Rabu, 3 Februari 2016

66 ORANG KONTROL DUNIA INI









 66 ORANG KONTROL DUNIA

Dalam tulisan yang lepas-lepas saya telah menerangkan apa itu Daulah Terpendam- deep state. Saya telah juga menerangkan apa itu Salah Bendera - false flag. Saya juga telah menerangkan apa makna mengolah persetujuan.

Saya juga dengan dengan tuntas telah menerangkan bahawa politik ialah ekonomi. Pertempuran politik atau perlawanan politik ialah perebutan punca-punca ekonomi. Dari awal wujudiah manusia - yang menjadi dewa pemandu manusia ialah ekonomi. Justeru umat manusia ialah umat ekonomi.

Gagal memahami peranan ekonomi sebagai jurumudi kehidupan menusia maka segala analisa politik, segala tulisan tentang politik adalah tempang dan lompong. Analisa tentang para pemain politik juga penting tetapi adalah lebih penting untuk memahami siapa dan apa dibelakang sosok-sosok para pemain politik ini.

Saya ulangi pekara diatas kerana saya amat yakin akan kedatangan ledakan ekonomi tidak lama lagi. Tanda-tanda kesampaian ledakan ini semakain jelas. Justeru ianya mewajibkan saya untuk memberi penerangan sajelas mungkin agar kita semua bersedia.

Saya mahu pembaca sedar dan dapat melihat setiap babak dalam dunia ini dari kaca mata yang baru. Melihat dengan padangan yang kritikal. Melihat dengan analisa yang berpandukan kepentingan ekonomi.

Juga saya berharap hasil dari pencerahan ini , para pembaca tidak secara senang akan menerima ucapan atau cakap dari mana-mana politikus, dari mana mana Mufti, pemimpin agama, mana mana ahli politik kendati pun si Polan itu bernama Najib atau si Polan itu berpangkat Ketua Polis Negara.

Lagi besar pangkat mereka lagi banyak kepentinagn ekonomi dalam saku mereka. Lagi besar pembohongan dan putar alam yang akan mereka lafazkan. Ini hakikat politik di Malaysia hari ini. Ini bukan satu hasutan

Kerana ini saya telah dan akan terus menerangkan apa sebenarnya dibelakang krisis ekonomi yang sedang berlaku hari ini. Saya memberi latar belakang agar ianya dapat dilihat dengan jelas dan tuntas.

Saya melihat banyak projek salah bendera telah dipentaskan. Banyak lagi sedang dirancang dan diatur oleh daulah terpendam. Setiap projek salah bendera bertujuan untuk mengolah persetujuan orang ramai. Persetujuan orang ramai diperlukan agar tidak berlaku huru hara yang tidak disusun.

Kata kunci disini ialah - huru hara yang tidak disusun. Ini bermakna daulah terpendam sentiasa mementaskan huru hara dengan tersusun untuk tujuan mengolah persetujuan. Huru hara yang tidak disusun memungkinkan berlaku pemberontakan kaum tertindas. Jika ini berlaku ianya akan merugikan kelas yang kaya. Huru hara memungkinkan lahir revolusi yang berpotensi untuk mengubah sistem kapitalis yang wujud. Jesteru sebelum rakyat tertindas memilik kesedaran politik untuk bangun memberontak lebih baik didorongkan mereka membuat huru hara lebih awal - huru hara tanpa tujuan.

Contoh terbaik ialah Demo Baju Merah, atau Trajedi Low Yatt atau apa yang terjadi dikedai talipon di Kota Raya. Semuanya diatur oleh daulah terpendam. Dibelakang Baju Merah ialah daulah terpendam yang menyusun huru hara yang akan melahirkan keputusan dimana kepentingan orang kaya akan terus terjamin.

Hakikatnya projek salah bendera dipentaskan oleh daulah terpendam sebagai wayang kulit untuk memperkokohkan keyakinan kita semua bahawa kita duduk dalam negara bernama Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi berparliman bermakna kita ada hak bersuara melalui parlimen untuk menentukan arah mana negara ini wajib dikendalikan.

