Selasa, 6 Januari 2015

NASI PANGGUNG




NASI PANGGUNG 

JAM 2  Pagi, Isnin, 5 Januari 2015;
Tim DapurJalananKL telah  berangkat ke Kuala Krai,
membantu menyediakan makanan panas di sana,
keperitan mereka, adalah keperitan kita bersama
bersama mengembalikan senyuman pantai timur
solidariti untuk kawan-kawan sejiwa, sebangsa di pantai timur!

DATANG MEMBANTU
Menu & kontributor di Jalan Panggung minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Tomyam Ayam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim PowerPuff girls - Bubur Kacang
Wardina Sekeluarga - Sandwich /Kueh
Qish Awek Cun - Kueh Sayur / Kek Oren

Anak semua bangsa; bersolidariti. berkerja bakti & buat ramai:-
Syu, Quratul, Aisyah, Ajimmon, Haziq, Tn Syed Syahir
Fitrah & Tim Recycle, Tim PowerPuff Girls, Brader Aznil
Bebe, Azira, Nani, Szeming & Tim #OpsKualaKrai, Paramjit,
Wardina Sekeluarga & Dr Maszlee Sekeluarga, Bonai Sekeluarga
Hijrah, Azen, Paan, Hakim, Acap & Tim BangsarBoys
& semua yg hadir, berkongsi kasih, bersetiakawan di Jalan Panggung!

SAMA MEMBANTU

 Tim Dapur Jalanan KL #OpsKualaKrai akan bergerak ke Kuala Krai Jam 2 pagi; 5 Januari 2015. Merancang akan kesana selama 7 hari, menyediakan masakan panas untuk mangsa bencana disana. Di sana, diceritakan, masih ramai yang kelaparan, menantikan hidangan buat alas perut. Harapan agar semua berjalan lancar, sedikit sebanyak usaha dapat mengembalikan senyuman anak semua bangsa di Pantai Timur. 

Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

DATANG MENOLONG

++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 
ezzuandi 019-2671285 
atau Hadi Khalid 012-6648873

Sejiwa, Sebangsa, Keperitan mereka, keperitan kita bersama!
Solidariti untuk Pantai Timur

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
4 Januari 2015




-------------

Tiada ulasan: