Isnin, 24 November 2014

PROJEK TIPU MELAYU







KERAJAAN HAPUS SUBSIDI TETAPI JAMIN KEUNTUNGAN SYARIKAT MINYAK

Saya dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial. Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter.

Saya mengalu-alukan jawapan itu kerana ia mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.

Penetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh YB Khairy Jamaluddin):

1.      Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.
2.      Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran
3.      Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak
4.      Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)
5.      Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)

Ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.

Segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak. Lebih dari itu, Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.

Sebelum ini, rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak. Dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.

Sebab itu saya terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.

Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?
   
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan


----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Projek tipu melayu dah kantoi.Ada barua-barua dan macai gerombolan penyamun umnongok kata harga petrol dan diesel adalah kena mengambil kira kos memproses.Bila lama-lama merompak dan temberang,nampak nyata yang apa yang diwar-war adalah nak tipu melayu,makcik dan pakcik felda.Harga mestilah dikira selepas siap proses.Ada yang kata harga tu harga minyak mentah.Ada macai suruh orang guna minyak mentah kalu nak murah,nampak sangat nak menipu.Harga akhir atau end user price mestilah di kira selepas siap diproses.Jangan jadi macai bodoh kepala lembu yang harga di kira sebelum minyak diproses. nampak sangat barua-barua ni nak tipu melayu.

Tanpa Nama berkata...

1Bahalol cium Keris nak sembelih ayam kampong ke ???

Cium cium Keris saja boleh tolong Bangsa ke ?

Tanpa Nama berkata...

Untung tokey minyak, balak, judi, lendir dan arak dijamin oleh kerajaan Negara Islam bawah pimpinan Melayu Islam dgn penasihat online Tuhan mufti-mufti wal sunnah wal jamaah wal wasatiyyah wal raswah...untung rakyat dapat subsidi macam bagi kucing kurap kepala ikan main baling2...esok PAU menangislah pada kebangsatan bangsa Melayu dan kebodohan Melayu tidak menghumban pimpinan hamba tokey kapitalis ini ke tempat asal mereka PRU lepas...longkang dan lubang jamban..

Tanpa Nama berkata...

.....heran gak ye, mcmne harga minyak kt negara brunei dan pengeluar minyak yg lain masih murah wpun ditukar ke ringgit malaysia....pukimak menteri malaysia

Tanpa Nama berkata...

Mmg menteri2 m,sia dari BN ni jenis keturunan PUKIMAK SIALL!!!!