank Negara Malaysia, saya akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan serupa di Hong Kong, Singapura dan Switzerland agar siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) juga dimulakan di negara-negara ini terhadap 1MDB.

Saya akan mengedarkan surat-surat yang dihantar kepada Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara Malaysia menjelang akhir hari ini.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan


KAH KAH KAH

woit
biar najib dan rosmah
kena tangkap di amerika
taik terjulur julur
akan lari lintang pukang

KAH KAH KAH

----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lahanat lahanat mana boleh kena tangkap ?

lahanat naik virgin space roket tingal kat Planet Marikh makan kangkong lah...

Lahant lahant bukan bahalol tau...

alfaberlian berkata...

Dalam menagnagi isu nasional Rafizi Ramli dilihat juara tetapi tidak bagi isu MB Selangor dari saekor hero terus menjadi zero.