Khamis, 3 September 2015

PARTI ANAK SEMUA BANGSA






PARTi ANAK

SEMUA 

BANGSA

BANGSA

 SEMUA 

AGAMA


35,000 borang keahlian habis dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa diterima Parti Pekerja Malaysia apabila 35,000 borang keahlian yang dicetak habis dalam masa tiga hari selepas parti itu dilancarkan semula.

Setiausahanya, Anuar Tahir berkata, ketika ini mereka sedang melakukan cetakan borang baru untuk diedar ke beberapa negeri lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Sambutan luar biasa, kami juga terkejut kerana baru sahaja pelancaran rasmi dibuat sudah ramai yang berminat.

"Kita dalam proses mencetak borang keahlian baru dan dijangka dalam tempoh sebulan ini kita boleh capai 50,000 keahlian," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya adakah 35,000 borang itu sudah diisi dan diserahkan semula kepada pihak parti.

Beliau berkata, sebahagian besarnya sudah dikembalikan kepada parti bagaimana masih belum mendapat angka rasmi.

Menurut Anuar, pada 16 September depan Parti Pekerja Malaysia akan bertukar nama kepada Parti Amanah Negara.

"Kita sudah mengemaskini proses perundangan bagi penukaran nama parti. Setakat ini itulah nama yang diputuskan (Parti Amanah Negara)," katanya.

Tambah beliau lagi, keahlian yang diterima kebanyakan adalah bekas ahli Pas dan daripada Dewan Himpunan Penyokong  Pas.

"Majoriti yang masuk parti kita ada Melayu,  kedua India dan sebilangan kecil sahaja Cina. Walaupun membawa wadah Islam namun kita terbuka pada semua kaum," katanya.




----------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah

Bila minda Rakyat Terbuka maka susah lah si MAT BAHALOL nak MENIPU sampai masok KUBOR

Macam mana MAK BAPAK boleh ada anak macam MAT BAHALOL aka MAT MONGOL perlu di kaji oleh Prof Prof tempatan.

Pandangan 2 sen saja.

pas kodiang berkata...

ok ok rasa nya ghb/pan akan dapat keahlian setiap lapisan mayarakat semua bangsa-bangsa seantaraio malaysia.. rasanya ahli yang berdaftar melebihi dari 28 juta rakyat malaysia... dari menusia termasuk haiwan2 n pokok2 seantario negara dari perlis hingg sabah... dahsyat2...kagum2... memang power kepala bendera hitam dari karbala yg mengetui ghb ni...up grade dari kes hotel perdana dgn norma bini polis ke tetek amoi bersih 4... aku takan lupa sejarah dia... ayam sabung...maka memang confirm darah pahlawan ... isham tolong kuar le coment aku

Tanpa Nama berkata...


Jangan impot budaya UMNO kedalam parti politik ni.

Dan jangan impot budaya baling kerusi dan buat meja terbang seperti MIC.



Unknown berkata...

Yong salah seorang yang kecewa. Walaupun Yong turut menyokong GHB, tapi tak dapat borang lagi. Harap dapat isi borang the next bach.

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah...kah..

Padan muka Hadi pil kuda.Pegilah kau jadi kafir macam umngok.Dulu kau kata umngok parti kapir sekarang lu sudah tido sama umngok lu pi kapir la.Lu ingat kita semua sudah mati ka.Mana itu janji "Amanat haji Hadi 1980?"Kah..kah...kah... Umngok parti kapir.kah...kah...kah...

Padan muka lu juga Aeoron jin.kah...kah....kah...

Tanpa Nama berkata...

Cina kurg sbb dah ada dap. org india ramai sbb kesemua parti india adalah bn. pilihan baru ini memberi peluang pd org india utk keluar dr kepompong bn.

bila pula ahli pkr nak berbondong2 masuk ni? sikap pkr nak berkawan dgn semua org akan membawa pada buruk. tak kan nak berkawan dgn musuh (umno) dan pengkhianat (pas)?

kalau nak elakkan perpecahan melayu, pkr kena semak balik pkr tu parti apa. tian chua tu melayu? surendran tu melayu?

apa yg pas dah lakukan adalah asas kukuh utk disisihkan. takkan nak tunggu hadi ludah muka kak wan baru nak tendang pas keluar? dap belum bersuara lg tu...