Tapi di Malaysia dan dibanyak negara dalam dunia ini yang wujud hanyalah prosedur demokrasi. Prosedur demokrasi bermakna kita memiliki prosedur untuk demokrasi. Kita ada prosedur untuk pilihanraya - ada parlimen - ada Dewan Rakyat, ada Dewan Negara, ada Dewan Negeri, kita juga ada lembaga saperti SPRM, ada Peguam Negara, ada PDRM, ada mahkamah dan pelbagai lembaga daulah. Malah jika kurang yakin - Malaysia juga ada SUKAHAM.

Lembaga-lembaga ini diwujudkan untuk melahirkan ilusi bahawa kita bebas. Bahawa kita mengamalkan demokrasi. Walhal semuanya ilusi. Semua ini hanya topeng. Lembaga-lembaga ini dipilih, dilantik dan dinobatkan oleh kumpulan elit politik dan elit ekonomi yang mengkontrol Malaysia.

Justeru mustahil Peguam Negara yang dilantik oleh Najib akan mengeluarkan kertas dakwaan terhadap Najib dalam kes duit 2.6 bilion ringgit. Atau Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keterlibatan Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Atau Peguam Negara membuat rayuan terhadap kes rasuah lembu - suami Shahrizat. Sampai hari kiamat pekara-pekara ini tidak akan berlaku.

Dalam dunia kapitalis hari ini demokrasi dijadikan topeng oleh satu kumpulan elit ekonomi dan elit politik. Ianya bukan hanya berlaku di Malaysia. Di Amerika, di Australia, di Canada, di New Zealand - pekara yang sama berlaku. Di satengah negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika - mungkin lebih terok lagi. Tidak ada sandiwara pilihanraya , tidak ada ilusi demokrasi. Tidak apa topeng-topeng. Kuasa dimiliki oleh elit politik dan elit ekonomi melalui rampasan kuasa.

Contoh yang paling jelek lagi memualkan ialah negara Saudi Arabia dimana elit politik dan elit ekonomi mendapat kuasa dengan menjual nama Allah, nama tuhan dan agama. Ini hakikat bukan fitnah.

Elit politik dan elit ekonomi sama ada di Amerika, Canada atau di Malaysia akan mementaskan sandiwara demokrasi dan wayang kulit untuk terus berkuasa. Dengan kuasa ditangan mereka maka mereka akan mengawal ekonomi untuk terus bermewah dengan harta kekayaan dunia.

OXFAM - sebuah Ngo anti-kemiskinan yang berpusat di United Kingdom telah membuat satu kajian. Oxfam telah mengumumkan kajian dimana dalam tahun 2010 seramai 66 orang ( enam puluh enam shaja) yang terkaya dalam dunia ini telah menambah 44% harta harta kekayaan mereka untuk menjadi 1.76 trilion dolar.

Jumlah harta 66 orang ini sama dengan jumlah harta 3.5 bilion warga dunia ini. Ini fakta bukan fitnah atau hasutan dari Hishamuddin Rais.

Sosok-sosok ini bersama syarikat milik mereka berjaya menggunakan hukum dan hakam untuk ‘menyorokkan’ 7.6 trilion dolar. Justeru mereka berjaya melarikan diri dari cukai. Jumlah cukai yang dilarikan ialah 160 bilion dolar.

Ini juga bukan kenyataan yang berbau hasutan tetapi fakta dari Oxfam yang dilaporkan oleh Al-Jazerra pada 8 Januari lalu.

Saya memaparkan laporan Al-Jazeera ini untuk membuktikan bahawa dibelakang ahli politik, dibelakang semua yang sedang berlaku dalam dunia ini wujud Pak Dalang yang memainkan peranan untuk mengolah, untuk mewarna, untuk melakar perjalanan dunia kita hari ini.


Kuasa yang dimiliki oleh 66 sosok ini cukup besar. Mereka memiliki dan mengkontrol apa sahaja dalam dunia ini. Mereka ada kepentingan dalam apa sahaja perniagaan dalam dunia ini. Contoh terbaik dalam dunia hari ialah kewujudan 6 buah syarikat media gergasi. Syarikat media ini mengkontrol dan memiliki 90% media Amerika justeru 6 saluran media ini dapat mempengaruhi berita dan budaya dunia.

