.

Rabu, 25 Mei 2016

MALAM INI DI BANGSAR UTAMA





MALAM INI

KULIAH

BANGSAR




JEMPUT DATANG

Pakatan politik (Political Pacts) merupakan konsep yang lumrah dalam sistem pilihanraya (Electoral Democracy). Ia bertujuan untuk merebut kekuasaan disamping menyatukan semua pihak dalam menghadapi musuh bersama (Common enemy). 

Berbanding konsep Politik/Demokrasi Permuafakatan (Consociational Democracy) seperti yang diamalkan oleh parti komponen Barisan Nasional misalnya, konsep Pakatan Politik agak bersifat sementara dan bersifta semasa, contohnya hanya ketika berhadapan dengan musim pilihan raya.

Sarjana Perbandingan Politik seperti Arend Lijphart menyatakan bahawa perkongsian kuasa dalam konteks negara beraneka budaya dan etnik lebih efektif dalam meredam pertelingkahan dan konflik domestik. Malaysia misalnya, dikategorikan sebagai negara yang agak berjaya dalam melaksanakan konsep perkongsian kuasa, sekaligus mengelakkan konflik berdarah dalam negara. 

Sebagai contoh, di negara seperti Jerman, tidak akan ada satu parti yang berjaya membentuk kerajaan tanpa perlu membentuk pakatan politik dengan parti yang lain. Hasilnya, kita menyaksikan kerjasama politik antara parti konservatif seperti Christian Democratic Union (CDU) dan parti aliran kiri seperti Social Democratic Party (SDP) di peringkat Persekutuan kini. Hasil pakatan politik akan membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada pelbagai ideologi.

Dalam sejarah politik Malaysia, pakatan politik bukanlah suatu yang baharu. Sejarah mencatatkan antara pakatan politik yang awal dalam negara ini dicatatkan pada 1947 melalui pakatan politik antara Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malaya Joint Council for Action (AMCJA) yang berhasil menganjurkan aksi hartal seluruh Tanah melayu.

Kemunculan pakatan politik yang berbagai dalam lipatan sejarah demokrasi negara seperti Barisan Sosialis, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif (BA), Pkatan Rakyat (PR) sehinggalah kepada kemunculan Pakatan Harapan (PH). Dinamika politik yang berbagai membentuk corak perjalanan demokrasi di Malaysia.

Tidak dinafikan, dalam masyarakat yang multi-racial, multi-culture dan multi-religion, multi-ideology seperti Malaysia, pakatan politik diantara parti-parti politik sangatlah diperlukan dalam membentuk kerajaan. Boleh dikatakan, tidak akan ada satu parti (single party) yang akan mampu membentuk kerajaan tanpa memerlukan usaha pakatan politik sesama mereka.

Namun, pergolakan yang tercetus, khususnya dalam kalangan pakatan politik parti pembangkang khususnya, menimbulkan pertanyaan apakah pakatan politik masih mempunyai masa depan di Malaysia? Apakah perlu mungkin kesemua parti dibubarkan dan membentuk satu parti besar dalam mencabar kewenangan Barisan Nasional (BN)? Atau mungkin juga sudah sampai masanya BN membentuk 1 parti sahaja tanpa perlu mempunyai komponen parti yang lain?

Bagi menjawap persoalan sebegini, Kuliah Bangsar Utama (KBU) berbesar hati untuk menjemput Dr. Ong Kian Ming, seorang ahli ilmu Sains Politik yang juga merupakan Ahli Parlimen Malaysia. Beliau akan menyampaikan syarahan umum seperti berikut:

Pensyarah Jemputan: Y.B Dr. Ong Kian Ming
Tajuk: Masa Depan Pakatan Politik Rentas Ideologi di Malaysia
Tarikh: 25hb Mei 2016/ 8.30PM-10.30PM
Lokasi: Kelab bangsar Utama, 52C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (Bersebelahan stesyen LRT Bangsar)

Profil Dr. Ong Kian Ming
Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Serdang. Mendapat pendidikan Ijazah Ekonomi dari London School of Economics & Political Science (LSE). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Ekonomi) dalam di Universiti Cambridge. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ph.D (Political Science) dari Duke University dengan pengkhususan Kajian Pilihan Raya (Electoral Studies). 

Beliau berpengalaman luas dalam penyelidikan polisi dan pernah berkhidmat sebagai Penganalisis Polisi di Socio Economics Development and Research Institute (SEDAR) and Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan Perunding Bersekutu di Boston Consulting Group Kuala Lumpur. 

Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Faculty of Economics and Policy Science, UCSI University.

SIARAN LANGSUNG DI www.radiobangsarutama.com 

SEMUA DIJEMPUT HADIR!..





-----------

2 ulasan:

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Korang x payaH berLagaK nak bagi kuLiyah, ceramaH bbagay...cukupLar jd tukang hasut

Tanpa Nama berkata...

buat podcast broooo! senang download. Timing dating tuh.