Selasa, 6 Januari 2015

GASAK SAMPAI TERBARAI





Pesawat rasmi negara keliling dunia pada 

kos RM500,000, kata PKR

Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000, dakwa PKR hari ini.
Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut didakwa menggunakan laluan Honolulu - Los Angeles - Indianapolis - Los Angeles - New York - Dubai - Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur.
"Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!
"Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain," kata Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam analisa yang dijalankan Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.
Lee juga mendesak penjelasan siapa "individu misteri" yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut.
"Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya 'pulang' ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.

"Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab," katanya.
Lee juga berkata, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.
"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir," katanya.
Jet rasmi kerajaan kontroversi tersebut akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.
Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia kerana percutiannya dipendekkan.
Putrajaya juga sehingga hari ini tidak menjelaskan tentang individu yang menggunakan pesawat rasmi tersebut. –
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-rasmi-negara-keliling-dunia-pada-kos-rm500000-kata-pkr#sthash.KMcijKny.dpuf

---------------

5 ulasan:

Panglimo Potaseh berkata...

yolah nasib baik kak Ros kito poe melancong maso minyak hago rondah, US 50 satu tong, kalau dio poe maso minyak tongah naik mau abeh RM 1.5 juta. Makno eaa kak Ros kito sambee melancong dio dapek jimat RM 1 juta tuu. Timo kaseh kak Ros..esok luso bila minyak turon laee melancong lah laee yoo..pis yoo

Tanpa Nama berkata...

munke kata gst boleh guna utk rakyat kah kah kah... utk kak ros seorang pun cukup kah... baik kita semua serah apa yg ada utk mereka sekeluarga... nafsu kuat sangat sampai satu msia tak cukup... punah woit punah... malapetaka demi malapetaka menimpa negeri ni woit...kah kah kah... rakyat tak boleh mare kerana sudah dijampi kah kah kah... kena nasi kangkung kangkang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Undilah BN

Tanpa Nama berkata...

Melayu totok apa peduli semua ni, nak rembat duit berbillion ka.. rembatlah.. Nak naikkan harga barang ka.. naikkanlah.. Rakyat nak makan rumput ngan cicak ka.. makanlah.. Biar diri sendiri jadi cashier supermarkat atau petrol station, pun xper.. gaji ciput pun xper.. tinggal dalam lubang najis pun xper..

Asalkan Malaysia aman dan tak dak perang.. kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

puak penyamun yang guna harta Negara. memang akan celaka dunia akhirat.