Sabtu, 21 November 2015

KESAH KELUARGA PENYAMUN







SIRi KESAH

KELUARGA

PENYAMUN

DiTERUSKAN

LAGi





Beg Hermes Maira untuk kenduri Daniyar, Nooryana?

Dokumen mahkamah di Manhattan, New York, menyatakan beg tangan Hermes yang dibeli - dan tidak dibayar - Daniyar Kessikbayev dan ibunya Maira Nazarbayeva digunakan sebagai hadiah di majlis perkahwinannya dengan Noryaana Najwa Najib.

Maklumat yang terkandung dalam saman sivil difailkan Presiden Samilor Enterprise, Bella Belkin pada 18 November lalu menyatakan, Daniyar dan Maira sudah membeli tujuh beg Hermes dari kedai mereka tetapi enggan membayarnya.
Dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini menyebut: "Berdasarkan maklumat dipercayai, defendan (Maira dan Daniyar) menggunakan barang disenaraikan dalam perjanjian itu untuk kegunaan peribadi. Secara khusus, mereka menyimpan sebahagian daripada barangan itu untuk kegunaan sendiri dan yang lain diberikan sebagai hadiah semasa majlis perkahwinan Daniyar."
Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Rosmah Mansor itu pada 28 Mac lalu di Kuala Lumpur, manakala majlis bertandang sebelah pengantin lelaki berlangsung pada 18 April di Almaty, Kazakhstan.
Dokumen mahkamah itu menyatakan, dengan mengambil beg tangan mahal tanpa membayarnya, defendan bertindak tidak adil terhadap Bella.
Justeru, Bella memohon pampasan daripada defendan, termasuk menuntut ganti rugi serta bayaran tertunggak bernilai AS$401,912.50 (RM1.72 juta) bagi tujuh beg Hermes yang dimiliki pasangan anak beranak itu.

KAH KAH KAH
woit
ini betul keluarga penyamun
naik kapal terbang
pakai kapal terbang kerajaan
kenduri bertuang
kerajaan yang bayar
tak cukup duit nak kahwin
rembat dari SRC INTERNATIONAL
tak cukup lagi rembar 1MDB
beli beg hemers tak bayar
woit
kah kah kah
lanun anak beranak
penyamun menanti besan
kah kah kahhwin rembat

ROMPAK LAGi


-------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sambung lagi kesah lawak keluarga cekai mekai ni oi.Bakal jadi cerita kult classic susun lagi.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana MAK BAPAKbboleh tak ajar anak anak mereka jadi Orang Betul nih ??????

Semua nya lahanat saja tau tau nak lahap FREE

Kepala Otak !!!!!!!

Naza berkata...

Agak2 sebelum kawin rembat dulu dak?... Hehehehe... Bapak mak anak menantu besan spesis sama pa.... hahahaha

Pemandang berkata...

Betul la tu dia ajar...
Ketam kan.

Tanpa Nama berkata...

ni habuan sejak dari muda remaja kejarkan kelas atasan umno. masa tu puteri takda lagi. bila ada puteri lagi rambang mata. tak pandai tak pe, janji tonjolkan aset diri anugerah tuhan yang maha esa. anugerah tuhan wajib dimanfaatkan asal keinginan dan hajat mewah dipenuhi.ni sume keje tuhan, kalo tuhan tak benarkan, pasti tak jadi macam ni..ayat2 ini akan kuar dari mulut perawi2 serban merah hijau yang tebal dan panjang, agar serban dpt digunakan utk mencuci kasut perompak dan digunakan juga utk menutup hasil rompakkan mewah penguasa.