Persoalan itu dibangkitkan memandangkan pegawai tersebut bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tahan kerja, sebaliknya ditukarkan serta-merta ke salah sebuah maktab PDRM dengan menyandang pangkat yang sama.

   SOAL SIASAT 
sedang dilakukan 
terhadap komputer
pegawai polis sedang sibuk
 menyedia siasatan
untuk mendakwa komputer
 ini di mahkamah 


Sebuah portal berita jenayah malaysiancrime.blogspot.com yang paling aktif melaporkan kejadian penahanan pegawai tersebut mendakwa tindakan PDRM itu menjadi bualan dalam kalangan pegawai dan anggota memandangkan penahanan pegawai itu yang bertugas di salah sebuah cawangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapat liputan meluas media pada 10 November lalu.

Berdasarkan laporan media, penahanan itu dilakukan selepas 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan 

menjalankan risikan selama setahun. -