.

Ahad, 24 April 2016

LAGI KENA HALANG







Angkuh, Tidak Wajar Halang Ahli Politik Pembangkang Masuk Sarawak
 
Sejurus beberapa ahli politik pembangkang serta badan bukan kerajaan dilarang masuk ke Sarawak, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon telah dihalang masuk oleh pegawai Jabatan Imigresen serta dihantar balik dengan segera. Berkenaan dengan dihalang masuk tanpa sebab, Lee Khai Loon berasa amat kecewa dan marah.
 
Lee berkata, “Apabila sampai ke balai ketibaan, Sim Tze Tzin dan saya terus diminta untuk tunggu di dalam pejabat imigresen. Kami juga tanya kenapa tidak dihalang masuk beberapa kali tetapi pegawai tersebut enggan memberi penjelasan selanjutnya dan hanya mengikut perintah pihak berkuasa negeri. Kemudian kami telah dihantar balik ke KLIA dengan kadar segera.”
 
Lee berpendapat tindakan kerajaan negeri Sarawak adalah angkuh dan tidak wajar. Barisan Nasional telah menyalahguna kuasa pentabiran untuk menekan parti politik pembangkang.
 
Tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang rakyat menyertai aktiviti politik yang sah jelas bercanggah dengan Seksyen 67 Akta Imigresen di mana tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik. Maka, tindakan halang ahli politik pembangkang adalah tidak sah serta menjadikan imigresen sebagai alat politik.
 
Tambahan pula, tindakan menghalang ahli politik pembangkang adalah tidak popular. Mengikut laporan yang dikemukakan oleh Merdeka Centre telah menunjukkan bahawa 46% pengundi tidak setuju dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang ahli politik masuk ke dalam Sarawak.
 
Lee menegaskan bahawa hasrat rakyat adalah satu pilihanraya yang adil, bersih dan aliran info yang bebas. Larangan masuk ke Sarawak jelas bertentangan dengan prinsip adil dan terbuka. 
 
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang






-----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

balik ke ZAMAN BATU lah gaya nya

BUJANG SENANG nak senang selama lama nya

macam BON BON MAGIK


OBAMA kata ,

OH MY LOL

kampong lad berkata...

1. di sarawak sekarang takdak parti pembangkang atau pemerintah, cuma parti2 lawan.
2. jadi, atas kuasa siapa depa2 ni dilarang masuk sarawak & kenapa?

Tanpa Nama berkata...

abang isham ingat lagi tak yang maha mulia tun mahathir pernah berkata buy british last..apa kata kali ni abg isham pulak kata buy sarawak last..kahkah..pau pau mat kampau..