.

Selasa, 15 Mac 2016

MAHATHIR KE PANDAN INDAH SENIN MALAM





TUN MAHATHIR AKAN HADIR DI MUAFAKAT SELAMATKAN MALAYSIA, PADANG MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, PANDAN INDAH PADA 28 MAC 2016 (ISNIN)

YABhg Mahathir Mohamad telah mengesahkan akan hadir ke himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang pertama di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah. Pengesahan ini diberikan oleh  Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan program bagi pihak YABhg Mahathir Mohamad.

Untuk menyesuaikan jadual Muafakat Selamatkan Malaysia dengan semua pimpinan Pakatan Harapan, Mahathir,  Muhyiddin Yassin dan tokoh-tokoh lain, tarikh yang dimuktamadkan adalah pada hari Isnin, 28 Mac 2016 bermula jam 8 malam.

Himpunan ini adalah berbentuk rapat umum yang menyediakan pentas kepada pemidato, deklamasi sajak, persembahan dan pelbagai program lain. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan saya menyeru seberapa ramai rakyat yang prihatin dengan masa depan negara untuk turun menyemarakkan gelombang reformasi.

Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan sehari selepas majlis tertutup pada 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Zaid Ibrahim akan memberi ruang kepada seberapa ramai rakyat Malaysia menyertainya memandangkan jemputan ke majlis pada 27 Mac 2016 adalah terhad.

15 Mac 2016

Rafizi Ramli
Penyelaras
Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia





-------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ROAD BLOCK

Dah tentu Kepala Bapak Twiiter Negara akan....
letak road block dan pasukan Goblock..kakaka

Tanpa Nama berkata...

Hidup TUN !!!!!!!!!

Budak LOL bagi ke ???????

CASH tu power OK

Boleh Pau Pau Pau

Eh.... Mana Mat Kampau ?????