Jika media yang mereka kontrol melaporkan Isis telah menyerang Jakarta - maka semua berita dunia akan melaporkan Isis menyerang Jakarta. Jika media milik mereka melaporkan Isis bergerak di Malaysia maka semua media dunia akan melaporkan Isis sedang bergerak di Malaysia.

Dunia yang wujud hari ini adalah milik kaum kapitalis. Elit politik dan elit ekonomi global berkerjasama dengan elit politik dan elit ekonomi tempatan untuk memiliki, mengawal dan mengkontrol semua punca-punca ekonomi.

Justeru menanda tangani TPPA ialah contoh terbaik dimana elit politik dan elit ekonomi Malaysia telah bersekongkol untuk mengadaikan Tanah Melayu kepada elit global. Lihat bagaimna elit politik tempatan menjadi barua juru jaja TPPA. Dari nama Allah hingga ke nama Dewa digunakan untuk mengolah persetujuan dan menipu Bani Melayu.

Justeru pertempuran yang akan datang ialah pertempuran antara 66 Orang Terkaya bersama berbilion rakyat dunia.Yang miskin jelas berjumlah ramai. Yang kaya sadikit. Pasti yang berjumlah ramai dapat mengalah yang sadikit. Sabar dulu. Dinilah munculnya daulah terpendam, salah bendera dan strateji mengolah persetujuan.

Dari sinilah juga muncul ISIS. Gerakan yang mahu mewujudkan kembali apa yang mereka panggil negara berkhalifah. Mimpi Isis untuk mewujudkan gaya hidup saperti 1500 tahun dahulu - gaya hidup umat manusia sebelum wujudnya Internet dan Brickfields.

Sekali lagi saya nyatakan disini bahawa Isis dieram, menetas dan dibesarkan oleh CIA. Saudi Arabia dan Qatar memberi dana untuk membeli senjata dari Amerika. Manakala Turki juga menyokong lojistik membawa masuk sukarelawan dari merata tempat. Justeru - di Malaysia penyokong Isis yang ditahan semuanya berniat hendak terbang atau pulang dari Turki.

Saya pungut maklumat Isis dari laporan New York Times pada 21 Jun 2012 dahulu. Malah pada 12 Ogos 2012 Difense Intelligence Agency (DIA) - salah satu lembaga risikan milik Amerika telah memberi laporan betapa perlunya satu gerakan Salafi didirikan di Hasakan dan Derr Zor ( wilayah timur Syria). Strateji SALAFI Amerika ini bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Basheer al-Assad di Damsheik. Ini bukan fitnah ini laporan resmi dari lembaga risikan Amerika pada tahun 2012 lagi.

Ketika saya meggarap tulisan ini seramai 4,801 soldadu dan pegawai tentera Amerika telah gugur di Iraq. Di Afghanistan seramai 3,487 - soldadu dari pelbagai negara barat telah tewas. Setakad ini perbelanjan perang di Iraq dan Afghanistan ialah 1,667.133,934,508 dolar Amerika. Jumlah warga Irag yang mati dibunuh dalam perang Iraq ialah 1,455,590.
Semua ini adalah angka-angka resmi. Angka yang tidak resmi mungkin lebih dari ini. Lalu persolan timbul - kenapa semua ini berlaku? (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



------------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lancou tt.sambung la tgh syok baca stop pulakkkkk.kahkahkahkah

Johan berkata...

TT bila menulis memang pembaca akan terlena. TT mesti terer ejas awek kan. Wakakaka

LKG berkata...

Tu la...cheroi betui la...baru nak pancut dah kena cabut..hampeh ngko jang

Libang Libu berkata...

Tuan TT yg budiman,

kalau menulis biarlah panjang-panjang.

Pendek macam ni punya artikel, editor Gila-Gila pun tak kasi lepas.

Teruskan!

Tanpa Nama berkata...

Ladzat.

Tanpa Nama berkata...

bro tt.. bila mau kasi keluar buku perjalan menang isa?